Hasrat usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri untuk melihat reaksi riang anak-anak saat pulang dari kerja bertukar menjadi tragedi.

Menerusi perkongsikan di Instagram, Aliff memaklumkan kepala anak perempuannya, Rudhah telah tercedera disebabkan terhantuk di bucu tangga sehingga menyebabkan pendarahan yang agak teruk.

“Doakan segalanya dipermudahkan. Nak dijadikan cerita, ketika saya nak balik kerja, saya memang suka rekod video sebab nak tengok moment anak-anak datang dan berlari memeluk saya balik kerta tapi jadi sebaliknya.

“Saya terkejut tengah-tengah rekod, isteri saya menjerit tengah masak. Isteri saya menjerit bagitahu Raudah punya kepala berlubang kena bucu tangga tajam.

“Dan air darah terpancut pancut macam air paip. Nasib baik tak kena mata. Masa tu lintang pukang saya berlari,” tulisnya.

Ads

Video detik cemas itu juga turut di kongsikan di laman Instagram.

“Darah Macam Air Paip,”- Kepala Anak Terhantuk Bucu Tangga, Aliff Syukri Tunda Rakam Lagu Raya

Katanya lagi, anaknya itu sudah pun mendapatkan rawatan di hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Ads

“Saya dan isteri bawa ke hospital. Waktu tu Allah saja tahu betapa takut nya saya.

“Doktor cakap kulit kepala dan juga daging yang sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala,” katanya lagi.

Disebabkan insiden ini juga, Aliff terpaksa menangguhkan hasratnya untuk merakamkan lagu raya terbaharu.

Ads

“Terus saya hentikan hasrat untuk rekod lagu raya sebab sepatutnya malam tu ada recording lagu tapi tidak jadi. Kenapa ekkk jadi semua ni,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut mendoakan semoga Raudhah lekas sembuh.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI