Menerusi entri terbaru menerusi Instagram, bintang media sosial Beby Tora Tora ada berkongsi dua foto, iaitu sewaktu zaman persekolahan dan masa kini.
Perkongsian tersebut secara langsung menonjolkan perbezaan yang cukup ketara.
Menurut pemilik nama Atierah Zulfatie ini, dahulu berat badannya mencecah sehingga 110 kilogram dan melihat foto diri sendiri menjadi penguat semangat untukknya menurunkan berat badan.
“Bila sis rasa sis nak putus asa,sis akan tngok gambar sndiri wktu dlu2 ..dari 110kg wktu skolah dulu dn turun smpai 80 kg smpai la sbelom sis kahwin itu la berat sbenar sis ..penguat smngat sis untuk diet bila tngok gambar sndirii yaa.
“skrng sis nak capai berat 60kg ..ni akhir sis share dkat feed pasal journey sihat sis .lpasni sis akan buat keja diam2 jA .kita tngok hasilnya nanti yaa.
“sis sahut cabaran smuaa ..byee and goodluck,” kongsinya panjang lebar.
Malah, suaminya yang dikenali sebagai Apit Johari dilihat turut meninggalkan komen serta mengatakan dia lebih menyukai penampilan isterinya sewaktu berbaju sekolah.
Perubahan mendadak selebriti media sosial ini turut mendapat perhatian netizen.
Foto : Instagram Beby Tora Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI