Penyanyi dan pelakon Elyana memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan sejurus menjalani rawatan kemoterepi sesi kedua baru-baru ini.
Pemilik nama lengkap Erneelya Elyana Emrizal ini mendedahkan, berat badan terkininya sudah mencecah 50 kilogram.
“From 36kg now 50kg! Alhamdulillah… Terima kasih untuk doa yang tidak pernah putus dari keluarga dan anda semua.
“Saya sayang sangat korang!,” tulisnya menerusi foto dirinya yang mengenakan persalinan rona jingga senada dengan tudung.
Malah menerusi hantaran terkininya juga, bintang berusia 34 tahun ini turut menasihatkan ramai agar tidak terlalu lama rasa ‘down’ andai berdepan dengan sesuatu ujian.
“Jangan down lama sangat, tak elok untuk kesihatan kita. Get up! Move on!
“Life is too short to regret over something.Chill and let it go okey!,” kongsi Elyana.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut bersetuju dengan pendirian berkenaan selain tumpang gembira dengan semangat serta penampilannya kini.
Elyana kini berjuang merawat kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.
Dia ertama kali mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapinya sejurus persaingannya berakhir di konsert Gegar Vaganza 4 (GV4) yang disertai.