“Dari 46kg Kepada 54kg…,” – Dah Nak Bersalin, Ayda Jebat Kongsi Berat Badan Terkini

Share

Sedang menanti hari untuk bergelar ibu, penyanyi dan pelakon terkenal Ayda Jebat memaklumkan berat badannya kini naik 8 kilogram.

Berkongsi perkembangan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram beberapa hari lalu, penganyi lagu Mata ini turut bertanya buat bakal ibu bersalin hal yang sama.

“Few more days to go! From 46kg to 54kg now. How about you mommies?” tanya Ayda

Menerusi entri tersebut, isteri kepada Nabil Mahir itu memuat naik dua keping foto sambil memegang ‘baby bump’.

Serentak dengan hantaran berkenaan, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing selain mendoakan segala urusan Ayda dipermudahkan.

Ayda dijadualkan melahirkan secara pembedahan pada penghujung September ini.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Published by
MH