Penampilan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) malam tadi mencuri perhatian netizen.
Mengenakan dress sarat perincian rekaan pereka Razman Razmi dalam rona merah jambu, aksesori kepala ‘ala toncet’ yang dikenakan penyanyi Ku Ikhlaskan itu nyata menerima reaksi pelbagai.
Lalu, rata-rata netizen memintanya untuk mengenakan tudung dengan lebih baik dengan cara yang lebih berhemah selepas ini.
Dalam pada itu, Rose juga dilihat turut memadam gambar bersama teman rapat juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid di Instagram.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan yang dibuat oleh Rose berhubung perkara tersebut.
Sumber: Instagram Sharifah Rose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang bakal terlibat menerusi teater Andak Bertandak, Riena Diana tidak mahu terburu-buru untuk menamatkan zaman solo bersama dengan kekasihnya yang juga pelakon, Keith Foo.
Menurut Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, hubunganya bersama aktor berdarah campuran Cina dan India baru sahaja empat bulan menyulam cinta.
Sekaligus, masing-masing memerlukan masa untuk saling mengenali secara mendalam dan bukan satu hal mudah untuk membina bahtera rumah tangga.
“Saya belum ada sebarang perancangan ke arah itu sebab kami baru saja kenal. Sekarang kami berada di fasa mengenali hati budi terlebih dulu. Keith juga antara sebab saya terbuka hati untuk terbabit dalam pementasan teater buat kali pertama.
“Keith pernah jayakan teater Ombak Rindu di Istana Budaya, jadi dia beri semangat dan meyakinkan saya untuk terbabit dalam naskhah teater.
“Dia beritahu saya perlu buat untuk buktikan lakonan saya dan jika saya dapat berguru dengan orang hebat, mengapa tidak,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Teater Andak Bertandak di Mafioso, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menyentuh mengenai pembabitan pertamanya di pentas teater itu, Riena akui gementar.
“Pada awalnya saya agak takut kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman, tapi ketika Mask Team memberi tawaran ini dan memaklumkan barisan pelakon yang hebat seperti Ellie Suriaty dan Azhan Rani, saya terus rasa nak cabar diri.
“Saya mahu gunakan peluang ini untuk menambah ilmu dengan mereka sebab bukan senang nak berlakon dengan nama hebat ini,” katanya.
Teater Andak Bertandak yang diarahkan oleh Azhar Zainal dan skrip oleh Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bakal dipentaskan pada 29, 30, 31 Ogos ini dan 1 September depan di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).
Selain Riena, teater itu turut membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.
Sementara itu bagi Riena, dia tidak menafikan bercinta dengan individu seperjuangan memberi kelebihan untuk memahami tugas dan komitmen kerja masing-masing.
“Saya akui memiliki pasangan satu industri yang sama memberi kelebihan kerana individu itu faham tugas kerja sebagai pelakon yang tidak mengira masa.
“Selain itu, kami juga dapat rujuk apabila saya ada masalah skrip atau lakonan.
“Sekarang ini kami berdua sibuk dengan penggambaran drama. Tapi, kalau kami nak jumpa, saya akan datang ke lokasi penggambaran dia ataupun sebaliknya,” katanya lagi.
Pada Jun lalu, Riena mendedahkan hubungan cinta mereka terjalin sejak sama-sama menjayakan penggambaran drama bersiri Salju Rindu untuk TV3.
Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015, namun bercerai empat tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Melewati usia kandungan lebih lima bulan, Hanez Suraya mengakui pada awal tiga bulan pertama kandungan, dia mengalami loya yang agak teruk hingga terpaksa beritahu pihak Deeja Cosmetics yang mengambilnya sebagai wajah wakilan.
Katanya dia terpaksa memberitahu keadaan dirinya pada ketika itu kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.
“Saya memang ada beritahu pihak mereka yang saya pada ketika itu sedang berbadan dua atas nasihat suami dan kalau boleh tidak mahu susahkan mana-mana pihak andai berlaku apa-apa.
“Syukur kerana faham dan benar sepanjang tiga bulan awal kehamilan, saya alami loya yang agak teruk.
“Malam je memang tak boleh nak jamah makanan sangat. Nanti akan muntah. Pagi saya okay. Cuma petang bawa ke malam tu memang akan loya,” katanya yang dijangka bakal bersalin anak kedua sekitar Julai depan.
Ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini pula, Hanez memberitahu dia cuba ‘lawan’ rasa mual dan loya. Namun dia bersyukur kerana keadaan bayinya sihat cuma bulan lalu, dia mengalami masalah darah rendah.
“Bayi semua okay, cuma ada alami masalah darah rendah sebab saya tak makan daging dan ayam. Cuma akan seafood sahaja.
“Memang kandungan kali ini menu makanan saya agak berbeza, cuma ada ketikanya saya paksa untuk makan. Jadi doktor ada berikan suplemen khas,” kongsinya lagi.
Foto: Instagram Hanez Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!