Pelakon dan penyanyi, Zulin Aziz yang pernah hit dan viral menerusi single berjudul Dan Ketika Itu ada terima komen dari netizen, mengatakan dia sepertinya ada melakukan perubahan pada bahagian hidungnya.
Semuanya gara-gara bintang itu memuat naik sepotong video close up menerusi Instagram, awal semalam.
“Shaaaa shaaaa ding ding2 shading. Dari buat hidung baik aku buang lemak,” tulisnya jujur.
View this post on InstagramShaaaa shaaaa ding ding2 shading! Dari buat hidung baik aku buang lemak?
A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on
Menerusi video tersebut, Zulin memberi penjelasan kepada netizen bahawa dia tidak membuat apa-apa perubahan pada hidungnya.
Malah dia turut menjelaskan, ia kelihatan lebih mancung kerana teknik shading dalam solekan.
“Tak kan lagu ni result,” antara kata yang dilontar Zulin menerusi video tersebut.
Lalu, rata-rata netizen terhibur apabila melihat video tersebut kerana terselit elemen humor.
Video : Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dahsyat Giler Zaman AF3 Dulu TsuMawi,” – Mawi Payung Foto 14 Tahun Dulu, Terimbau Fenomena MawiWorld!
Awal semalam, penyanyi dan penyampai radio, Mawi ada berkongsi foto lamanya saat awal-awal penglibatan dalam dunia nyanyian.
Lebih 14 tahun berlalu, bintang tersebut menerusi Instagram mengimbas memori yang paling diingati iaitu ketika menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).
Mawi turut diangkat sebagai juara untuk musim berkenaan.
View this post on InstagramCute … Kan ..? Kah kah ! . #14TahunLepas #AkademiFantasia3 #Af3 #MawiWorld #Mawi
A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on
“Cutekan? Kah kah,” tulisnya ringkas sambil disertai dengan tanda pagar #14TahunLepas, #AkademiFantasia3, #AF3, #MawiWorld dan #Mawi.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata pencinta seni turut sama mengimbau saat bintang berkenaan yang pernah menjadi fenomena lebih hampir 15 tahun dulu.
Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman ketika era ‘TsuMawi’ melanda pencinta seni ketika itu.
Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 bersama Nora Asyikin Rahmat atau Ekin, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika.
Foto: Instagram Mawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Tiba-Tiba Nampak Kurus? Ini Jawab Hafiz Suip
Gara-gara berkongsi sekeping foto di Instagram, fizikal penyanyi Hafiz Suip menjadi bualan netizen apabila ramai yang menyangka, bintang kelahiran Sarawak ini terkena buatan orang apabila tubuhnya dilihat susut.
Bagaimanapun Hafiz seperti yang dipetik Harian Metro menegaskan, dia tidak sakit atau terkena buatan orang.
“Saya tak sakit mahupun terkena buatan orang. Tolonglah hentikan spekulasi,” katanya.
View this post on InstagramI am still survive…akhirnya makan..u think i dont know the game u play 😁
A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on
Berkongsi lebih lanjut mengenai foto berkenaan, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip menjelaskan dirinya mungkin kelihatan kurus kerana sudut gambar yang diambil.
“Saya mungkin nampak sebegitu (kurus) disebabkan sudut foto yang mengiring ke tepi.
“Alhamdulillah setakat ini saya sihat, tak sakit apatah lagi terkena buatan orang,” jelas Hafiz yang turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang membayangkan rumah tangganya juga goyah.
“Keluarga saya bahagia dan isteri amat menyayangi saya. Kami kini sedang menguruskan anak, Muhammad Riyadh Zafri yang berusia setahun lapan bulan,” kongsi Hafiz.
View this post on InstagramAssalamualaikum semua..let us begin our day with a cup of tea..bismillahirrahmannirrahim
A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on
Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awan Nano ini juga turut menghargai peminat yang peka dan mengambil berat akan dirinya.
“Saya amat menghargai warganet dan peminat kerana mereka masih mengambil tahu perkembangan dan kesihatan saya,” akhiri Hafiz yang bakal muncul menerusi lagu duet bersama Adira Suhaimi.
Foto: Instagram Hafiz Suip
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sangka Kawan Pun Nak Tempah Juga,” – Asbab Bela Kucing, Dua Beradik Kacak Ini Syukur Nikmat Rezeki Jual Baju Melayu Viral
Pernah menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah, kisah dua beradik, Zarif Azrie Zahari bersama Zarul Shafiz Zahari mengusahakan perniagaan baju Melayu pasang siap ‘slim fit’, Mjestic cukup memberi inspirasi
Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam menjadi bukti mereka komited dalam bisnes yang dilakukan.
Zarif, 31, abang sulung memikul mandat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu berkata langkah diatur bagai dirahmati Tuhan.
“Saya dan adik hanya memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan semata-mata. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.
“Cuma kes kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang ‘ngam’ dengan badan. Kalau nak beli di pasaran, mesti menggelebeh.
“Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai ‘ngam’, tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi,” kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.
Zarif menjelaskan ada sebab juga dia dan adiknya menggunakan motif haiwan peliharaan kucing sebagai cap dagang atau logo utama.
“Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga… ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.
“Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki,” kata Zarif.
Kata Zarif, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ dihasilkan menjelang Syawal dan setakat ini, lebih 15,000 helaian terjual.
“Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya secara fizikal.
“Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.
“Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualan secara online dan di butik fizikal. Tahun ini kami sasarkan keuntungan jualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira alhamdulillah,” kata Zarif.
Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu ‘slim fit’ mereka ada tarikan tersendiri.
“Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan ‘signature’ menawan kerongsang bunga di poket.
“Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma. Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” katanya.
Sementara itu, pihaknya juga menawarkan peluang kepada ejen atau dropship di luar sana yang ingin menjana pendapatan bersama. Pengambilan ejen dibuka sepanjang tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI