Pelakon senior, Jasmin Hamid akhirnya memberi lampu hijau buat anak bongsu, Haziq MacQuistan untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan, sebagaimana ibunya.
Bagaimanapun, ia berlaku selepas anaknya itu menamatkan pengajian di peringkat sekolah.
Jasmin, 46, ada berkongsi menerusi salah satu posting di Instagram yang menyatakan Haziq yang kini sudah berusia 17 itu mempunyai minat pada lakonan sejak kecil.
“Allah permudahkan segala urusan anakku.. Haziq MacQuistan dah ready menyambung legasi saya sebagai anak seni..
Dari dia dalam perut saya, dia mula berlakon.
“Sebab sampai saya nak bersalinkan Big Boss, saya masih aktif berlakon,” tulis Jasmin.
Ads
Malah Jasmin turut berkongsi anaknya itu memberitahu sudah sampai masa untuknya berbakti pada ibu bapa.
“Katanya dah sampai masa dia berbakti kepada kedua Ibubapa.. Dalam masa yang sama, dia juga ingin sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi .Support dan doa uols amat di hargai.
Ads
“Doa yang baik -baik.. From 0 to Hero..
Tak endah dengan kata -kata negative manusia sebab ia hanya sepanjang lidahnya sahaja. Yang penting ada kemahuan dan kesungguhan.
“Dengan izin dan rezeki dari Allah, pasti akan temui kejayaan.. In Syaa Allah,” katanya panjang lebar.
Sebelum ini, Fiza selamat melahirkan seorang bayi perempuan di KPJ Damansara Specialist Hospital pada 11.23 pagi September lalu.
Terdahulu, Fiza pernah berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 dan berpisah pada 2016 tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah bernikah dengan Ahmed Farriq dan dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 9, dan Feeya Adyrra berusia lapan tahun.
Foto/Instagram: Fiza Abd Halim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak ambil peduli andai ada yang menggelarkannya sebagai kuno, pelakon hebat Jalil Hamid menjelaskan, apa yang sudah termaktub dalam agama tidak harus dipersoalkan.
Jelasnya apa yang tertulis haram tetap haram dan lakonan tidak terkecuali.
Ulasnya lagi, terdapat banyak cara indah yang lain untuk menyampaikan penceritaan dan kisah cinta, namun bukan dengan bersentuhan lelaki perempuan.
“Saya selalu nyatakan pandangan namun orang menuduh saya kuno. Sebagai pelakon mengapa kita mesti meniru orang lain, mengapa perlu lelaki memegang perempuan sedangkan dia bukan mahram?
“Bersentuhan walau sekadar berlakon hukumnya haram. Kita yang berperanan membentuk masyarakat.
“Waktu saya mula-mula menceburi industri, ada yang mengatakan hiburan dan agama merupakan dua benda yang berbeza. Saya dikecam waktu itu apabila tidak bersetuju.
“Saya selalu menegur jika ada yang tidak kena dalam set lakonan, bukan mahu berdakwah namun mahu menanam nilai.
“Seperti cerita Dalam Lindungan Kaabah, pasangan bercinta disebalik papan, itu keindahan seni untuk disampaikan. Penceritaan dan seni yang cantik tidak perlu melanggar batas agama.
“Namun ramai yang sentap, kata mereka jika begitu mengapa masuk dunia lakonan. Ada juga yang bertanya mengapa saya tidak memegang anak dalam drama. Dia tetap bukan mahram saya,” katanya jujur.
Pelakon ini turut menjelaskan nilai yang dipaparkan di kaca televisyen akan mempengaruhi cara khalayak melihat orang seni.
Malah jelasnya, setiap pelakon harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakonkan.
“Saya malu apabila melihat pelakon sekarang bersentuhan bagai suami isteri. Orang akan menilai dan melihat pelakon tiada maruah.
“Nasihat saya buat orang seni, bertanggungjawablah kepada diri, keluarga, agama dan masyarakat,” katanya jujur.
Dalam perkembangan lain, pelawak ini muncul dalam program Stand Up Comedy Otai.
Program yang menjadi gelanggang kepada ‘orang lama’ dalam arena lawak beraksi itu akan disiarkan menerusi sebuah saluran berbayar, bermula 5 Disember lalu.
Selain Jalil Hamid, seramai 17 lagi artis bakal menjayakannya, termasuk AR Badul, Salih Yaacob, Fauziah Nawi, Angeline Tan, Rama, Wan Maimunah, Imuda, Ebby Yus, Sathiya dan Sheila Mambo.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Barangkali dengan ‘resume seninya’ sudah mengenggam lima kali trofi Pelakon Wanita Terbaik (drama dan filem) di Anugerah Skrin, dua trofi di Festival Filem Malaysia dan dua kali dicalonkan dalam senarai akhir Anugerah Festival Filem Asia Pasifik menjadi signal bahawa pelakon yang satu ini, Datin Seri Umie Aida sudah pun mempunyai ‘kerusinya’ sendiri di kancah industri seni negara ini.
Barisan drama dan filem yang dilakonkan Umie memberi kesan mendalam, hingga ada yang masih melekat di jiwa pencinta drama dan filem Melayu. Kembali membina sukses yang bukan calang-calang menerusi filem yang baru ditayangkan meski ‘terperam’ lebih sedekad lalu menerusi Dukun, ikuti 10 trivia menarik mengenai antara aktres terbaik Malaysia ini!
Sama seperti kebanyakan pelakon senior yang kini sudah pun membina nama tersendiri dalam industri seni Malaysia, Umie Aida juga merupakan antara bintang yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja, menggunakan nama Ermie Zura. Antara yang turut bertanding dalam edisi berkenaan ialah pelakon Kuza, Jasmin Hamid dan model terkenal, Irene Santiago. Antara bintang Dewi Remaja lain yang kini sudah sukses dalam dunia seni lain ialah Rozita Che Wan, Rita Rudaini, Wardina, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Antara penampilan terawal adik kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatima ini ialah menerusi filem Memori (1991), drama Maafkan Mama dan Air Pasang Dalam. Sementara drama popular terawal yang dilakonkan ialah pada tahun 1994, Pengantin Popular yang menampilkan Ogy Ahmad Daud dan Erma Fatima sebagai pelakon utamanya.
Pencalonan terawalnya di Festival Filem Malaysia adalah pada edisi ke-15 (kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik), untuk filem komedi blockbuster, Senario Lagi arahan Aziz M.Osman. Di dalam filem tersebut, Umie mendukung watak sebagai penyanyi, Linda.
Sementara untuk drama pula, Umie meraih pencalonan di Anugerah Sri Angkasa 1994 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi drama berjudul Rupawan.
Trilogi drama, Selamat Hari Jadi Su menjadi antara drama lakonannya yang paling diingati, hingga melayakkannya untuk menerima sebagai lima calon akhir untuk Pelakon Wanita Terbaik Drama (Selamat Hari Jadi Su 3). Surah Terakhir menjadi drama pertama yang menobatkannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin, diikuti dengan Ayuni (2001).
Selain meraih anugerah Pelakon Terbaik Wanita menerusi filem Embun di FFM dan Anugerha Skrin, namanya turut tersenarai sebagai calon akhir kategori sama di Festival Filem Asia Pacific ke-47 yang dilangsungkan di Korea.
Bagaimanapun, trofi berkenaan disandang pelakon Jepun, Makiko Esumi bagi filem Inochi. Manakala pencalonan keduanya di anugerah sama adalah untuk filem hebat, Qaisy & Laila.
Selain drama dan filem, Umie turut sukses di bidang teater apabila beberapa teater yang dilakonkan turut mendapat perhatian ramai. Antaranya ialah Natrah dan Bahayanya Wanita.
Jangan tidak tahu, Umie juga pernah mengeluarkan dua buah album. Yang pertama adalah menerusi album Romeo & Juliet yang dihasilkan khusus bagi mempromosikan drama rantaian berkenaan pada 1999.
Tiga tahun selepas itu, dia kembali muncul dengan album Gema Kasih yang turut mengandungi lagu popularnya, Salam Taj Mahal. Judul tersebut turut diambil menerusi drama rantaian lakonan Umie bersama Datuk M.Nasir, Vanidah Imran dan ramai lagi.
Foto: Sumber Google
Foto: Instagram/Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!