“Dari Dia Dalam Perut, Dia Mula Berlakon,” – Anak Bongsu Jasmin Hamid, Haziq MacQuistan Dah Ready Jadi Pelakon, Helok Teruk!

Share

Pelakon senior, Jasmin Hamid akhirnya memberi lampu hijau buat anak bongsu, Haziq MacQuistan untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan, sebagaimana ibunya.

Bagaimanapun, ia berlaku selepas anaknya itu menamatkan pengajian di peringkat sekolah.

Jasmin, 46, ada berkongsi menerusi salah satu posting di Instagram yang menyatakan Haziq yang kini sudah berusia 17 itu mempunyai minat pada lakonan sejak kecil.

“Allah permudahkan segala urusan anakku.. Haziq MacQuistan dah ready menyambung legasi saya sebagai anak seni..
Dari dia dalam perut saya, dia mula berlakon.

“Sebab sampai saya nak bersalinkan Big Boss, saya masih aktif berlakon,” tulis Jasmin.

Malah Jasmin turut berkongsi anaknya itu memberitahu sudah sampai masa untuknya berbakti pada ibu bapa.

“Katanya dah sampai masa dia berbakti kepada kedua Ibubapa.. Dalam masa yang sama, dia juga ingin sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi .Support dan doa uols amat di hargai.

“Doa yang baik -baik.. From 0 to Hero..
Tak endah dengan kata -kata negative manusia sebab ia hanya sepanjang lidahnya sahaja. Yang penting ada kemahuan dan kesungguhan.

“Dengan izin dan rezeki dari Allah, pasti akan temui kejayaan.. In Syaa Allah,” katanya panjang lebar.

Untuk rekod, Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid Macquistan dan berpisah pada 4 Februari 2008.

Hasil perkahwinan itu pasangan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rohana, 29, Lukhman Hakim, 23 dan Ian Haziq, 17.

Foto: Instagram Jasmin/Ian Haziq

Published by
Rafiq Mazlan