Penyanyi, Kaka Azraff kini akui banyak meluangkan masa bersama anak dan suaminya, Adam Azriff sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sibuk ini pada masa sama lebih kerap melakukan aktiviti memasak sepanjang berada di rumah selain mempelajari alat muzik, Ukelele.
“Sepanjang PKP ni Kaka banyak meluangkan masa bersama anak dan suami.
“Di samping itu, inilah masa untuk Kaka masuk ke dapur sebab sebelum ni memang jarang-jarang sikit nak masuk dapur.
“Pada masa sama, banyak juga belajar benda baru seperti belajar Ukelele dan cuba dapatkan sumber inspirasi daripada Instagram,” kongsi Kaka jujur.
Di samping itu, bintang ini turut meluahkan rasa sedih apabila PKP dijalankan seluruh negara yang kini sudah memasuki fasa ketiga.
“Perasaan itu, bila PKP dijalankan Kaka sedih dengan keadaan yang terjadi dalam dunia ni. Harapnya seluruh dunia dapat pulih seperti sedia-kala, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan kehidupan pasangan ini kian harmoni dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Aslan Adam pada 11 Oktober lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio Hitz FM, Keanu Azman akui terkilan apabila ada stesen radio Bahasa Inggeris di negara ini yang mungkin lebih memilih orang luar berbanding rakyat tempatan sebagai penyampai.
Keanu atau nama sebenarnya Mohamad Keanudin Mohamad berkata, stesen radio sepatutnya mengekalkan identiti Malaysia supaya lebih dekat dengan pendengar.
“Isu mengenai keistimewaan yang diberikan kepada orang ‘kulit putih’ ini sebenarnya sudah lama dibangkitkan. Alhamdulillah, kami di Hitz FM selalu menekankan yang kami ini orang Malaysia.
“Kami bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi di dalam dialek Malaysia. Kami juga mainkan lagu yang sesuai dengan Bahasa Inggeris di Malaysia.
“Kita bukan nak tunjuk yang kita ini stesen radio ‘mat salleh’ di Malaysia ini. Tidak kisahlah muzik apa yang kita bawakan sama ada Ariana Grande, Justin Biebier atau Billy Eillish, kita kena sentiasa kekallan unsur Malaysia itu,” katanya kepada MH.
Malah, Keanu turut menasihatkan stesen radio berbahasa Inggeris tempatan lain untuk tidak terlaku terikut-ikut dengan budaya Barat.
“Kita ini radio Malaysia. Sasaran kita bukannya orang dekat Los Angeles sana. Mereka sudah ada Ryan Seacrest. Lantaklah kalau kita jadi orang Melayu pun.
“Saya dan rakan penyampai, Elly pun bercakap dalam Bahasa Inggeris yang selalu kita gunakan seharian. Itulah cara kita bercakap,” ulasnya lagi.
Lantaran itu, pengacara program Hlive ini turut berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan dan lebih banyak peluang diberikan kepada penyampai tempatan.
“Jadi saya rasa whitewashing dan white privilege di stesen radio Malaysia harus dihentikan selepas ini. Tidak sepatutnya berulang lagi.
“Kita patut melestarikan bangsa Malaysia itu sendiri,” akhirinya.
Sekadar informasi, Keanu ialah salah seorang penyampai stesen radio Hitz FM yang mengendalikan segmen Hitz Tonight bersama rakan penyampai Ili Ruzana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan salam takziah atas pemergian bapa Rizman di samping turut memuji Rizqaa yang tampak comel persis anak patung di samping kedua orang tuanya.
Untuk rekod, Rizman, 37, dan Nurida, 32, mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur dan anak pertama mereka dilahirkan pada 2 September 2020.
Foto: Instagram Rizman Nordin, Nurida Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.