Penyanyi dan penari, Stacy berkongsi cerita mengenai perihal anak perempuannya, Bella De Luna Valentina yang kini dilihat cederung meminatu dunia seni tarian.
Kongsinya lagi, Bella sangat gemar dan meminati untuk melakukan aktiviti menari sejak dari kecil lagi sehingga kini.
Meski baru menjangkau usia 9 tahun, Stacy mengakui anak perempuannya itu memiliki bakat dan sangat berpotensi besar untuk berjaya dalam bidang tersebut.
Sebagai seorang ibu, penyanyi berusia 31 tahun ini memberitahu sudah semestinya dia mahu memberikan yang terbaik kepada permata hatinya itu.
Ads
“Menari dengan Bella Anak pertama saya Bella ni memang suka sangat menari. Dari kecil lagi dia selalu menari hinggalah sekarang umur sudah 9 tahun.
“Saya boleh lihat potensinya jadi saya memastikan bahawa menyokongnya dengan cara yang terbaik,” Stacy menerusi satu hantaran di akaun Instagram.
Sekadar informasi, Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam telah memeluk agama Islam dengan melafazkan syahadah di Pejabat Agama Islam, Johor Bahru pada 24 Ogos 2015.
Kini, Stacy telah mengunakan nama islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.
Ads
Selepas itu, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016.
Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9 dan seorang anak perempuan Eshaal Afiq Hakim,4, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Muaz Mohamed berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapanya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Sabtu di Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Perkhabaran sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh Muaz menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Haji Mohamed Bin Atan telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 28/8/2021, pukul 4.50 pagi di Hospital Tuanku Mizan.
“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah dak doakan semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin YRA,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyampai radio, Buletin FM ini turut berharap agar semua pihak dapat medoakan semoga bapanya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Berita mengenai pemergian bapa kepada Muaz itu turut dikongsikan menerusi Instagram Buletin FM.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Muaz serta seluruh ahli keluarganya.
“Salam takziah Muaz dan keluarga. Banyak bersabar dan banyak berdoa. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan para solihin dan kekasihNya.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga Allah tempatkan rohnya bersama-sama dengan hamba-hamba yang redha lagi diredhai,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Muaz merupakan salah seorang penyampai yang bertugas di stesen radio, Buletin FM yang mengendalikan segmen Diskusi Harian bersama gandingannya, Izwan Azir Saleh bermula jam 3 petang hingga 7 malam pada setiap Isnin hingga Jumaat.
Stesen radio, Buletin FM kini boleh mula didengari di frekuensi 101.3 (Lembah Klang), 107.3 (Alor Setar), 88.6 (Kota Baru), 93.6 (Kuala Terengganu), 90.2 ( Pulau Pinang) dan 104.3 (Kuching).
Sumber: Instagram Muaz & Buletin FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri memuatnaik sebuah foto yang menunjukkan mesej menerusi aplikasi Whatsapp di laman Instagramnya.
Ulas Aliff, dia mempunyai 400 orang pekerja dan tidak sekali-kali akan menggajikan mereka dengan kadar RM1000.
“Syada 400 org pekerja utk smua bisnes x akan bodoh org nak dpt gaji rm1000 dan tiada komisyen dan paling best kenapa jo sign?? Utk maklumat malaysia… Tukang cuci opis saya jee sy bayar rm1400 nanti sy kasi bukti.”
“Dia bukan lavel sy bergaduh dia adalah security guard opis sy bertahun2 lamanya ..Bukti jo mencuri duit saya, gambar bawa scandal naik kete mewah sy, pay slip terima duit ,jawatan jo pengawal keselamatan smua ada.. per janji an komisyen smua kami ada..komisyen hasil awak dpt smua saya ada bukti.. yg paling bahaya ingat sikit jo buat laporan polis Palsu itu kesalahan besar.. SPRM BUKAN DUDUK DIAM.. dlm mahkamah org tak dengar cakap mulut.. org tunjuk bukti.. kejap lagi sy up vedio si pencuri ni,” tulisnya.
Simpati dengan nasib pengusaha produk Dherbs, peminat memberikan kata-kata semangat dan nasihat agar sentiasa berhati-hati dalam memilih pekerja.
Apa-apapun, tahniah untuk Datuk Aliff Syukri kerana sentiasa menjaga kebajikan pekerja dengan pelaksaan gaji minimum.
Foto : Instagram Datuk Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak pertamanya, model dan pelakon cantik, Raya Ilya berkesempatan merakamkan semula lagu ‘cover’ Bollywood, Zara Zara.
Lagu Hindi yang dipopularkan oleh Bombay Jayashri itu pernah dijadikan runut bunyi bagi filem Rehnaa Hai Terre Dil Mein diterbitkan pada tahun 2001 lakonan Madhavan, Saif Ali Khan dan Dia Mirza.
Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, tawaran untuk merakamkan semula lagu tersebut itu datang penerbit muzik dan komposer dari Malaysia, Krishinthen Shanmugam sekitar September tahun lalu.
“Lama juga saya fikir sama ada untuk menyanyikan lagu ini atau sebaliknya. Tambah pula saya sedang berbadan dua selain saya bukan penyanyi profesional.
“Malah selama ini pun saya tak pernah menyanyikan lagu Bollywood secara serius atau profesional. Saya awalnya tak yakin dengan diri sendiri.
“Tapi komposer itu yakin saya boleh melakukannya. Malah dia siap menghantar demo lagu itu untuk saya cuba nyanyikan,” katanya.
Versi berkenaan telah lancarkan pada 5 petang tadi di platform YouTube dan media sosial.
“Fikir punya fikir, saya akhirnya bersetuju dan mencabar diri. Akhirnya saya sendiri jatuh hati dengan lagu itu yang diakui sangat popular dan ramai orang suka.
“Malah ramai juga yang menyanyikan lagu itu dan dikongsi di YouTube. Bagaimanapun, bukan mudah proses rakaman. Makan bulan juga.
“Lagipun saya di Perth, Australia dan komposer itu di KL. Tapi dengan kemajuan teknologi, proses rakaman itu tetap berjalan seadanya.
“Tak saya nafikan, banyak juga kesilapan dilakukan semasa rakaman. Lalu, komposer kena bimbing saya banyak kali untuk memperbetulkan kelemahan dan kekurangan. Termasuklah cara sebutan bahasa Hindi untuk lagu itu selain tempo,” katanya lagi.
Bintang filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu turut menjelaskan, proses ‘mixing’ dan ‘mastering’ terbitan Vineyard Records itu juga memakan masa.
“Rakaman suara saya itu selepas melalui beberapa proses turut dihantar ke sebuah studio muzik di United Kingdom, London untuk diadun secara profesional.
“Malah komposer itu turut memberitahu versi bahasa Tamil lagu itu juga akan dinyanyikan selebriti Bollywood bernama Sophie Choudhry. Saya sempat ‘google’ namanya di internet dan ternyata Sophie penyanyi profesional,” katanya.
Raja Ilya berkata akhirnya bulan lalu, rakaman akhir lagu berkenaan sudah siap diperdengar kepadanya.
“Saya jadi bertambah cuak nak perdengarkan kepada peminat dan pengikut di media sosial. Maklumlah, saya bukan penyanyi profesional.
“Tapi sejak saya memuat naik ‘teaser’ lagu itu, ramai memuji dan tak sabar untuk mendengar versi penuh. Saya bagaimanapun tawakal saja dan anggap ini hanya percubaan suka-suka. Kalau ada yang suka, bonus.
“Kalau sebaliknya, saya reda,” katanya yangmemaklumkan akan diadakan majlis ‘baby shower’ bertemakan Bollywood untuk bakal anak, minggu ini.
Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama lelaki warga negara Australia, Trent Garret pada Disember 2018.
Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19.
Raja Ilya dijangka bakal melahirkan anak perempuan sulungnya pada pertengahan Julai depan.
https://youtu.be/V7e54NfWMX8
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!