Pelakon, Wan Sharmila berkongsi foto ketika dia berusia tujuh tahun di laman Instagramnya.
Paling ketara, raut wajahnya yang masih kekal sama hingga ke hari ini meski usianya sudah 37 tahun.
“Hi. My name is Wan Sharmila lala lili lulu. I am forever young. #gambardarjahsatu,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, ramai juga yang meninggalkan komen mengakui bahawa wajah keanak-anakan pelakon drama Cinta Tiada Ganti Itu.
Malah ada juga yang meminta agar Wan Sharmila berkongsi rahsia awet mudanya itu.
Apa-apapun, comel sungguh lah Wan Sharmila semasa kanak-kanak, bila dah dewasa semakin jelita pula. Apa rahsianya?
Foto/Instagram: Wan Sharmila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Sampai Masa Saya Berehat,” – Hairul Azreen
Aktor terkenal, Hairul Azreen memaklumkan dia terpaksa menarik diri buat sementata berlakon di dalam filem The Original Gangster (OG) selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kirinya.
Menurut Hairul, hasil pemeriksaan daripada pihak hospital, ligamen lututnya dikatakan telah terputus atau nama lainnya ligamen krusiat anterior (ACL)
“Dukacita dimaklum saya tak dapat teruskan shooting THE OG. Di sebabkan ACL lutut kiri saya putus,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Hairul turut memohon maaf kepada rakan-rakan pelakon dan pihak produksi kerana tidak dapat meneruskan lagi sesi penggambaran filem tersebut.
“Minta maaf kawan-kawan dan team production. Dah sampai masa untuk saya rest,” kongsinya lagi.
Menerusi entri yang sama, bapa kepada dua orang cahaya mata itu berkongsi fotonya sewaktu menjalani pemeriksaan awal.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar Hairul dapat segera pulih seperti sedia kala.
“Focus pada recovery brother. Perjalanan masih panjang InsyaAllah,” komen pelakon, Beto Kusyairy.
“Semoga lekas sembuh. Kesihatan kita lebih penting,” respon pelakon, Zahiril Adzim.
“Semoga yang baik-baik untuk mu Hairul,” balas pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad.
“Allahuakbar, get well soon brother,” balas pelakon, Hun Haqeem.
“InsyaAllah segera sembuh,” kata pelakon Indonesia, Yayan Ruhian.
Sekadar informasi, The OG merupakan sebuah filem arahan pengarah terkenal, m Syamsul Yusof turut membariskan Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Soffi Jikan dan aktor Indonesia, Yayan Ruhian.
Filem yang menjalani penggambaran sejak bulan lalu itu merupakan terbitan Syamsul Yusof Films bersama Razor’s Edge Pictures.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buya Mahu Disatukan Dengan Ibunya,” – Reda Dengan Pemergian Ayah, Nirina Zubir Belajar Ikhlas
Pelakon popular Indonesia, Nirina Zubir baru sahaja kehilangan ayahnya, Zubir Amin pada Khamis 23 Disember 2021 akibat penyakit angin ahmar. Jenazah ayah pelakon Ali and Ratu Ratu Queens itu telah disemadikan di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir yang terletak di ibu kota Indonesia, Jakarta.
Pemergian ayahnya itu memberi kesan kepadanya lantaran dia juga telah kehilangan ibu pada tahun 2019. Ditambah pula baru-baru ini keluarganya dikejutkan dengan kes penipuan harta arwah ibunya yang diseleweng oleh pembantu rumah tangga yang sudah dianggap seperti keluarga.
Sebelum meninggal dunia ayahnya yang mesra digelar sebagai buya dalam kalangan keluarga membuat satu permintaan andainya dia menghembuskan nafas terakhir. Permintaan tersebut agar dia dikuburkan bersebelahan dengan ibunya yang merupakan nenek kepada Nirina Zubir.
BACA JUGA: Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta
“Buya ditanam satu liang lahad dengan arwah ibunya dia. Memang ini keinginan buya sejak kesihatan buya semakin menurun. Dia mahu kalau waktunya sudah tiba, dia mahu disatukan bersama ibunya. Maka inilah yang kita lakukan hari ini menguburkannya bersama dengan ibunya,” jelas Nirina menjelaskan keinginan arwah ayahnya.
Reda dengan pemergian ayah tercinta, Nirina mengungkapkan yang dia ikhlas dan berasa lega kerana ayahnya tidak lagi menderita kesakitan. Mula dimasukkan ke hospital pada awal November lalu, keadaan kesihatan ayahnya semakin menurun sehingga perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan tinggi (HCU).
“Saya melihat ini sebagai pelajaran hidup, mungkin ini menguatkan saya untuk masa hadapan. Tetapi yang pasti saya merasa lega kerana bapa sudah tidak sakit lagi. Walaupun terasa berat sekali, mungkin dari kelmarin doa saya semoga yang terbaik diberikan kepada buya. Semoga ini membuatkan saya dan keluarga lebih kuat dan lebih rapat,” ujarnya sambil menahan sebak.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: (1)
Kredit foto: Instagram Nirina Zubir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dalam Van Sepanjang 21 Jam Kami Duduk Tegak, Kalau Ikut Hati Memang Saya Tak Tahan Dah. Tuan Bayangkanlah…,” – Ustaz Ebit Lew Leraikan Persoalan
Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mendedahkan dia bersama para pasukannya terpaksa mengharungi perjalanan yang sangat panjang untuk menjalankan misi bantuan di bumi Gaza, Palestin baru-baru ini.
Jelas Ustaz Ebit, perjalanan yang mengambil masa selama 21 jam tanpa henti itu harus melalui 21 jenis ‘checkpoint’ sambil diiringi 12 kereta perisai daripada pihak tentera.
Menerusi sesi siaran langsung awal petang tadi, Ebit telah pun memberikan reaksi balasnya terhadap pelbagai persoalan, antaranya mengenai misi bantuan sepanjang berada di bumi bergolak itu.
“Sebenarnya perjalanan kami ke Gaza mengambil masa 21 jam. Sepanjang 21 jam itu saya kena harungi 21 checkpoints. Kami bersyukur kepada kedutaan Malaysia dan Wisma Putra yang telah banyak bantu kami.
“Memang rezeki saya bila dapat masuk. Sepatutnya perjalanan tersebut dijangka mengambil masa enam hingga lapan jam sahaja tapi ia telah menjadi 21 jam.
“Sepanjang 21 jam perjalanan tersebut dengan diiringi kereta kebal memang tiada jalan lain lagi. Memang itulah jalan yang harus kami lalui. Bila orang luar nak masuk memang kena iring dengan kereta kebal sebab ia melibatkan negara lain,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut mendedah perjalanannya menuju ke Gaza sememangnya bukan sesuatu yang mudah namun dia tetap menguatkan semangatnya bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancar.
“Kami tandas pun tak sempat pergi, makan pun tak sempat. Dalam van sepanjang 21 jam kami duduk tegak sahaja. Kalau ikut hati memang saya tak tahan dah. Tuan-tuan bayangkanlah macam mana.
“Ada jalan yang tak boleh lalu. Ada jalan kena cancel dan terpaksa lalu padang pasir. Setibanya di sana, saya turun bas dan prosesnya memang ringkas.
“Saya nampak video yang Nadir ambil tu. Bila saya sampai dalam lingkungan pukul 1 pagi, saya fikir saya belum solat Magrib dan Isyak.
“Saya memang nak solat jamak. Sifat saya memang begitu. Team saya juga dah faham. Kalau waktu solat tu saya memang nak kejar waktu solat,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai isu larangan mengadakan sesi siaran langsung di media sosial, ini reaksi yang diberikan oleh Ustaz Ebit;
“Bila sampai di sana, mereka jemput saya duduk di sebuah kerusi. Kemudian Nadir kata saya tak tegur, tak pandang dan tak salam, sebenarnya saya biasa kalau orang salam atau tegur saya saya mesti balas. Kemudian ada ucapan dari pihak kedutaan selepas itu saya cepat-cepat pergi solat. Selesai solat saya naik ke hotel.
“Saya tak sempat nak tengok atau perasan orang lain. Kalau isu live di sosial media pula, kalau anda semua mengikuti perkembangan saya menjalankan misi bantuan di Malaysia pun kami tak benarkan sesiapa buat live semasa misi bantuan.
“Saya sendiri tak buat live. Sebab saya tak bagi buat live adalah kerana kita tak jangka kalau ada sesuatu yang buruk berlaku. Lebih-lebih lagi di zaman SOP ni. Nanti saya dan orang lain pula terima akibatnya. Sebab anda kenal saya, saya suka kongsi perkara yang positif sahaja.
“Bagi saya, Nabi pernah sebut, sesiapa yang memulakan sesuatu kebaikkan dan orang lain ikut, sampai kiamat orang memulakan itu dapat pahala,” akhirinya.
Terdahulu, Ebit Lew telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang Rabu mengenai hal berkaitan.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI