Tular sejak awal Mei lalu apabila sebuah filem seram dari Indonesia bertajuk ‘Makmum The Movie’ yang difahamkan diinspirasikan dari sebuah kisah benar bakal menghantui pencinta filem seram di sana tidak lama lagi.
Malah, trailer pendeknya yang dikongsikan menerusi Twitter dan YouTube mendapat reaksi pelbagai, termasuk dari negara ini.
Kalau ada yang mengikuti kisah awalnya, Makmum sebelum ini hanyalah sebuah filem pendek dengan yang mempunyai durasi kurang dari 10 minit sahaja dan digarap pelajar, Riza Pahlevi.
Pemuda itu mengangkat kisah mengenai seorang perempuan yang mengalami gangguan misteri di asramanya, ketika solat.
Baru-baru ini MD Pictures mengumumkan mengenai pelancaran trailer pendek versi filemnya. Meski tidak diketahui sama ada filem ini akan ditayangkan di negara ini atau sebaliknya, namun pasti ramai yang menantikan filem seram terbaru ini.
Difahamkan, pelakon utama untuk filem berkenaan ialah aktres terkenal, Titi Kamal.
Sementara itu, trailer pendek tersebut memaparkan babak ‘meremang’ apabila Titi Kamal yang dilihat sedang mahu menunaikan solat tiba-tiba terkejut apabila pintu tiba-tiba terbuka.
Selepas menutup pintu selepas mendapati tiada siapa-siapa yang membukanya, Titi kemudannya menyambung solat namun apa yang mengejutkan, ada suara lain yang turut mengikutinya dari belakang.
Dalam keadaan mimik muka yang ketakutan dan resah, Titi dilihat meneruskan solat dan untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya, kita perlu nantikan versi penuh trailer tersebut tidak lama lagi.
Trailer pendek kurang seminit itu sudah pun ditonton hampir 500,000 kali selepas dimuat naik awal Mei lalu.
Sumber/Foto: Nontonapa.com/Carian Google