Penyanyi, pelakon dan hos, Elly Mazlein bakal berada di konti Era.FM bagi mengendalikan segmen Carta Era 40 bermula Selasa.
Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi Era.FM pada Sabtu.
“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys.
“Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh #sharERA,” kapsyen yang tertera menerusi hantaran berkenaan.
Elly yang juga hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Nabil Ahmad turut berkongsi perkara sama di Instagram sambil menitipkan ucapan terima kasih atas kepercayaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas bidang baharu yang bakal digalas Elly minggu hadapan di Era.FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dedah Grill Kena Kopak, Spa Kecantikan Milik Ezzaty Abdullah Hampir Kena Rompak!
Ezzaty Abdullah ada berkongsi berita mengejutkan apabila spa kecantikan miliknya hampir dirompak oleh penjenayah.
Pengalaman tersebut dikongsikan bintang berusia 29 tahun itu menerusi Instagram.
Bagaimanapun jelas bintang filem Kau Takdirku itu lagi, tiada sebarang kejadian serius yang berlaku terhadap spa kecantikan miliknya.
“Hopefully lepas ni tak akan ada percubaan atau rompakan di sekitar @harum.spa lagi. Ya Allah nak gugur jantung pagi tadi dengar staff call bgtau grill kena kopak.
“Terus kejut suami bangun tengok spa. Alhamdulillah nothing big happened.
“Cuma kena keluarkan duit untuk buat grill baru n of coz pasang alarm. So lepas ni kalau ade “cubaan” lagi, ALARM @harum.spa akan menjerit kuat2 sampai polis dtg. Pagi tadi pun x sampai 5mnt polis dah sampai,” kongsinya.
Malah, Ezzaty dan suami telah membuat laporan polis mengenai insiden tersebut demi keselamatan spa tersebut.
“Tq POLIS and tq jugak to all customers yang faham situasi kami. So now dah boleh proceed service macam biasa. Sorry for delay!
“Oh, gambar ke3 tu adalah gambar orang yang nak pasang grill. Bukan gambar perompak jahanam itu,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on
Di samping itu, peminat turut berasa syukur dan lega apabila tiada kejadian yang serius berlaku terhadap spa kecantikan milik Ezzaty.
MH mendoakan agar keluarga ibu kepada seorang cahaya mata ini dilindungi dan dirahmatiNya.
Foto : Instagram Ezzaty Abdullah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Kau Dah Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina…,” – Sajat Cerita Digari, Mengaku Status Sebenar?
Usahawan sensasi, kosmetik Nur Sajat tampil menceritakan perkara sebenar mengenai isu viral yang melibatkan dirinya baru-baru ini.
Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menerusi satu video IGTV diakaun Instagram miliknya menceritakan situasi sebenar yang menyebabkan dirinya digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 6 Januari lalu sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.
Sajat menerusi ruangan kapsyen mendakwa dia mendapat layan yang tidak wajar meski hadir bagi memberikan keterangan dan kerjasasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS berhubung laporan yang dibuat terhadapnya pada 23 Ogos 2018, kerana berpakaian wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
“Assalammuaikum, maafkan saya kalau saya berdiamkan diri seketika di IG
“Terlebih dahulu, video dalam ini saya menceritakan apa yang berlaku pada diri saya. Walaupun banyak cerita tak benar keluar dari media sosial, cerita bukan dari sumber yang sahih!
“Saya mengeluarkan video ini,menceritakan kejadian saya pada 6/1/2021 pada hari Rabu. Laporan report pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan yassin bersama budak2 tahfiz di wisma saya seksyen 16 Shah alam,” tulisnya.
Sajat yang pernah menghasilkan single berjudul Makhluk Penggoda itu antara lain turut mendedahkan layanan yang didakwa telah diterima olehnya oleh pihak berkaitan hingga menyebabkan kecederaan di bahagian tangannya .
“Saya pendekkan cerita,saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu bahru.
“Sepatutnya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh mahkamah syariah, saya digari, dikasari dengan kata2 dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa.
“Tangan2 dan badan2 saya bengkak, kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri tidak di gari. Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga.
“Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian ini mengganggu perniagaan saya dan mental saya. Banyak wartawan dan pihak2 tertentu cuba menghubungi saya melalui call, message whatsapp untuk mendapatkan pernyataan daripada saya.
“Tetapi saya mendiamkan diri terlebih dahulu untuk menerangkan kejadian sebenar yang alami sendiri,” tulis Sajat panjang lebar.
Ikuti versi penuhnya di sini;
Semalam, Sajat turut membuat beberapa luahan yang secara langsung memberikan pendedahan mengenai dirinya sambil menyatakan seolah-olah dirinya kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.
Malah menerusi ruangan sama, Sajat turut berkongsi pandangan netizen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mahu Sebarkan Unsur Positif..,” – Filem Sekuel Ah Girl Go Army, Jack Neo Teruja Tunggu Reaksi Penonton
Pengarah filem Singapura, Jack Neo, meluahkan rasa teruja apabila naskhah sekuel arahannya, Ah Girl Go Army Again (AGGA) menerima sambutan baik di tanah airnya dan di Malaysia.
Atas kejayaan tersebut, Jack berkata, dia lebih bersemangat untuk mengetahui respons penonton kerana kini semua pawagam telah beroperasi seperti biasa dan penonton juga berpeluang menyaksikan filem tersebut setelah dunia melepasi fasa pandemik kini.
“Saya tak menolak bahawa pandemik ini sangat mengganggu industri perfileman di Singapura dan Malaysia. Jadi apabila kini semua pawagam telah beroperasi, penonton pun boleh menyaksikannya di pawagam, saya rasa lebih bersemangat.
“Satu lagi, niat asal saya untuk membuat filem AGGA juga adalah untuk menunjukkan bahawa perempuan pun boleh melakukan apa sahaja yang lelaki boleh.
“Saya mahu menyebarkan unsur positif melalui filem di dalam kegawatan pandemik ini dan saya ingin beritahu semua orang ‘jangan berputus asa’,”katanya.
Selain itu, mengenai penghasilan filem AGGA, dia juga telah lama berhasrat agar filem tersebut dijadikan sekuel kerana untuk karya berkenaan, amat sukar untuk cuma menjadikannya sebuah filem semata.
“Saya suka bercerita dan apabila saya mula menulis skrip untuk filem ini, saya mempunyai banyak idea menarik dan ingin dimasukkan ke dalam skrip. Entah kenapa dari satu filem, ia menjadi dua.
“Saya begitu teruja untuk berkongsi dan mereka yang telah menonton filem pertama mesti setuju bahawa sekuel ini lebih baik. Jadi sila tonton kedua-dua Ah Girls!”katanya.
Sementara itu, Jack juga teruja kerana barisan pelakon utama dapat mempromosikan filem itu bersama-sama sebagai satu pasukan di Malaysia sejak tayangannya yang bermula pada 23 Jun 2022 di semua pawagam di negara ini.
Dalam pada itu, menjawab kepada soalan mengenai kejayaan filem yang akan ditayangkan, Jack seakan memberi bayangan bahawa mungkin akan ada penghaslan AGGA yang ketiga.
“Filem pertama merupakan satu proses persediaan dan penonton perlu menyaksikan filem kedua ini untuk mengetahui keseluruhan jalan cerita. Filem ketiga akan menyusul sekiranya ia mendapat sambutan yang memberangsangkan!”katanya.
Untuk info, sekuel ini akan meneruskan lagi tema sekumpulan rekrut wanita khas (Ah Girls) yang pertama di Singapura.
Gara gara tindakan Sarjan Chow (Glenn Yong) yang menyebabkan salah faham telah membuatkan kumpulan itu menentang lebih ramai penjahat tentera. Dalam menghadapi cabaran ini, mereka telah membina satu hubungan yang kuat dan matang.
Leftenan Roxanne Tan (Apple Chan) pula menyulitkan lagi hubungan Joey dan teman lelakinya. Mereka terpaksa menempuh onak duri dalam perjalanan GBMT mereka, yang akhirnya membawa kepada situasi merbahaya dan tindakan mereka akan mengejutkan negara.
Filem AGGA diterbitkan oleh mm2 entertainment, Mega Films Distribution, dan Infinity Resources dan turut membintangi naskhah ini ialah Tosh, Joshua, Noah, Hafiz Aziz, serta selebriti internet Mr Brown dan juga Pengarah Jack Neo sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI