Pelakon, Jasmin Hamid menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan sahabat yang baik seperti Liza Abdullah dan Anne Abdullah.
Menurut Jasmin, hubungan persahabatan yang baik ini terjalin bersama mereka sejak awal dirinya menceburi dunia lakonan.
Kongsi pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 ini, hubungan baik bersama kedua-dua pelakon tersebut masih kekal sehingga ke hari ini.
Ads
“Syukur alhamdulillah ..Dari muda kami berkawan dan berlakon bersama hinggalah ke hari ini.
“Mohon Allah lindungi sahabat-sahabat saya ini dan berikan kami pengakhiran hidup yang baik.
Ads
“Terima kasih kepada uols yang support kami dan sentiasa beri kami semangat untuk terus berjuang di dunia seni Malaysia. @lizza_abdullah @_anneabdullah08 Hebat Bukan?,” tulisnya.
Sekadar informasi, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid merupakan salah seorang perserta Dewi Remaja 1990/1991 dan telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1991.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Fasha Sandha menitipkan ucapan khas bersempena ulang tahun bekas suaminya, Rizal Ashram yang ke-47.
Dalam ucapan tersebut, Fasha turut mendoakan semoga Rizal dapat segera bertemu dengan pasangan hatinya.
“Happy birthday mantanku. Semoga cepat-cepat dapat mami baru supaya rambut anak-anak saya kemas dan anak-anak mandi awal setiap hari.
“Jangan marah ya sebab sekarang dah tua. Nanti bertambah-tambah tuanya. Apapun, tak nampak tua pun. Selalu nampak muda macam remaja. Okay dah puji. Cepat senyum balik. Tak payah serius sangat,” tulisnya.
Titipan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Anak Mami Kembali itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Fasha turut berterima kasih kepada Rizal kerana membenarkan anak-anak menyambut hari lahir suaminya yang juga merupakan pelakon, Aidil Aziz terlebih dahulu memandangkan tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama.
“Kebetulan pula sama tarikh dengan Aidil. Terima kasih sebab bagi anak-anak sambut dengan Aidil semalam.
“Hari ini sambut dengan awak pula. Sekali lagi selamat hari lahir Leo. My love hate relationship,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha kemudiannya bertemu jodoh kali kedua dan selamat bernikah dengan Aidil pada 28 Mac 2019.
Hasil perkong hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi satu hantaran di akaun media sosial Instagram milik Hafreez Adam, pelakon itu ada menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya yang juga merupakan pelakon, Afifah Nasir.
Hafreez atau nama lengkapnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan menyifatkan adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu sebagai wanita periang dan sentiasa merendah diri dengan orang di sekelilingnya.
“To this special lady, today is your day. Heck this month is your month.
I’m wishing you nothing but the best.
“Because you deserve nothing but the best. I want people to know how special you are as a person.
“Sesiapa kenal dia, ada dekat dengan dia, confirm akan asyik gelak.
Susah nak nampak dia marah/cranky. Always so humble and nice to everybody around her,” tulisnya.
Sudah lebih enam tahun menjalinkan hubungan persahabatan, pelakon berusia 31 tahun ini akui berasa bertuah memiliki teman baik seperti Afifah dalam hidupnya.
“I have so many things to say, but words can’t describe how lucky I am to have you in my life.
“Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, semoga semua doa you dimakbulkan. Aamiin.
“To many more years of making great memories together! Happy birthday @afifahnasir93 ,”tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Hafreez turut mengimbau kembali momen ketika kali pertama bertemu dengan Afifah dengan memuat naik beberapa keping foto dan rakaman video menerusi hantaran yang sama.
“P/s : the first picture of us together yang black & white tu, producer yang ambil, sebab dia kena jadi heroin Abe, producer nak tengok dia boleh ada chemistry ke tak. Itu first meeting.
“Nervous dia bila producer suruh pegang lengan abe. and the 2nd last picture tu tadi. 6 years after. Thanks to @creativeskillsolution,” kongsinya lagi.
Fenomena filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut dirasai semua termasuk golongan selebriti yang sama-sama menyokong filem tempatan yang kini sukses mengutip jutaan ringgit meski baru beberapa hati ditayangkan di pawagam.
Pelakon Fauzi Nawawi misalnya turut berkongsikan pengalaman sewaktu ini menonton filem hebat arahan Syamsul Yusof itu.
Menurut Fauzi, dia sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket kerana sudah penuh namun akhirnya berpeluang menonton filem berkenaan pada hari biasa.
“Dah beberapa hari ni panggung penuh je sampai takde ruang nk tengok #matkilau. Memang berbisa betul pukulan @syamsulyusoffilm ni ,fenomena filem epik di zaman milenium.
“Guys korang Kalau nak tengok filem ni hujung minggu kena booked tiket dari sekarang, Saya terpaksa datang tonton time orang sibuk bekerja dan belajar. Tahniah big bro @syamsulyusoffilm.
“Tak senang tidur saya dibuatnya tiket asyik habis je,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menonton filem tersebut bersama anak-anak.
“Selepas beberapa hari nak tengok Mat Kilau tiket tak ada semua penuh, full house. Jadi saya buat keputusan untuk tonton Mat Kilau waktu tengahari orang tengah sibuk berkerja. Akhirnya saya dapat tiket, tengok dengan anak-anak saya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.
Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menerusi Harian Metro menyifatkan kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.
“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.
“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.
“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.
Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...