Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali akui gembira apabila dapat bertemu kembali dengan anak perempuannya, Ameena Sofia setelah hampir tiga bulan berjauhan.
Menurut Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimuddin, anaknya itu juga dikatakan amat teruja ketika dijemput pulang daripada sekolah.
“Saya tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya hati seorang ayah bila dapat bertemu dengan anak setelah sekian lama. Kali terakhir saya jumpa dengan Ameena pada bulan Disember lalu.
“Bila saya datang ke sekolah Ameena, dia berlari daripada atas sambil dipegang oleh guru. Dia terlampau teruja dan terus menjerit ‘daddy’.
“Saya juga sangat gembira. Syukur Alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Hot FM itu berkara sedemikian ketika ditemui di acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Katanya lagi, selama empat hari ini, dia hanga mengikutkan sahaja segala kemahuan anaknya itu dan banyak meluangkan masa bersama
“Saya ambil Ameena bermula pada Jumaat dan Isnin saya akan hantar semula ke ibu dia.
“Aktiviti daripada pagi sampai ke malam, kami banyak berjalan-jalan dan saya ikutkan sahaja apa yang dia mahukan.
“Nak makan ais krim, saya bawa. Nak ke tempat sejuk pun, saya ikut sahaja dan bawak ke ICT, Shah Alam,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada Ameena ada meluahkan rasa rindu terhadap ayahnya, Fizi mendedahkan wajah sayu anaknya itu jelas kelihatan ketika mereka bersama.
“Ameena merupa anak kecil tidak terlalu bercakap mengenai perasaannya. Namun, ia jelas terpancar di riak wajahnya.
“Dia sukar nak menangis tapi bila nampak air mata bergenang, saya tahu dia memang rindu. Saya pun ada perasaan sama seperti itu,” akhirinya.
Pada 22 Februari lalu, Fizi tidak dapat menahan air mata gembira apabila akhirnya diberikan peluang untuk bertemu dan membawa anak perempuannya tinggal bersama selama empat hari, bermula pada 1 Mac 2024.
Menurut Fizi, keputusan tersebut merupakan hasil budi bicara antara pihaknya selaku plaintif dan defendan iaitu bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
Tambahnya yang juga pengacara, pertemuan dengan Ameena itu juga dianggap sebagai satu bentuk kemenangan buat dirinya terutama selepas kesnya baru sahaja bermula.
Sebelum ini, Fizi memfailkan tuntutan hadanah kekal itu pada 15 Disember tahun lalu dengan menamakan Shakilla, 35, sebagai defendan.
Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.
Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI