Memasuki hari ke-15 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala jenis bantuan diberikan terutamanya buat mereka yang berkhidmat di barisan hadapan.

Terbaru, penyanyi, Tomok ada berkongsi foto dirinya sedang menghulurkan bantuan buat para petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Menurutnya, bantuan ini bukanlah daripada dirinya sahaja tetapi turut disertai beberapa rakan artis lain seperti Black, Achey dan Shuib.

IKLAN

“Dari saya, Black, Achey dan Shuib untuk mereka yang bertugas #kitajagakita,” tulisnya ringkas.

Foto tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan New Boyz itu di laman Twitter miliknya.

IKLAN

Entri tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #kitajagakita.

Melihat di ruangan komen, pengguna media sosial turut memberi reaksi terhadap perkongsian tersebut.

IKLAN

“Dari Saya, Black, Achey & Shuib…,”- Tomok Wakil Hulur Bantuan Buat Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia “Dari Saya, Black, Achey & Shuib…,”- Tomok Wakil Hulur Bantuan Buat Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia “Dari Saya, Black, Achey & Shuib…,”- Tomok Wakil Hulur Bantuan Buat Petugas Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaTerdahulu, Tomok, Black, Achey dan Shuib terpalit dengan kontroversi isu bantuan khas buat para penggiat seni yang pendapatannya terjejas sepanjang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, mereka telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap agar isu ini tidak lagi dipanjangkan.

Sumber: Twitter Tomok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI