Diam tak diam, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir yang sudah pun sambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Dalam pada itu, pelakon 30 Pesanan Suara ini turut bersyukur kerana hidupnya semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata.
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [Qs. Al Furqan 25:74]
“Hari ni, genap 3 tahun saya jadi suami awak. Dari seorang, jadi dua dan sekarang dah bertiga. Semoga tahun depan pada tarikh ni kita dah BEREMPAT.
“Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga Allah terus lindungi kita dari segala keburukan dunia dan akhirat,” tulisnya.
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2011/12 ini mahu menjadi seorang ketua keluarga yang berjaya memimpin isteri dan anaknya.
“Semoga sy terus menjadi nakhoda kapal utk kita ke syurga. Fuh. Ayat sweet semut2 yang lain sy ckp depan2 jelah.
“Doa kalian utk kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga kami lebih bermakna dari semut2 tu. Semoga Allah makbulkan segala yang baik, dan jauhkan segala yang tidak baik. Amin,” akhirinya.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali,2 tahun.
Terbaru, isteri kepada pelakon berkenaan kini sedang hamil anak kedua.
Saharul, ada berkongsi sepotong video mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan