Selepas empat tahun memenangi hati penonton dengan siri Ejen Ali, Primeworks Studios dan WAU Animation mengumumkan bakal membawa karakter animasi itu ke layar perak pada penghujung tahun hadapan.

Tampil dengan idea yang lebih segar, ini antara sebab mengapa Ejen Ali merupakan filem animasi tempatan yang ditunggu-tunggu menjelang tahun 2019;

  1. Iris Baru Diperkenal

Dari Siri Ke Layar Perak, Ini 5 Sebab Best Mengapa Perlu Tunggu Filem Ejen Ali Versi Filem. Tak Sabar!

Seperti semua sedia maklum, I.R.I.S atau Infinity Retinal Intelligence System merupakan identiti atau kuasa yang dikurniakan kepada Ejen Ali. Menurut pengarah filem yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid, kebolehan IRIS akan dipertingkatkan kerana Ejen Ali dikhabarkan bakal melawan musuh yang belum pernah dijumpainya di dalam siri sebelum ini.

2. Watak Antagonis Misteri

Dari Siri Ke Layar Perak, Ini 5 Sebab Best Mengapa Perlu Tunggu Filem Ejen Ali Versi Filem. Tak Sabar!

IKLAN

Menerusi filem Ejen Ali, watak antagonis baru akan diperkenalkan tetapi kali ini Ali dikhabarkan terperangkap dengan permainan emosi. Ini kerana, watak antagonis tersebut diceritakan hadir daripada masa silam ejen tersebut. Jadi, bagaimanakah Ali ingin keluar daripada masalah tersebut? Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

3. Ahli M.A.T.A Yang Baru

Dari Siri Ke Layar Perak, Ini 5 Sebab Best Mengapa Perlu Tunggu Filem Ejen Ali Versi Filem. Tak Sabar!

Selain  daripada watak Ali, Alicia, Bakar dan Rizwan, pengarah akan memperkenalkan beberapa lagi ejen baru untuk memperkuatkan M.A.T.A. Mereka dilaporkan akan membantu Ali dan ejen-ejen lain untuk menentang musuh di dalam filem Ejen Ali nanti.

IKLAN

4. Penghasilan gedjet baru

Dari Siri Ke Layar Perak, Ini 5 Sebab Best Mengapa Perlu Tunggu Filem Ejen Ali Versi Filem. Tak Sabar!

Menurut Usamah lagi, menerusi filem ini, beberapa gadjet baru seperti kenderaan, senjata dan alat berteknologi tinggi akan diwujudkan. Ia sejajar dengan kemajuan penduduk di Cyberaya. Gadjet-gadjet ini dikhabarkan lebih canggih dan hebat berbanding dengan perkakasan sebelum ini.

IKLAN

5. Tarik Perhatian Golongan Dewasa

Dari Siri Ke Layar Perak, Ini 5 Sebab Best Mengapa Perlu Tunggu Filem Ejen Ali Versi Filem. Tak Sabar!

Jika kebanyakkan filem animasi tempatan hanya tertumpu kepada golongan kanak-kanak, filem Ejen Ali ini dikatakan turut mampu untuk menarik perhatian golongan dewasa. Ini disebabkan jalan cerita atau bahan jenaka yang digunakan dilihat dekat dengan hati setiap rakyat Malaysia. Jadi, golongan dewasa pun tiada masalah untuk menonton filem ini.

Nampak macam menarik bukan? Rasa-rasanya MH pun dah tak sabar nak nantikan filem sulung Ejen Ali ni. Mesti gempak!

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI