Pelakon dan pengarah, Eizlan Yusof percaya rezeki apabila ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa dia telah ditawarkan projek lumayan sebagai duta produk sebuah syarikat gergasi.
Menurut Eizlan atau nama sebenarnya, Idris Md Yusof, 51, buat masa sekarang dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan
Difahamkan, syarikat yang bukan calang-calang namanya itu bakal membuka 300 cawangan di seluruh Malaysia, tahun ini.
“Dari sumber mana anda mendengar cerita ini? Jujurnya, segala-galanya masih dapat perbincangan. Saya tak boleh mengulasnya dengan lebih lanjut.
“Jika ditakdirkan menjadi rezeki, saya pasti akan berkongsi. Jadi, kita tunggulah pengumumannya nanti,” katanya.
Pengarah filem Town Mall ini pada masa sama menjelaskan, dia sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan sejak zaman muda.
Ads
“Saya sangat bersyukur. Siapa sangka dalam usia 50-an, sentiasa ada ruang dan rezeki diberikan.
“Saya percaya jika konsisten dan ikhlas bekerja sebagai anak seni, pasti pelbagai cabang rezeki diperoleh. Ini juga rezeki buat keluarga saya,” katanya lagi.
Imbas kembali, Eizlan Yusof yang sebelum ini sinonim dengan ketampanan wajahnya sejak diperkenalkan menerusi filem Kad Cinta pernah menjadi rebutan pelbagai jenama untuk menjadi wajah wakilan.
Ads
Malah, wajah tampan aktor berkenaan pernah terpampang dalam iklan sekitar Singapura, Thailand, Indonesia, malah, boleh dikatakan seluruh Asia.
Jadi tidak hairanlah, wajah dan pesona bekas model iklan popular era 1980-an itu sering menjadi pilihan iklan tempatan dan antarabangsa sejak dahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Ads
Foto: Instagram Eizlan Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Norman Hakim mengakui reaksinya di dalam video tular yang dikongsikan menerusi TikTok bersama isterinya, Memey Suhaiza baru-baru ini bukan dibuat-buat.
Norman berkata, ia berlaku tanpa dirancang dan dia akui menerima reaksi pelbagai daripada netizen susulan video berkenaan.
“Ia berlaku secara spontan. Mereka kreatif dari berikan sudut pandangan (komen). Saya pun tak tahu nak kategorikan komen-komen itu sebagai apa.
“Tapi kita dapat bayangkanlah bagaimana mereka punya persepsi. Sudah tentulah ekspresi saya ketika itu tidak boleh nak menipu.
“Apa boleh buat, terima sahajalah, reda,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai reaksi netizen, bintang filem Pasrah ini terbuka dan menyerahkan kepada masing-masing untuk menilai sesuatu perkara.
“Komen-komen yang ditinggalkan itu memang di luar bidang kuasa kita. Malah saya sendiri kalau komen yang terlalu banyak, pun tak sempat nak baca semua.
“Terpulang kepada masing-masing punya persepsi,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 11 saat itu, Norman yang dilihat sedang duduk di atas sofa sambil bermain telefon tiba-tiba ‘diterkam’ Memey yang terus duduk di atasnya.
Menarik perhatian ramai apabila melihat reaksi susulan ekspresi spontan yang diberikan aktor berbadan sasa itu yang terkejut.
“Dia main henyak je tak bagi Salam. Nasib baik sayang,” tulis Norman di ruang kapsyen pada video berkenaan.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 8 juta tontonan bersama ribuan reaksi yang ditinggalkan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi dan pelakon, Shatirah Amanda optimis untuk meneruskan kerjaya seninya menerusi barisan lagu yang genre segar seiring dengan kencintaan di dalam muzik yang berentak rancak dan ‘fast’.
Berasal dari Kelantan, Shatirah yang juga sebelum ini pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2020 kini muncul dengan single terbaharu berjudul Langit Bukan Limit.
“Saya yakin lebih sesuai dengan muzik seperti yang saya bawakan. Irama lebih segar dan ala cenderung ke aliran bunyi K-pop.
“Saya pernah cuba balada, tapi saya kurang selesa kerana bukan diri saya,” katanya.
Dia pada masa sama juga tidak pernah berputus asa untuk memperjuangkan kariernya dalam industri muzik susulan pernah tampil dengan tiga single sebelum ini.
Terdahulu, Langit Bukan Limit merupakan sentuhan komposer Mas Dewangga dan liriknya diilhamkan oleh Shatirah sendiri.
Menurut Shatirah, ilham tersebut muncul apabila memikirkan tentang wanita-wanita yang sentiasa kuat dan tidak pernah berputus asa dalam kehidupan mereka.
“Ketika itu saya fikir apa salahnya jika perjuangan mereka ini diterjemahkan dalam lagu. Ramai wanita kuat di luar sana yang sentiasa bersemangat, tidak berputus asa untuk mencapai apa yang diimpikan dalam kehidupan.
“Saya harap lagu ini dapat memberikan semangat dan inspirasi kepada pendengar yang pernah menjalani kehidupan yang sukar dan berani untuk bertindak demi pencapai matlamat hidup mereka.
“Saya berharap para pencinta muzik akan dapat menerima kepelbagaian konsep dan genre yang dibawa kali ini.
“Saya juga berharap impian dan cita-cita saya untuk memperkenalkan bakat saya ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan tercapai,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shatirah Amanda bakal muncul menerusi filem seram arahan Datuk TS Jeffri yang berjudul ‘Marrak’ yang akan ditayangkan di pawagam, Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio berpengalaman, Dj Lin berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini telah pun dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar setesen radio Suria FM.
Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia menyifatkan pencapaian ini sebagai rezeki yang telah dikurnia oleh Allah S.W.T terhadap dirinya.
“Alhamdulillah #djlin dapat hadiah #flowerbouquet lagi. Kali ni dari @edaidris . Thank you sayang moga murah rezeki
“Katanya sempena kenaikan pangkat #djlin sebagai #PengurusBesar #Suriafm . Syukur atas rezeki kurniaan Allah,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyampai segmen Suria Cinta itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Dj Lin turut berharap agar para peminat dapat mendoakannya untuk terus mengecap kejayaan pada masa akan datang.
“Antara berita paling gembira buat Lin di awal tahun #2021 ni. Doakan Lin terus sukses dan gemilang terus dalam #kerjaya #kehidupan dan #cinta Ameen #djlindapathadiah #djlinnaikpangkat #generalmanager #GM @suriamalaysia #djlinbersyukur,” katanya lagi.
Berikutan pencapaian tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan ada juga yang menitipkan hadiah sebagai tanda penghargaan.
Sekadar info, sebelum dilantik sebagai pengurus besar, Dj Lin telah menyandang jawatan sebagai Head of Station di stesen radio berkenaan sejak tiga tahun yang lalu.
Sumber: Instagram Dj Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, tidak menyangka lagu duet Pum Pang Raya bersama Syasya Rizal mendapat sambutan luar biasa pendengar.
Menurut Fazura, kejayaan lagu ini...