Setiap kali penyanyi, Datuk Sheila Majid mengumumkan untuk mengadakan konsert istimewa, memang sudah menjadi kelaziman tiket yang bakal dijual akan habis bak goreng pisang panas.
Lantaran itu, para peminat sudah pastinya akan berpusu-pusu berusaha bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan daripada penyanyi yang terkenal dengan jolokan Ratu Jazz Negara itu.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Sheila yang bakal mengadakan Konsert Sheila Majid Big Band pada 18 Mac 2023 tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengadakan hari kedua.
“Saya lebih suka buat konsert untuk satu malam sahaja. Pada saya, momen berharga hanya akan dinikmati pada detik itu. Selepas itu, tiada lagi.
“Saya tak kisah mengadakan konsert untuk dua hari berturut-turut sekiranya ia program charity. Kalau konsert saya, mungkin tidak. Anda harus menunggu yang seterusnya pula.
“Kadang-kadang, saya juga merasakan kita tidak boleh terlalu bercita-cita tinggi. Lebih baik kita merasai momen tersebut untuk sekali sahaja. Nanti mereka pasti mahukan lagi daripada buat dua atau tiga malam tapi tak laku,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Sinaran itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Shila Majid Big Band yang diadakan di Hotel Le Meredien, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Sheila memaklumkan dirinya sedang giat melakukan persiapan untuk tidak menghampakan para penonton yang hadir ke konsertnya nanti.
“Saya sentiasa memastikan fizikal saya berada dalam keadaan terbaik meskipun ketika fasa pandemik. Sebagai penyanyi, kita kena bersedia.
Ads
“Para penonton sudah susah payah kumpul duit untuk menonton kita menyanyi. Takkan la nak buat ala kadar sahaja.
“Saya tak kata kita kena sentiasa sempurna, asalkan mereka seronok menonton persembahan kita, itu yang paling penting.
“Pada saya, waktu persediaan lebih penting daripada hari konsert. Apa yang berlaku pada hari konsert terhasil daripada setiap persediaan kita. Itu maksud sebenar tugas seorang anak seni,” akhirinya.
Ads
Konsert ini akan membabitkan 13 pemuzik, 13 ‘horn players’, tiga penyanyi latar dan selebihnya adalah rhythm section dengan penyusunan lagu-lagu yang lebih segar.
Tiket Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 dijual daripada harga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP).
Tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia nyanyian susulan namanya yang sering terpalit kontroversi setiap kali tampil dengan lagu baharu.
Menurut Aliff hal berkenaan sedikit sebanyak memberikan tekanan, seterusnya merasakan mengundurkan diri adalah langkah paling wajar.
“Jujurnya saya give up. Saya nak berikan hiburan kepada anda. Orang lain buat macam-macam tak kena, tapi sebaliknya dengan saya. Saya pun tak tahu apa salah saya.
“Saya bertaubat (bersara dalam nyanyian) dalam keadaan terpaksa sebenarnya. Sebab orang selalu cari salah saya kan? Jadi tak apalah… bagilah (peluang) kepada pendatang baharu.
“Walaupun saya ada dapat tawaran lagi untuk buat lagi, tapi saya dah jadi fobia,” katanya ketika di temui pada Majlis Rumah Terbuka D’Herbs di Damansara Perdana, baru-baru ini.
Aliff bagaimanapun tidak menafikan nyanyian menjadi kecintaannya sejak dahulu.
“Minat saya memang pada dunia nyanyian, suka menyanyi. Namun ia telah disalahtafsirkan sebab saya lancarkan lagu untuk suka-suka.
“Namun saya terima ugutan, lagu kena ‘banned’ dan sebagainya. Jadi saya putus asa. Mengenai tawaran kolaborasi buat lagu pun saya tolak dengan cara baik.
“Pada pendapat saya, saya mungkin dibenci sebab jadi penyanyi. Namun bila saya tak lancar lagu, ada yang tanya bila nak buat. Yang bertanya ramai.
“Tapi bila buat lagu, seolah-olah macam serba-serbi tak kena. Kena ikut pula apa yang diinginkan peminat.Sedangkan lagu-lagu yang saya nyanyi bukanlah keluar di kaca TV,” katanya lagi.
Sebelum ini apa April, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.
Rakaman percakapan itu dilakukan selepas wujudnya aduan yang diterima oleh SKMM berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.
Malah, telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon serta pengacara jelita, Amyra Rosli? Bukan hanya memiliki senyuman yang manis malah setiap apa yang digayakan olehnya, pasti menjadi igauan pada mata yang memandang.
menerusi laman Instagramnya, Amyra Rosli atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, setiap hantaran yang dimuatnaik pastinya berjaya memukau para peminat. Ini kerana, kejelitaannya amat terserlah hingga menjadi sorotan warganet!
”Wanita yang hebat adalah wanita yang menjadikan ketidaksempurnaan sebagai sumber kekuatan dirinya”
Kapsyen yang dimuat naik juga turut menjadi perhatian netizen kerana ramai menganggap ia amat sesuai dengan peribadi Amyra yang sentiasa disenangi ramai.
Meskipun sibuk berkerja sebagai seorang pelakon juga pengacara, ia tidak menghalang Amyra untuk sentiasa tampil jelita dan berseri setiap masa!
Malah, ada juga yang bergurau dengannya menerusi ruangan komen dengan mengatakan bidadari milik pelakon Amar Baharin ini kelihatan amat cantik!
Imbau Kembali Fasa Awal Penghijrahan
“Sebenarnya selepas balik dari Makkah, Myra belum bersedia untuk bertudung tapi Myra dengar banyak cerita-cerita orang selepas kau balik dari Makkah kau kena bertudung selama 44 hari, saya tidak tahu ini betul atau tidak
“Myra kena hadiri program Meletop selepas balik dari Makkah, alamak aku nak pakai tudung ke tak? Sebab Myra perlu menghormati benda yang Myra perlu buat selepas balik dari Makkah.”
Myra berkongsi dia berasa pelik jika keluar rumah dengan tidak memakai tudung, dalam masa yang sama, dia tidak berasa yakin kerana tidak tahu untuk berfesyen jika mengenakan hijab.
Jangan Toleh Belakang, Jika Mahu Istiqamah!
Isteri kepada Amar Baharin itu berkata, bila berhijab dijalan yang betul dan percaya dengan rezeki di tangan Allah, rezeki yang diberi akan lebih berlipat ganda.
“Jangan pandang belakang, jangan rasa kita tidak boleh mencari rezeki sebabnya hanya kerana berhijab, tidak sama sekali.”
“Bila berhijab ini, kita kena istiqomah dan mempunyai support system yang sangat kuat, iaitu dari suami dan keluarga sendiri.” katanya lagi.
Sekadar info, Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016 dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon, Redza Minhat menerusi posting terkininya di Twitter dilihat seolah-olah mempersoal bagaimana individu boleh mendapatkan gelaran penceramah atau Pencetus Ummah (PU).
“Aku pun nak jadi PU la, macam senang je. Mana nak apply?”
aku pun nak jadi PU la, macam senang je. Mana nak apply?
Meski tidak menyatakan kepada mana-mana individu, namun ia seakan terarah kepada suatu isu melibatkan penceramah bebas bersama bekas isterinya yang kini viral.
Status tersebut turut menarik perhatian netizen untuk memberikan reaksi.
Komen mereka mudah sahaja, hanya tiga perkara yang diperlukan iaitu jubah, kopiah dan gambar di Mekah.
Malah, tambah netizen lagi, mereka juga perlu mulakan dengan mengkritik golongan selebriti yang menanggalkan hijab untuk dapat gelaran penceramah.
Inilah kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tambahan pula, kita belum mendengar penjelasan sepenuhnya daripada pihak terbabit.
Bimbang, nanti kalau tak betul, timbul elemen fitnah pula
Foto – Twitter Redza Minhat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...