Kelly Azman menafikan dia dan rakan artis, Ifa Raziah bermasam muka selepas dia tidak lagi mengacarakan festival raya yang diusahakan penyanyi lagu Ser Ser Ser itu bagi tahun ini.
Menurut Kelly atau nama sebenarnya, Raja Azman Raja Ayob, selain menyanyi dia mencari rezeki sebagai pengacara secara ‘freelance’ dan tidak ada istilah dirinya tidak berbaik dengan selebriti itu hanya kerana dia telah mengendalikan acara raya yang lain.
“Cerita begini, saya ada dapat tawaran sebagai pengacara untuk beberapa festival raya. Jadi rasanya tak salah kalau saya nak cari satu kelainan untuk tahun ini.
“Saya masih boleh bekerjasama dengan pihak sana (Ifa), kita tak ada apa-apa masalah. Sebab bagi saya, kita datang dengan cara baik jadi biarlah kita pergi pun dengan cara baik. Tak ada gaduh.
“Kalau soal bayaran, ‘rate card’ kita sama sahaja walau di acara mana-mana pun. Jadi isu itu tidak timbul pun. Insya-Allah kalau ada rezeki boleh bekerjasama lagi,” katanya kepada MH.
Keberadaan Kelly yang sinonim menerusi lagu No No No sebelum menerusi beberapa siri acara raya satu festival mencuri perhatian kerana sudah tiga tahun berturut-turut dia mengendalikan festival raya anjuran Ifa di samping beberapa pengacara lain sebelum ini.
Malah Kelly turut dikenali sebagai antara rakan yang rapat dengan penyanyi berkenaan.
“Bila orang panggil bagi kerja, saya pergilah kalau tidak terikat dengan mana-mana komitmen lain. Saya rasa Ifa pun lebih faham memandangkan dia seorang selebriti. Untuk saya, kalau sudah ada peluang rezeki tak kan lah kita nak tolak.
“Apa pun, memang tiada isu. Cuma saya nak angin baru sahaja. Hubungan saya dengan Ifa masih baik lagi,” katanya lagi.
Kelly ditemui pada Majlis Iftar Raya Bersama Artis Rusa & MVM di Shah Alam, pada Isnin.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI