Sebak melihat perkongsian Zulin Aziz keadaan anak-anak kecil yang tidak mempunyai keluarga di sisi.
Tulisnya, apa yang menyentuh emosi apabila pelawat yang datang dipanggil dengan gelaran ‘mummy’.
“Anak2 ini ada yg diantara mereka tidak beribu,tidak berbapa,tidak kenal pun siapa org tua mereka,ada yg kerana tak mampu,ada yg ibu bapanya tak dpt dikesan, ibu masih bawah umur,penagih, dan macam2 lagi
“Kalau dtg sini rasa mcm syurga
Mereka dtg peluk kita
Mereka dtg cium kita
Mereka panggil kita Dgn panggilan mummy
Bg mereka kita semua mak mereka
Rasa sebak ya Allah.”
Namun, jelas pengacara ini, anak-anak di sini tida boleh dijadikan anak angkat atas sebab-seba tertentu.
“Disini TAK boleh ambik anak angkat,ni rumah perlindungan,ada diantara mereka yg nak anak tu cuma sepanjang ibu mereka bersekolah, bayi mereka dibawah jagaan termasuk ibunya.Tapi kalau mereka tak nak pun, anda kena berurusan dengan jkm.
“Ada diantara mereka juga ibunya dh meninggal dunia,ada yg ditinggalkan,tp baby tu ada masalah kesihatan.
“Mcm baby yg first skali dlm video ni. Dia autism.Boleh ambil tp anda yg betul boleh dan mampu menanggung segala kos rawatan.
“Terima kasih kak @khalizah_alihan bawak zulin @diyanaamira @iqanasra kesini.
“Kepada anda yg ingin menghulurkan bantuan barangan dapur , lagi2 utk di bulan ramadhan bagi rumah perlindungan kanak2 dan remaja hamil ni boleh contact : .
Puan suraya : 0173885997
Alamat terpaksa dirahsiakan. Apa2 boleh hubungi Puan Suraya,” tulisnya panjang lebar.
https://www.instagram.com/zulinaziz/p/Bwy4gSBjLvZ/?igshid=1stcz631pd1bx
Terasa sebak di hati melihat deretan anak-anak kecil yang dilahirkan tanpa kasih sayang ibu dan bapa kandung. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak ini dan dilimpahkan kasih sayang buat mereka.
Foto : Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI