Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham masih belum dapat menahan perasaan sedihnya apabila ibu tercinta, Asiah Haron pergi menhadap Ilahi pada Selasa akibat serangan jantung.
Malah, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Hussin turut meluahkan rasa rindunya apabila menatap serta berkongsi foto arwah di Instagram.
“Senyuman ni lah buat aku semangat setiap kali jumpa. Gambar ni 3 minggu sebelum Ma meninggal.
“Datanglah bidadari cantik macam mana pun, tak boleh lawan senyuman ni. Kita jumpa di syurga Ma,” tulis Issey sebak.
Dalam pada itu, Issey juga teringat-ingat akan objek yang sering digunakan arwah iaitu katil dan kerusi.
“Rindu yang tiada noktah. Jujur aku cakap, aku tak boleh tidur dekat rumah Kota Bharu lagi. Masuk jer rumah tu mesti ingat Ma.
“Tambah tambah bila tengok katil Ma dan tengok kerusi yang dia selalu duduk. Kalau buleh mintak, aku nak mintak seminit jah masa untuk kecek dengan Ma,” kongsi Issey sambil disertakan gambar halaman rumah.
Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok mendedahkan dia terlibat kemalangan bersama seorang penghantar makanan bermotorsikal (food rider) pada Khamis.
Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Mohd Nor menjelaskan, insiden berlaku apabila food rider terbabit dipercayai melanggar kereta yang yang dinaiki dari arah belakang.
Meski keadaan keretanya agak teruk, Wak Doyok bagaimanapun mengambil pendekatan untuk membantu food rider terbabit yang mengalami kecederaan susulan kemalangan.
“Berlaku satu tragedi petang tadi waktu puncak. Kereta aku dilanggar oleh rider grab dari arah belakang berhadapan Sg Wang Plaza, Bukit Bintan.
“Kereta aku teruklah jugak. Tapi takpe lah. Lagi teruk adik rider tu motor dia rosak teruk tangan dia luka-luka dan terseliuh bahunya.
“Jadi aku settlekan semua semoga dia sihat kembali dan bekerja mencari rezeki. Hati-hati di jalan raya,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Wak Doyok selain mendoakan agar dirinya terus dimurahkan rezeki.
Perkongsian sama turut dikongsikan pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini menerusi Insta Stories selain memuat naik tangkap layar perbualannya bersama food rider tersebut yang memohon maaf atas khilaf.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dua penyanyi bersuara emas, Datuk M Nasir dan Datuk Hattan bakal bergabung di atas satu pentas sama untuk menjayakan konsert ‘Sifu & Aku’ yang akan diadakan pada 3 Februari depan.
Memilih Sabah sebagai destinasi pertama, konsert yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) itu akan menampilkan kira-kira 20 lagu hit mereka berdua.
Menurut Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, Sabah merupakan satu tempat yang sangat istimewa dan wajib menjadi destinasi persinggahannya pada setiap tahun.
“Sabah ini merupakan sebuah tempat yang sangat istimewa buat diri saya. Bukan hanya kerana makanan lautnya tetapi juga disebabkan ketenangn yang ada di negeri ini.
“Saya sudah sampai ke seluruh pelusuk Sabah. Ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu.
“Ini merupakan kali pertama saya berada di satu pentas yang sama bersama sifu saya di negeri Sabah. Saya tak belajar dengan orang lain. Hanya belajar dengan M. Nasir sahaja,” katanya kepada MH.
Sementara itu, M. Nasir juga akui teruja apabila bakal bergandingan dengan anak murid yang sudah dikenalinya sejak tahun 1986.
“Setelah 10 tahun di dalam dunia seni, baru Hattan muncul dalam hidup saya dan dia telah menampakkan satu janji yang dia akan kekal dalam industri muzik ini.
“Saya juga bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengan Hattan. Kalau anda nak tahu, panggilan sifu itu telah dimulakan oleh Hattan. Saya berterima kasih kerana diberikan pengiktirafan tersebut.
“Saya berharap agar diri saya ini dapat memberikan lebih daripada 100 peratus untuk menghiburkan masyarakat di Sabah ini,” konsinya.
Kedua-dua mereka ditemui di majlis sidang media konsert Sifu & Aku yang berlangsung di SICC, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.
Dalam pada itu, Hattan turut menyuarakan keyakinan bahawa konsert ini bakal memberikan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan buat para penonton.
“Untuk konsert berbayar seperti ini, kita akan cipta sesuatu konsep. Ini bukan persembahan yang biasa-biasa. Tidak seperti dinner show. Penonton akan mengharapkan persembahan-persembahan di luar kotak.
“Jadi, kita akan rangka konsep yang mungkin anda dapat tonton sekali sahaja di Sabah ini. Kami berdua ini merupakan ‘jammers’. Jadi, ia memudahkan kami untuk membuat persediaan,” katanya lagi.
Sementara itu, penyanyi lagu Semerah Padi ini turut memaklumkan dirinya sudah pun membuat persiapan rapi menjelang konsert yang bakal berlangsung kurang dua bulan lagi.
“Kalau boleh, tiap-tiap bulan kami ingin mengadakan konsert. Kita sudah sebati dengan konsert. Sebagai anak seni, kita memang sudah sentiasa bersedia.
“Bagi kami, waktu dua bulan untuk membuat persiapan ini sebenarnya agak panjang. Rasanya tak perlu kami ceritakan mengenai persediaan kami,” ujarnya.
Konsert Sifu Dan Aku ini dianjurkan oleh Ochee Purnama Sdn Bhd dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group.
Tiket konsert kini sudah pun dijual bermula pada harga RM188, RM288, RM388, RM488 (tempat duduk bebas) dan RM988 (VIP/ tempat duduk bernombor).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...