Penyanyi dan usahawan, Datin Alyah mendedahkan dia dan suami, Datuk Ramli MS lebih banyak isi masa dengan mendalami ilmu agama bersama-sama.
Malah, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan turut mengakui mereka kini saling memperbaiki diri demi mengeratkan lagi ikatan perkahwinan yang dibina lebih tujuh tahun lalu.
Jelas penyanyi Meluruh ini, perkara positif itu berjalan dengan baik sementelah mengenangkan hubungan keduanya yang pasang surut sebelum ini.
“Kita berubah di kedua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu kita rasa sudah tiada jodoh dah… macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ini.
“Tidak dinafikan, dalam rumah tangga ada akan ada up and down. Orang dekat luar pun get ready saja, bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita.
“Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi. Untuk apa? Semua untuk memecah-belahkan rumah tangga,” jelasnya.
Ads
Bintang asal Johor ini turut menyatakan, rohaninya kuat apabila mendekatkan diri dengan agama dan pada masa sama, kekal sabar dalam menghadapi dugaan.
“Apa yang menguatkan saya adalah agama. Ibu bapa kita dulu tak ada laman sosial, walaupun bapa saya garang tapi ibu saya tetap menunggu bapa saya.
“Itulah agama yang dididik oleh orang tua mereka.
Ads
“Itulah yang saya rasa terlepas untuk beberapa tahun lalu. Alhamdulillah saya dah dapat balik, saya harap dapat terus kekalkan macam ini,” kata duta produk Zafesha Simply ini jujur.
Sementara itu, Alyah turut menambah, dia mempunyai perancangan untuk bersara daripada dunia seni dan turut suarakannya kepada suami.
“Jujurnya, saya memang tak akan menyanyi sampai tua. Apa pun, kita pun tak tahu tapi ini hanya perancangan. Allah lebih mengetahui.
Ads
“Ada satu waktu yang tak boleh nak dikongsikan, tapi saya akan bersara bukan berehat.
“Ini keputusan yang terbaik dan memang saya tidak akan menyanyi sampai umur 45 tahun.
“Saya pernah luahkan hasrat itu kepada suami dan dia pun faham.
“Selagi saya beri komitmen sepenuhnya pada karier seni, mungkin saya tak dapat nak berusaha untuk menambahkan ahli keluarga.
“Saya memang ada perancangan untuk lakukan rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF),” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengakui sukar baginya ‘bercerai susu’ dengan anak, pengacara Hijab Stailista, Ameera Zaini, bagaimanapun mengakui ia adalah satu proses yang normal dilakukan oleh para ibu.
Lalu, hos yang bergelar usahawan ini turut berkongsikan tips terbaik dalam fasa cerai susu ini.
Tulisnya, salah satu cara untuk memujuk anak daripada rajin ‘melekap’ adalah dengan memberi ganjaran.
“Meera ada baca, salah satu cara nak pujuk anak dalam weaning off process is to promise him that he will get a reward if he stop. So since Mateen tgh suka ocean animals ni Meera try la.
“Kalau Mateen tak milk mommy lagi mommy bawa pergi tengok shark,” kongsinya.
Namun, ibu mana yang sanggup melihat anak sengsara kempunan susu ibu, lebih-lebih lagi sehingga mengigau ketika tidur.
“Dia pun angguk je. Pastu malam2 setiap kali dia terjaga, normally it’s for the Miss B tapi, kalini dia macam mengigau “Mateen nak jumpa Shark” ulang banyak kali seolah2 tgh reminds himself “I want mommy tapi nanti tak boleh tengok Shark”.
“Sedihnya. Last2 mommy kalah jugak, sebab sedihnya tengok dia macam tu.
“Itulah naluri ibu kan. Macam mana penat, marah, cuba kuat sekalipun, bila tiba bab anak ni jadi mengalah. Sama la macam kes lepas je beranak punya lah taknak anak lagi lepas tu, tapi 4 5 kali jugak beranak kan. Sebab apa? Sebab itu fitrah kita sebagai wanita.
“Tahniah kepada semua para lelaki yang bertahan dengan emosi kami, wanita,” kongsi Ameera panjang lebar.
Keharmonian rumah tangga pasangan selebriti Neelofa dan suami, PU Riz sentiasa dikagumi ramai dan apa sahaja yang dikongsikan di laman sosial mereka pasti meraih perhatian daripada netizen.
Terbaharu, Neelofa memuat naik sebuah cincin berlian hadiah daripada suami tercinta seperti yang dikongsikan menerusi InstaStory.
Menerusi hantaran itu, Neelofa sebenarnya ditanya tentang pilihan hadiah sama ada beg tangan atau cincin yang dia inginkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, Neelofa tidak terus memberikan jawapannya pada ketika itu.
Selang beberapa hari, PU Riz kemudiannya menelefon dan bertanyakan saiz cincin yang dipakai isterinya kerana dia sudah berada di hadapan kedai perhiasan emas.
“Terima kasih Haris, moga mencurah-curah rezeki you asbab cuba bahagiakan isteri,” tulis Neelofa.
Untuk info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.
Neelofa dijangka melahirkan anak kedua dalam pertengahan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 di Pantai Cenang, Langkawi pada 27 Oktober lalu, selebriti Alif Satar berpuas hati dengan percubaan kali pertamanya itu.
Meski terpaksa menempuhi cabaran selama 15 jam sebelum sampai ke garisan penamat, ia bagaimanapun nyata tidak menjadi pengahalang buat pemilik nama penuh Muhammad Alif Mohd Satar itu untuk menunaikan solat pada sesi kejohanan.
Malah, penyanyi lagu I Want You To Love Me itu juga menyifatkan bahawa solat memberi ketenangan kepada dirinya.
“Di saat badan kau tak ada apa-apa, apabila kau solat, kau rasa macam satu benda yang baru.
“Apabila nak rukuk, rasa badan jadi renggang. Apabila sujud, darah di kepala rasa fresh, apabila duduk di antara dua sujud, kedua-dua kaki dan tangan rasa renggang balik.
“Rasa macam entahlah sukar nak ungkap. Satu benda yang kau buat hari-hari,tapi bila kau buat disaat kau tak ada apa-apa , ia seperti penyelamat untuk kau,” antara perkongsian hos Big Stage ini syahdu.
Rakaman tersebut turut dikongsikan Alif menerusi Instagram sementara versi penuhnya pula dimuat naik di saluran YouTube rasminya.
Serentak dengan perkongsian itu, rata-rata peminat meninggalkan reaksi kagum dan positif. Malah, golongan selebriti juga tidak ketinggalan memberikan kata semangat buat bintang berkenaan.
Terdahulu, ada segelintir netizen yang mempersoalkan sama ada peserta triaton itu sempat menunaikan solat atau sebaliknya sepanjang acara itu berlangsung.
Lantas, Alif ada memberikan respon terhadap persoalan tersebut dan menjelaskan bahawa penganjur telah menyediakan ruang khas untuk atlet Muslim.
Pesawat Jeju Air dengan nombor penerbangan JC 2216 telah terhempas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang (setakat berita...