Penyanyi Datin Alyah tidak menyangka percubaannya untuk berniaga kuih tempatan membuahkan hasil apabila karipap mentah yang dibuat mendapat sambutan baik peminat.
Menurut Alyah,40, idea tersebut berlaku secara spontan ketika dia melakukan sesi ‘live’ di Instagram bersama pengikutnya baru-baru ini.
“Pada awalnya saya rasa nak makan karipap untuk menu petang. Jadi sajalah suka-suka ‘live’ di IG pada waktu sama dan saya kata kalau ada yang mahu, bolehlah tempah.
“Tak sangka pula daripada sekadar bergurau, ramai pula yang berminat untuk buat beli. Ingatkan yang tempah sedikit saja, tapi pembantu saya kata lebih 300 biji tempahan telah diterima.
Ads
“Memang terkejut, tapi saya kira ini salah satu punca rezeki untuk tambah pendapatan dalam fasa pandemik ketika ini. Saya terima tempahan selama beberapa hari dan alhamdulillah, sambutan yang diterima cukup positif.
“Keluarga saya di Johor pun memang ada yang buka kedai, ambil tempahan buat kuih muih, lauk pauk dan sebagainya. Jadi saya sendiri sudah terbiasa. Tak dinafikan penat bila uli gunakan kudrat sendiri, tapi syukur kerana juga yang sudi nak merasa,” katanya.
“Bila saya nampak percubaan ini menjadi, saya rancang untuk selang seli menu kuih. Macam contoh, minggu ini karipap dan minggu seterusnya mungkin kuih lain pula.
Ads
“Selain boleh tukar cita rasa, peminat pun boleh menikmati hidangan pelbagai. Tidaklah sama saja. Kalau ada permintaan dalam kuantiti yang banyak, insya-Allah saya akan usahakan. Cuma sekarang saya kena beli mesin khas kalau nak jalankan projek ini secara berterusan,” katanya.
Ditanya apa reaksi suami, Datuk Ramli MS, penyanyi Meluruh itu bertuah kerana pemuzik berkenaan menyambut baik usaha yang dilakukannya.
Ads
“Suami menyokong, memandangkan dia dan keluarganya di Singapura juga cukup mahir dalam bab masakan. Ramli minta saya untuk buat bisnes ini secara serius.
“Malah dia ada rasa dan menilai serta bagi input apa yang perlu ditambah baik. Tapi bila jalankan bisnes ini,ia tidaklah bermaksud saya nak hadkan kerjaya. Memandangkan situasi negara ketika ini, rasanya lebih baik untuk kita cuba cari hobi lain juga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah kini sedang mencari masa sesuai untuk merakamkan single terbarunya, Thank You Allah yang bakal dilancarkan tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu, Hijrah Jannah, pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsikan gambar dia sedang menjayakan babak pernikahan menerusi laman Instagram miliknya.
Rata-rata peminat terpegun dengan kecantikan ibu kepada dua cahaya mata itu yang kelihatan ayu bersimpuh di masjid ketika sesi penggambaran itu dijalankan baru-baru ini.
Menurut mereka, seri ‘pengantin’ terserlah di wajah Puteri Sarah yang memakai busana serba putih.
Malah, tidak kurang juga ada komen-komen ‘nakal’ yang mengusik nasib baik aktres itu tidak menggenakan stokin bola bagi melengkapkan penampilannya untuk babak tersebut.
“Macam ni baru baju nikah cantik, simple tapi sweet.. yang penting tak pakai stokin bola.
“Jangan pakai stokin bola tau sayang.
“Yang penting ini bukan masjid dan tuan kadi dari Thailand dan tak pakai stokin bola,” komen sebahagian netizen.
Menerusi drama Hijrah Jannah itu, Puteri Sarah membawakan watak individu ketiga yang ‘menganggu’ rumah tangga pasangan suami isteri yang dijayakan oleh Remy Ishak dan Daniella Sya.
Terdahulu, isu mengenai stokin bola menjadi topik hangat dalam kalangan netizen selepas madu Puteri Sarah, Ira Kazar didakwa memakai stokin bola semasa majlis pernikahannya dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof yang berlangsung di Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui ada segelintir pihak yang pernah memberikan komen dan tanggapan negatif ketika ingin menceburi kerjaya dalam bidang hiburan.
Dina atau nama sebenarnya, Faradina Mohd Nadzir berkata perkara ini berlaku oleh kerana fizikal tubuh badannya yang tidak menarik.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun stesen televisyen satelit, Astro yang ke-25, Dina memberitahu Astro telah memberi peluang kepada dirinya untuk menjadi sebagai penyampai radio dan dirinya tidak menyangka akan menyukai kerjaya tersebut.
Meski memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi, bintang berusia 36 tahun ini berkata dia sentiasa mahu memberikan yang terbaik dalam apa jua tugas yang diberikan.
“Orang cakap saya tak boleh pergi jauh sebabkan fizikal saya tapi saya saya mahu buktikan yang saya boleh. Astro buka peluang untuk saya berkerja di radio, siapa sangka saya suka!
“Saya pentingkan keikhlasan dan kualiti dalam apa jua saya lakukan walaupun saya menyanyi atau mengacara di depan 8000 orang atau 8 orang, saya tetap beri 110 peratus,
“Saya juga mahu dikenali sebagai seseorang yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua tugas. Kalau saya jatuh keluarga akan memberi semangat untuk saya bangkit semula,” katanya.
Sekadar informasi, Dina telah memulakan karier seni nyanyian selepas menyertai program realiti nyanyian Malaysia Idol musim pertama pada tahun 2004.
Selepas itu, Dina mengembangkan kerjayanya sebagai penyampai radio ERA FM pada tahun 2012 sebelum ditugaskan untuk menjadi penyampai radio Sinar FM, pada awal tahun lalu.
Foto: Instagram Dina Nadzir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey telah mengumumkan semalam menjadi hari terakhir dirinya bertugas sebagai penyampai radio ERA.
Kongsi Fad, sepanjang menjadi sebahagian keluarga stesen radio berkenaan, ia merupakan satu momen indah baginya.
Malah, pemilik nama penuh Muhammad Fadzlie Nizam itu juga turut memohon maaf kepada pendengar sekiranya terkasar bahasa sepanjang ke udara, kira-kira sejak tiga tahun lalu.
“Thanks for the memories @era.je ,thank you semua yang dengarkan saya selama saya ke udara, maaf kalau ada salah dan terkasar bahasa ye. #lastday #3years,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata sedih dengan berita tersebut tetapi ada yang turut berterima kasih buatnya kerana telah berjaya menghiburkan pendengar sepanjang berada di konti.
Dalam perkembangan lain, Fad kini sibuk dengan program realiti hiburan, Maharaja Lawak Mega (MLM 2019) berpadu tenaga menerusi kumpulan Bocey bersama Achey dan Abam.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...