Penyanyi Datin Alyah tidak menyangka percubaannya untuk berniaga kuih tempatan membuahkan hasil apabila karipap mentah yang dibuat mendapat sambutan baik peminat.

Menurut Alyah,40, idea tersebut berlaku secara spontan ketika dia melakukan sesi ‘live’ di Instagram bersama pengikutnya baru-baru ini.

Datin Alyah Syukur Dan Tak Sangka Bisnes Jual Karipap Menjadi – “Suami Turut Rasa Dan Menilai. Dia Bagi Input.”

“Pada awalnya saya rasa nak makan karipap untuk menu petang. Jadi sajalah suka-suka ‘live’ di IG pada waktu sama dan saya kata kalau ada yang mahu, bolehlah tempah.

“Tak sangka pula daripada sekadar bergurau, ramai pula yang berminat untuk buat beli. Ingatkan yang tempah sedikit saja, tapi pembantu saya kata lebih 300 biji tempahan telah diterima.

IKLAN

“Memang terkejut, tapi saya kira ini salah satu punca rezeki untuk tambah pendapatan dalam fasa pandemik ketika ini. Saya terima tempahan selama beberapa hari dan alhamdulillah, sambutan yang diterima cukup positif.

“Keluarga saya di Johor pun memang ada yang buka kedai, ambil tempahan buat kuih muih, lauk pauk dan sebagainya. Jadi saya sendiri sudah terbiasa. Tak dinafikan penat bila uli gunakan kudrat sendiri, tapi syukur kerana juga yang sudi nak merasa,” katanya.

“Bila saya nampak percubaan ini menjadi, saya rancang untuk selang seli menu kuih. Macam contoh, minggu ini karipap dan minggu seterusnya mungkin kuih lain pula.

IKLAN

“Selain boleh tukar cita rasa, peminat pun boleh menikmati hidangan pelbagai. Tidaklah sama saja. Kalau ada permintaan dalam kuantiti yang banyak, insya-Allah saya akan usahakan. Cuma sekarang saya kena beli mesin khas kalau nak jalankan projek ini secara berterusan,” katanya.

Datin Alyah Syukur Dan Tak Sangka Bisnes Jual Karipap Menjadi – “Suami Turut Rasa Dan Menilai. Dia Bagi Input.”

Ditanya apa reaksi suami, Datuk Ramli MS, penyanyi Meluruh itu bertuah kerana pemuzik berkenaan menyambut baik usaha yang dilakukannya.

IKLAN

“Suami menyokong, memandangkan dia dan keluarganya di Singapura juga cukup mahir dalam bab masakan. Ramli minta saya untuk buat bisnes ini secara serius.

“Malah dia ada rasa dan menilai serta bagi input apa yang perlu ditambah baik. Tapi bila jalankan bisnes ini,  ia tidaklah bermaksud saya nak hadkan kerjaya. Memandangkan situasi negara ketika ini, rasanya lebih baik untuk kita cuba cari hobi lain juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Alyah kini sedang mencari masa sesuai untuk merakamkan single terbarunya, Thank You Allah yang bakal dilancarkan tahun ini.

Datin Alyah Syukur Dan Tak Sangka Bisnes Jual Karipap Menjadi – “Suami Turut Rasa Dan Menilai. Dia Bagi Input.”

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI