Meski sudah pun berpisah, namun silaturrahim di antara pelakon Datin Anne Ngasri bersama bekas suaminya masih diteruskan apabila isteri kepada Abdul Wafi yang dikenali sebagai Farah Yaya Nadiah ada berkongsi sekeping foto mereka bersama.

Difahamkan, Farah baru sahaja melahirkan cahaya mata dan pelakon yang juga ibu kepada lima cahaya mata itu dilihat ada mengunjungi untuk melihat permata hati pasangan berkenaan.

Datin Anne Ngasri Lawat Isteri Bekas Suami Yang Baru Selamat Timang Cahaya Mata, Mulia Sungguh Hatinya…Terdahulu, seperti yang diketahui, Datin Anne Ngasri bercerai secara rasmi dengan suami pertamanya, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010 lalu.

IKLAN

Keduanya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 13, tahun, Abdul Wafri, 11 tahun dan Nazharah Afrozah, 9 tahun.

Kemudian, Datin Anne Ngasri diijab kabulkan pula dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

IKLAN

Menerusi perkahwinan berkenaan, bintang yang sinonim menerusi drama kanak-kanak, Cili Padi itu dikurniakan seorang seorang anak lelaki, Sufi Harraz yang kini berusia 6 tahun serta seorang anak perempuan yang lahir pada 28 Nov lalu.

View this post on Instagram

Day 1 – Baru sempat Upload … Selamat Hari Raya 😊😊

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on

IKLAN

Foto: Instgaram @theyayanadiahs

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI