Tahniah diucapkan buat anak kepada pasangan selebriti dan usahawan, Datuk AC Mizal dan isteri, Datin Emylia Rosnaida iaitu Reeve Damien atas majlis graduasinya, baru-baru ini.
Reeve yang baru menginjak usia 19 tahun merupakan graduan Diploma in Business Study di Raffles Kuala Lumpur dan turut aktif dalam dunia seni.
Berkongsi di media sosial, Datin Emylia menzahirkan rasa syukur atas kejayaan anak sulungnya itu.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, we are so proud of you and your accomplishments. Remember to go after what you want and to stay humble along the way. Congrats sweetheart.
“Syukur alhamdulillah to our son Reeve Damien, penat-lelah mummy daddy bekerja selama ini berbaloi. You made us proud. Syukur sangat pada Allah. Thank you abang.
“We are thankful to Allah for your successful graduation. It’s the result of your sincerity, hard work, and patience. You have found the result of your hard work.
“Congrats! We love you Reeve Damien, thank you so much Raffles Kuala Lumpur, thank you to all lecturers,” tulisnya menerusi beberapa hantaran pada ruangan kapsyen.
Malah, AC turut berkongsi perasan serupa apabila menitipkan dedikasi indah buat permata hatinya itu atas pencapaian yang diraih.
View this post on Instagram
“As your dad, I’m super pround of you. You did it, my beloved son. Congratulations on your achievement, my dear son,” luah AC.
Sebelum ini, Reeve pernah menjadi tular selepas kisahnya yang menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah, Mercedes Benz daripada ibu bapanya ketika hari lahir ke-18, Mei tahun lalu.
Imbas kembali, AC Mizal dan Emylia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2002.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI