
Datin Patimah Ismail yang juga ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof memohon supaya dirinya tidak diganggu susulan isu tuntutan cerai menantunya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.
Lapor Harian Metro, Patimah berkata, dia enggan kenyataan yang bakal dikeluarkan akan membuatkan dia pula dihina netizen.
Sebelum ini, Patimah yang juga isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam menjadi perhatian netizen terhadap setiap komen ditulisnya berhubung isu perkahwinan kali kedua anaknya dengan Ira Kazar.
Sejak berita perkahwinan Syamsul dan Ira Kazar di Thailand hangat diperkatakan, Patimah juga didapati meninggalkan beberapa komen di media sosial, terutama membabitkan hantaran dibuat menantunya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Komen Patimah menjadi perhatian dan hangat di portal-portal hiburan kerana kelantangannya mempertahankan Puteri Sarah, sekali gus tindakan itu dianggap netizen amat wajar bagi seorang ibu mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Speaking Buat-Buat Slang Kang Kau Kata Aku Berlagak,” – Azah Aziz Bengang Dikata Speaking Berterabur

Pelakon popular era 90-an, Azah Aziz menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa terhadap komen seorang individu yang mengkritik pertuturannya dalam Bahasa Inggeris meski lama bermastautin di luar negara.
Jelasnya, sedangkan masyarakat di Kanada memahami cara perbualan orang luar dan tiada keperluan baginya mengikuti slanga di sana. Malah dia tidak mahu dikatakan sebagai lupa diri.
“Kau ni tak de kerja yee..komen aku speaking berterabur ke tulis berterabur ke..aku berterabur pun kau kecam , aku speaking French kang kau kata aku berlagak,kang kau tak faham lakk.
“Aku speaking buat2 slang kang kau kata aku berlagak..aku duk oversea lama2 klu aku speaking berterabur pun kau kecam..aku org kg baru, aku tak berlagak cam org2 duk m’sia tu, acah2 slang speaking, tak reti cakap melayu..sodehhhh.
“Aku speaking ikut cara aku leer.. lantakkk..org2 canada faham pun,pasal kau nak sibuk.ramai org2 kat Canada speaking berterabur gakkk..cam Mexican,Indonesian, Italian, French, Korean, Japanese,Filipino ..semua klu speaking English berterabur gakkk.
“Kau tu jeer tak pernah gi oversea kut, konon duk m’sia kenalah speaking or write proper English keee…sodehhh hidup kau dikk.
“Bff aku @shieraijoy tu memang dia terror speaking, lepas blik London terus dia speaking London kan, tapi dia tak berlagak, .. kang aku nak ajar dia speaking french lakkk sebelum dia dtg sini,mesti berterabur kann. luv u n miss u shiera,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on
Luahan ini mendapat reaksi pelbagai netizen yang menyifatkan individu tersebut sebagai seorang yang berfikiran sempit.
Sekadar makluman, Azah menetap di Montreal, Kanada selepas berkahwin dengan Daud Leroy Abdullah. Pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki.
Foto : Instagram Azah Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Beby Acha Kenang Momen Raya Sama Achik Spin – “Kegemaran Arwah Bakar Mercun Dalam Terowong.”

Walaupun sudah memasuki minggu kedua Syawal, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa sehingga kini.
Agenda kunjung mengunjung rumah sanak saudara dan rakan-rakan masih lagi diteruskan mengikut tradisi dari zaman berzaman.
Dalam kemeriahan berhari raya, penyanyi Beby Acha tidak ketinggalan merasa sayu apabila sudah 12 tahun beraya tanpa kehadiran abangnya yang merupakan vokalis kumpulan Spin, Achik.
Menurut Beby Acha atau nama sebenarnya, Nur Aishah Md. Shari, 31, setiap kali Syawal dia pasti terkenang memori indah bersama Allahyarham Achik.
“Jarak usia kami lapan tahun, ketika arwah meninggal dunia, saya sudah pun berusia 19 tahun. Jadi banyak jugalah kenangan Aidilfitri bersama arwah.
“Arwah ini kelakar dan agak nakal orangnya. Kegemaran arwah adalah bakar mercun dalam terowong, jadi bunyi letupan itu lebih kuat.
“Bila raya, arwah tidak kedekut untuk belanja adik-adik dan beri duit raya. Walaupun arwah sudah berkahwin, dia tidak melupakan tanggungjawab pada adik-adik.
“Keluarga kami juga besar, jadi bila dapat berkumpul beramai-ramai, rasa seronok sangat. Sekarang ini walaupun masih berkumpul bersama, tetapi momen ketika kecil dulu tidak sama macam sekarang,” katanya kepada Media Hiburan.
Beby Acha meraikan Syawal di kampung halaman di Labu, Negeri Sembilan bersama ibu bapa serta adik-beradiknya termasuk adiknya, penyanyi Tajul Ariff.
Sekadar info, Achik atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pada 18 April 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beby Acha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hidap Kanser Tulang, Ibu Pula Terlantar Akibat Stroke,”- Awi Rafael Ziarah Remaja Lelaki Ini, Mohon Bantuan Ramai

Komposer dan penyanyi Awi Rafael telah ‘mencuri’ masanya apabila dia berkesempatan menziarahi pesakit kanser tulang, Shafuan di Hospital Kuala Lumpur semalam.
Menerusi entri terbarunya di Instagram, dia memohon agar orang ramai sama-sama menghulurkan bantuan buat pesakit berusia 20 tahun itu.
“Petang tadi sempat visit Adik Shafuan di HKL bersama ayahnya. Shafuan menghidap penyakit kanser tulang, Ibunya pula juga terlantar sakit akibat stroke sejak dua tahun lalu..
“Ayahnya terpaksa tidak berkerja utk menjaga Safuan sepenuhnya di Hospital & Abgnya pula harus berkerja di Jelebu, Negeri Sembilan sambil jaga ibu & adik. Bayangkan keadaan keluarga & bil2 yg perlu dibayar?
“Kita pasti dapat menolong keluarga Adik Shafuan, boleh contact Abgnya (Nazar) dari link di Instastory..
“Banyak yg Awi sempat bual dgn Shafuan, he’s a strong kid with a good heart. Terharu tgk semangatnya utk capai impiannya.. He is only 20 years old
“Life is unfair boy.. but these moments will pass. Amin.
(Please share his story),”tulis Awi.
View this post on InstagramA post shared by Awi Rafael (@awirafael) on
Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan sumbangan, boleh hubungi abang pesakit, Nazarhairy seperti yang dikongsikan Awi di Instagram Storiesnya.
Foto : Instagram Awi Rafael
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI