Bintang popular era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman, 57, kini kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu dan muzik yang lebih menerusi Makna.
Single berkenaan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Red Rahimad, Pown Hasril, Otromen, Aman Nassim dan Ariff Peter.
Menariknya, lagu yang diterbitkan COF Music itu turut menampilkan Salwa berkolaborasi dengan penyanyi dan rapper muda, Red Rahimad.
Salwa berkata, kemunculannya menerusi lagu berkenaan disifatkan sebagai rezeki selain akui kolaborasi bersama Red Rahimad sebagai pengalaman baharu buat dirinya.
“Kata orang rezeki memang tak salah alamat. Sebenarnya saya dah mula nak kurangkan pembabitan dalam bidang seni ini selain sudah kurang berminat nak keluarkan album atau lagu sebenarnya.
“Tapi, anak saudara saya iaitu Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim yang nak sangat saya untuk keluarkan lagu terbaharu bersama dengan Red Rahimad.
“Jadi, semangat itu datangnya daripada anak saudara saya sebenarnya. Kalau pada saya semangat untuk menyanyi tu sudah 50/50 tapi saya tetap buat ‘show’.
“Bila dah diberikan lagu dan lirik, saya tengok macam sesuai dengan jiwa walaupun ada penyanyi rap di situ. Tapi saya di bahagian yang lain iaitu dangdut.
Ads
“Lagu ini ada rentak latin pop dan dangdut sikit. Rasanya ia bersesuaian dengan saya. Pada mulanya saya ingat kena rap, rupanya tak ada. Jadi inilah bahagian saya dan hip hop pula Red Rahimad.
“Rasa teruja bila diundang untuk bernyanyi bersama Red Rahimad. Ia satu percubaan baharu dan kelainan dalam hidup,” katanya yang kali terakhir merakam lagu lebih enam tahun lalu.
Sekian lama tidak berada di studio, Salwa mengakui sedikit ‘gabra’ ketika proses rakaman dijalankan.
“Bila dah dapat lagu, lirik dan melodinya rasa terujalah pula. Saya pun memang lama tak masuk studio jadi gabra itu tetap ada. Tapi disebabkan ada kerjasama daripada penerbit, pencipta lagu dan anak saudara semangat itu datang balik.
Ads
“Kadang-kadang sebagai penyanyi ini bila dah masuk studio, semangat itu dah jadi lain. Jadi saya buat sebaik yang mungkin sebab dah diberikan kepercayaan. Pada saya ia satu pembaharuan bila kita bergabung dengan penyanyi rap ini.
“Alhamdulillah rakaman berjalan dengan baik dan tak memakan masa yang lama. Ia disebabkan rentak lagu ini dangdut hiphop berunsurkan latin pop jadi genre itu sama sahaja macam dangdut cuma dia ada latin sikit. Pada saya ia mudah untuk menghayati lagu ini,” katanya lagi.
Malah, isteri kepada kepada bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz ini turut berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong kerjaya seninya dari mula sampai sekarang.
Ads
“Macam suami dia tak pernah mengongkong saya kalau nak masih nak menyanyi. Dia sentiasa memberikan saya semangat yang padu untuk meneruskan bidang seni ini. Itu salah satu sebab yang membuatkan saya gembira, tak tertekan dan anak-anak pun mengalakkan.
“Saya buat secara sukarela dan gembira. Insya-Allah mudah-mudahan ada rezeki, kerjasama daripada pihak wartawan dan kerjasama daripada pihak radio untuk putarkan lagu ini.
“Mungkin sampai masanya untuk berundur, saya akan berundur. Sebab saya tak adalah sampai ke tua nak menyanyi. Saya ada sasaran sendiri dan sampai masa akan berundur.
“Kepada peminat yang masih mengikuti perkembangan saya, inilah hadiah untuk mereka yang ingin mendengarkan suara saya yang terbaharu. Semoga peminat dapat terima dengan imej dan rentak baharu ini.
“Terima kasih kepada yang masih bertanya di media sosial, itu tandanya saya masih diminati, alhamdulillah. Harap lagu ini memberikan makna yang baik untuk saya,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/mrZ4yobZESo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menempelak dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan keuntungan dari bisnes beg yang diusahakannya digunakan bagi membeli koleksi jenama mewah.
Menurut Che Ta seperti yang ditulis menerusi Instagram, dia sudah mempunyai pelbagai koleksi beg tangan sejak sekian lama, malah sebelum mengeluarkan beg atas jenama sendiri.
Malah, kandungan perkongsian Che Ta antara lain turut menyebut dia mempunyai pelbagai koleksi beg dari pelbagai harga, kualiti dan rekaan.
Sekaligus, dia mempunyai banyak pengalaman apabila bercakap mengenai beg tangan.
Che Ta pada masa tidak akan berputus asa, sebaliknya terus cuba berkongsi manfaat dengan wanita di luar sana.
“Saya tak kan putus asa, saya akan terus beri manfaat kepada wanita-wanita yang teringin sangat nak pakai handbag berkualiti tapi harga berpatutan,” tulis Che Ta panjang lebar.
Terdahulu, Che Ta sebelum ini turut mendedahkan beberapa tips pemilihan beg tangan menerusi Instagram.
Foto: Instagram Che Ta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, iaitu Dr Che Muhammad Hafiz ada berkongsi cerita mengenai penggunaan bahasa Inggeris di dalam dunia perubatan.
Meski sudah hampir 7 tahun menuntut pengajian di sekolah perubatan di luar negara, Hafiz berpendapat mahir bertutur dalam bahasa Inggeris bukan menjadi satu ukuran untuk melabelkan seseorang itu sebagai seorang yang bijak pandai.
Selain itu, Hafiz mengakui adalah lebih mudah untuk berkomunikasi dalam bahasa Malaysia bersama pesakit oleh kerana pesakit yang dirawatnya banyak dari kalangan berbangsa Melayu.
“Belajar di Medical School hampir 7 tahun pun jarang sy tgk doc guna bahasa inggeris? First skali mmg kita tahu lah penguasaan bahasa inggeris bukan menjadi satu ukuran untuk seseorang itu di labelkan sebagai seorang yang bijak pandai.
“Ya, mmg betul jika hebat berbahasa inggeris tu kita patut rasa bersyukur kerana dikurniakan satu kelebihan extra.
“Sejak saya balik ke malaysia kebanyakan pesakit saya adalah orang melayu dan most of the time mmg sy guna bahasa melayu. Lain la masa duduk di luar negara dulu dah mmg takde pilihan lain sb semua pesakit tak pandai berbahasa melayu.
“Cuma skrang ni bila berada di malaysia kadang2 tu apabila sy jumpa pesakit bukan melayu mmg sy akan prefer untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Itu pun pesakit yang mula dulu bercakap dlm bahasa inggeris sb nak elak miscommunication,” tulisnya.
Sebagai seorang doktor, Hafiz memberitahu aspek keselamatan dan keselesaan pesakit adalah amat penting bagi dirinya agar dapat memberikan yang terbaik kepada pesakit.
“Apa2 pun di hari jumaat yang penuh barakah ni sy selesai meeting dgn Encik shah ( kontraktor yang incharge untuk menjayakan projek regalion clinic di kota damansara) pun cakap dlm bahasa melayu dan berjaya dapat kata sepakat dah pun alhamdulilah.
“Pelbagai aspek telah dibincangkan termasuklah isu keselamatan dan keselesaan dalam klinik mengikut ukuran dan standard yang telah ditetapkan kkm.semua nya adalah untuk memastikan sy dapat berikan yang terbaik untuk patients/customers saya nanti. InsyaAllah..,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah punpada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Dr Che Hafiz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Anne Ngasri ada menitipkan dedikasi teristimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Abdul Warits Abdul Wafi.
Sambil memanjat rasa syukur, pemilik jenama tudung AnneNgasri Exclusive ini turut mendoakan agar anak lelakinya itu sentiasa berada di bawah lindunganNya.
“Syukur Alhamdullilah. I gave birth 5 times but you were the 1st who made me become mama. With you we had so many 1st time together.
“Dear Warits, you will always be number 1. Mama hopes that I will always be your number 1 too. Happy Birthday my dear 1st son.
“Thank to Allah swt for let me having you. May Allah swt granted your wish and protect you from any. Mama loves you son,” tulisnya sambil turut memberi tanda kepada beberapa nama termasuk bapa kepada anaknya itu.
Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sufi Harraz dan Nefa Naura.
Sementara menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, Anne dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!