Mengambil inisiatif murni, usahawan Datin Vivy Yusof telah memberi sumbangan kepada ‘frontliners’ yang bertungkus lumus dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Menerusi akaun Instagram miliknya, ahli perniagaan ini memaklumkan memberi sumbangan dengan mendermakan sebanyak 1,700 helai tudung koleksi jenamanya kepada barisan petugas hadapan.

Difahamkan, sumbangan tersebut disalurkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan IKRAM Malaysia.

“Saya menerima banyak DM untuk membantu frontliners yang memerlukan keperluan hijab mereka dan saya tidak boleh berdiam diri sahaja.

IKLAN

“Ini merupakan cara paling pantas yang saya fikir boleh untuk bantu mereka. @theduckgroup mendermakan sejumlah 1,700 tudung dUCk (100% cotton, jadi ia tidak akan membuatkan mereka berasa panas) bernilai RM255,000 kepada frontliners.

“Hari ini sumbangan itu diterima oleh Dr. Siti Noor Munirah Ibrahim. Terima kasih kerana membantu kami dan harap anda akan mengedarkan sebaik mungkin. We love you frontliners!

IKLAN

“Harapnya dUCk ini akan menceriakan anda semua ketika waktu getir ini,” tulisnya.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Vivy yang prihatin dan peka terhadap masyarakat.

Datin Vivy Yusof Beri Sumbangan 1,700 Tudung Koleksi Jenamanya duCk Kepada ‘Frontliners’, Semuanya Bernilai RM255,000!

Foto: Instagram Vivy Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI