Kalau dua tahun lepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan pernah mendapat perhatian dengan perkongsian beliau memasak nasi goreng menerusi akaun Twitter miliknya.
Terbaru, sekali lagi beliau berjaya menarik perhatian netizen melalui perkongsian resipi berasaskan ayam menerusi akaun Twitternya.
Kali ini beliau berkongsi resipi ayam goreng terung pipit dan resipi yang dikongsinya ternyata amat mudah untuk dicuba.
“Resepi asli: ayam goreng terung pipit..Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing..?,” tulis kapsyen pada gambar yang dikongsi.
Melalui perkongsiannya ini, beliau telah mendapat sebanyak 430 retweet dan lebih daripada 300 likes.
Rata-rata pengikutnya juga telah meninggalkan komen pada perkongsiannya ini.
Nampak sedap hasil masakan beliau. Pada sesiapa yang menggemari masakan yang berasaskan ayam bolehlah cuba resipi daripada Ahmad Maslan ni.
Sumber: Twitter Datuk Ahmad Maslan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI