
Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri menerima kritikan netizen gara-gara temubualnya bersama rakan usahawan, Nur Sajat yang dikatakan keterlaluan hingga menyentuh nama individu.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan usahawan berusia 32 tahun itu telah mempermainkan nama pelakon senior, Wan Maimunah.
Oleh itu, penyanyi yang terkenal dengan Bobo Di Mana ini telah tampil memberikan penjelasan dan sekaligus memohon maaf secara terbuka kepada aktres senior berkenaan.
“Saya nak ucapkan mohon maaf kepada Mama, saya tak nak komen pasal benda ni. Saya secara kebetulan sebab waktu itu ada blogger menyuruh saya buat perkataan perkataan seperti itu dan saya ikut skrip.
“Saya tak sangka benda ni jadi viral sebab kami pun dah padam jadi saya minta maaf kepada Mama Wan Maimunah. Saya tak sangka benda ini menyentuh sensitiviti Mama saya tahu salah saya.
“Ketika itu saya menjadi hos untuk sebuah program blog dan saya tak salahkan blog itu. Jadi bila dia datang pada saya dan bayar saya untuk buat content tu.
“Saya tak sangka isu ini menjadi satu isu yang berat dan saya mengaku kesalahan saya.
“Saya tak nak mengulas panjang mengenai perkara ini jadi saya mohon maaf kepada mama Wan Maimunah, saya janji saya tak akan mengulangi lagi, saya mohon ampun,” kata Aliff kepada MH.
https://www.instagram.com/tv/B1a8aKCHBbB/?igshid=bi9teeqdi23p
Aliff telah ditemui oleh MH di Wisma D’herbs Holdings, Kota Damansara semasa berlangsung majlis pelancaran lagu terbarunya yang berjudul Cowok Baru.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Shopping & Cuti Cuti Hujung Tahun, Ada Benda Yang Perlu Diselesaikan Dulu, Baru Hati Senang Jiwa Pun Tenang!

Bila masuk sahaja hujung tahun, macam-macam plan menarik yang kita rancang seperti pergi melancong, balik kampung, roadtrip dan food hunting.
Maklumlah cuti tahunan pun masih berbaki. Masa ini la kita nak habiskan sebelum bermulanya tahun baru. Bak kata generasi sekarang ‘pergi healing’.
Setidaknya minda kita boleh kembali cergas untuk berhadapandengan segala yang mendatang pada tahun 2024.
Namun, sebelum anda nak melakukan semua itu, MH nak tanyani, urusan pembayaran zakat dah selesai ke belum tu?
Jom kita tengok apa yang kita perlu semak dan kira semulauntuk menunaikan zakat ni:
Sebaiknya selesaikanlah dahulu urusan zakat tu. Kemudian, barulah kita buat hal-hal yang lain. Nak berjalan atau berbelanjapun hati tenang.
Sempat lagi kalau nak bayar di Kaunter kerana PPZ-MAIWPmembuka 10 kaunter yang akan beroperasi dari 8 pagi hingga4.45 petang setiap hari termasuk cuti umum.
Manakala setiap Jumaat dan 21-31 Disember 2023, waktuoperasi kaunter dilanjutkan sehingga 9.00 malam.
Tapi untuk lebih mudah, kitab oleh bayar terus secara dalamtalian melalui portal zakat.com.my, aplikasi Myzakat, perbankaninternet dan ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP.
Pada masa sama, anda juga berpeluang untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan menerusi pembayaran zakat.
Dalam kita seronok berjalan dan berbelanja, ada diantara kitayang tidak mampu untuk mengisi perut diri sendiri atau ahlikeluarga.
Lantaran itu, selain menyucikan harta, zakat ini juga dapatmembantu mereka yang kurang berkemampuan tertutamanyagolongan asnaf.
Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, zakat akan menjadikan harta seseorangdiberkati, subur dan baik selain menjadikan hati tenang dan sentiasa senang.
Jadi, tunggu apa lagi? Selesaikanlah pembayaran zakat andasegera. Sebaiknya jangan tunggu hingga saat-saat akhir. Baru tenang jiwa bila kita nak berjalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nama Terkait Didakwa Bakal Dipanggil SPRM, Zaina Zain; “Tiada Komenlah Sayang…”

“Tiada komenlah sayang. Kak Gee hanya menyanyi saja, sayang.”
Demikian jawapan ringkas diberikan penyanyi Ziana Zain susulan laporan media berhubung beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang didakwa turut dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, baru-baru ini.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain bagaimanapun memahami tugasan pihak media yang inginkan penjelasan berhubung perkara tersebut.
“Tak mengapa, saya faham,” katanya.
Pada Ahad, media melaporkan pihak SPRM akan memanggil beberapa selebriti yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Difahamkan selebriti yang menjadi duta dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit.
Siasatan terhadap selebriti berkenaan dilakukan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).
Sejak tiga minggu lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan bersama pegawai bank di beberapa institusi kewangan.
Dalam operasi berkenaan, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram yang dipercayai didalangi syarikat perunding kewangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Next Level! Janna Nick, Hairul Azreen & Hun Haqeem Sambut Raya Sebagai Wira Mobile Legends: Bang Bang

Arena pertempuran berbilang pemain mudah alih dengan komuniti permainan terbesar, Mobile Legends: Bang Bang mengumumkan tiga wira terbarunya iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem yanv menjadi wajah kempen 515 mereka pada Aidilfitri kali ini.
Pemilihan selebriti popular itu dilihat bertepatan bagi pelan pengembangan perniagaan mereka kerana syarikat permainan digital antarabangsa itu ingin mengukuhkan tapak mereka di Asia Tenggara.
“Sejak dari tahun 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON Games.
Jadi, jom raikan Hari Raya dengan Mobile Legends: Wira Bang Bang, Tang Wanwan, Ling dan Yin ketika mereka memulakan misi untuk membantu menyelamatkan Hari Raya Tok!
Ia memfokuskan kepada kisah Tok, seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian dan memerlukan bantuan wira MLBB untuk membantu menjadikan rayanya sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Menerusi projek ini, Janna sebagai Tang Wanwan menyifatkan ia sebagai pengalaman yang lain dari lain.
“Ia sememangnya satu pengalaman yang mengagumkan sewaktu penggambaran dengan semua orang memakai baju raya di sebuah kampung.
Benar-benar menyerlahkan suasana Hari Raya yang amat saya rindui,” katanya yang turut diakui Hairul Azreen yang memegang peranan sebagai Yin.
Pelakon Hun Haqeem pula menjadi ‘Ling”.
“Ia sememangnya satu cabaran dalam mencuba menangkap ayam-ayam ini semasa penggambaran. Mereka begitu pantas! Kemudian pula, anak-anak kapal berjaya membantu berkongsi beberapa helah tentang cara menangkap ayam,” katanya.
Dilancarkan pada 17 April, Tang Wanwan kembali hidup apabila Janna Nick berjaya mengeluarkan persembahan cemerlang yang memainkan watak wira MLBB, Tang Wanwan.
Dia berjaya menghidupkan watak yang menakutkan, berjaya menahan serangan hendap oleh seorang pembunuh upahan yang dihantar oleh Black Dragon yang pernah menjadi kawan baiknya sendiri. Untuk Tang Wanwan mencari kebenaran, dia perlu melangkah ke alam M-World.
Sementara itu, MOONTON Games juga telah menyediakan dua buah lagi filem solo mini yang menarik. Filem solo mini Ling, iaitu “Ling: The Chosen One” akan ditayangkan pada 24 April dan filem solo mini Yin, “The Ultimate Challenge” akan ditayangkan pada 2 Mei.
Malah, siri animasi global yang mempamerkan kisah-kisah lain tentang tiga adiwira MLBB juga menarik.
Siri ini memberikan satu lagi sisi hiburan kepada penonton dan peminat MLBB, Siri Animasi Global akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan filem mini ketiga-tiga hero ini.
Jangan lupa juga mendapatkan tiga kulit baharu yang akan tersedia hanya untuk masa terhad semasa acara ulang tahun ke 515 ini. Selain estetika pakaian jalanan futuristik yang unik, kulit ini menampilkan kesan kemahiran baharu, bunyi dan alih suara.
Yang pertama kali dikeluarkan, M-World Wanwan, kini tersedia dalam bentuk berlian 899. M-World Ling akan dikeluarkan pada 23 April, manakala M-World Yin akan tersedia pada 30 April. Ketiga-tiganya akan mendapat diskaun 30% untuk selama tiga minggu, dan boleh didapati dalam secara atas talian menerusi permainan ini sehingga 5 Jun 2022.
Pada masa sama, menerusi Pra-panas 515 All Star pula, anda turut berpeluang menemui pengurus bintang blockbuster, dan Influencer paling berpengaruh dari seluruh pelusuk Asia Tenggara dan mereka semuanya berkumpul dalam satu video kali ini. Apa kata sertai persiapan di sebalik acara besar itu, dan juga kenali bintang-bintang ini secara dekat lagi
Acara undian Ingame All Star
Undi untuk Influencer Malaysia kegemaran anda iaitu Jess No Limit dan ChooxTV dalam acara undian All Star, yang akan bertanding dengan 200 individu influencer yang akan bersaing untuk merebut tempat dalam pertarungan ALLSTAR. MOONTON Games teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan salah satu jenama telefon dan elektronik terkemuka dunia, Samsung Electronics. Samsung juga akan menjadi rakan persembahan bersama di ALLSTAR Showdown 2022.
“Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan perkongsian ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain permainan,” kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics.
Fasa Undian All Star bermula pada 29 April dan berakhir pada 4 Mei. Anda juga digalakkan untuk mengambil bahagian dengan berkongsi siaran kempen ke halaman FB mereka; dan pemenang akan dipilih untuk menerima kad Touch N’ Go bertemakan 515 terhad masa dan barangan MLBB yang lain.
Tangwanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan sulung mereka mulai 16 April 2022 dan seterusnya.
Tahun ini MLBB 515 M-WORLD membawa rentak seni ke tahap yang lain. Ia bukan sekadar mural biasa. Ia lebih daripada apa yang anda lihat. Mobile legends telah menggabungkan kreativiti dengan teknologi terkini, pengalaman AR. AR, yang bermaksud Augmented reality, iaitu pengalaman interaktif persekitaran dunia sebenar di mana objek dalam dunia nyata dipertingkatkan oleh maklumat persepsi yang dijana komputer.
Ia juga merupakan versi dunia fizikal sebenar yang dipertingkatkan yang dicapai melalui penggunaan elemen visual digital. AR ialah trend yang semakin berkembang dalam kalangan syarikat yang terlibat dalam pengkomputeran mudah alih dan aplikasi perniagaan.
Untuk pengguna mendapatkan pengalaman ini, pengguna perlu pergi ke mana-mana karya seni mural yang telah dipasang di mercu tanda terkenal di Kuala Lumpur dan Johor. Pengguna boleh mencuba efek 515Mworld di Instagram serta mereka juga boleh menghalakan kamera mereka ke arah logo kempen 515 pada mural yang dijumpai dan menyaksikan M-world dihidupkan.
Satu lagi perkara yang menarik ialah, Mobile legend mempunyai kod QR permata tersembunyi pada mural dan pengguna perlu menjawab kuiz untuk memenangi kulit epik yang unik. Acara ini sedang berjalan sehingga 15 Mei 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI