Sejak bermulanya fasa pandemik Covid-19 setahun lalu, kebanyakan aktiviti termasuk program berkaitan industri seni terpaksa dibatalkan bagi memberi laluan buat pihak kerajaan dan para petugas hadapan untuk memutuskan rantaian pandemik.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa ketika ini dan bagi mengubati kerinduan serta menghargai jasa para pendengar yang tidak henti-henti memberikan sokongan, Suria FM berbesar hati menganjurkan Konsert Digital Jelajah Suria pada 24 Mac ini.

Jika sebelum ini konsert jelajah berkenaan berlangsung di lokasi terpilih, namun kali ini kehangatannya masih lagi sama cuma ia dilangsungkan dalam format digital.

Suria FM bakal ‘menjelajah’ skrin digital anda dengan membawakan barisan artis ternama tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Datuk Awie, Haqiem Rusli, Lah Ahmad, Masdo, Floor 88, Iman Troye, Farisha Iris, Bob Sentuhan dan ramai lagi!

Konsert Digital Jelajah Suria boleh ditonton menerusi semua platform Suria Malaysia seperti di Facebook dan juga Youtube Suria TV bermula jam 9.00 malam.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton di kaca skrin digital, anda masih boleh merasai semarak konsert menerusi saluran radio Suria FM di ke semua frekuensi seluruh negara atau dengarkan menerusi aplikasi Suria Malaysia yang boleh dimuat turun di Google Playstore and App Store.

IKLAN

Datuk Awie, Floor88, Haqiem Rusli & Artis Top Lain Bakal Menyanyi ‘Live’ Di Skrin Digital Anda 24 Mac Ini Dalam Konsert Digital Jelajah Suria, Tak Sabarnya Nak Layan! Datuk Awie, Floor88, Haqiem Rusli & Artis Top Lain Bakal Menyanyi ‘Live’ Di Skrin Digital Anda 24 Mac Ini Dalam Konsert Digital Jelajah Suria, Tak Sabarnya Nak Layan! Datuk Awie, Floor88, Haqiem Rusli & Artis Top Lain Bakal Menyanyi ‘Live’ Di Skrin Digital Anda 24 Mac Ini Dalam Konsert Digital Jelajah Suria, Tak Sabarnya Nak Layan!

Bukan hanya sekadar konsert semata-mata, pendengar turut berpeluang berinteraksi bersama para penyampai Suria FM seperti Ajak, Issey, Fizi Ali, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin ketika konsert bersiaran secara langsung.

Antaranya bermula pada 22 Mac ini, Suria FM melancarkan peraduan Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada RM40,000 hingga 9 April ini.

IKLAN

Datuk Awie, Floor88, Haqiem Rusli & Artis Top Lain Bakal Menyanyi ‘Live’ Di Skrin Digital Anda 24 Mac Ini Dalam Konsert Digital Jelajah Suria, Tak Sabarnya Nak Layan!

Kempen ini akan memberi peluang kepada pendengar bertuah untuk memenangi wang tunai RM300 setiap hari dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi penyampai Suria.

Pendengar yang ingin menyertai peraduan ini perlu mendaftarkan maklumat peribadi mereka dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria kerana …… “(tidak lebih daripada 15 patah perkataan)” di laman web suria.my.

IKLAN

Pendengar terpilih akan dihubungi seterusnya perlu memberikan kata laluan yang dimuatnaik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan.

Sekiranya pendengar terpilih gagal menjawab kata laluan yang betul atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen berikutnya.

Peraduan ini akan dijalankan di semua 5 segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta. Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://jelajah.suria.my/ atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Datuk Awie, Floor88, Haqiem Rusli & Artis Top Lain Bakal Menyanyi ‘Live’ Di Skrin Digital Anda 24 Mac Ini Dalam Konsert Digital Jelajah Suria, Tak Sabarnya Nak Layan!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI