Datuk Fazley Kongsi Pengalaman Dengan Penghantar Makanan, Tanya Peminat Di Instagram – “Share Yang Baik-Baik Saja, Supaya Riders Yang Baca Pun Kekal Bersemangat.”

Share

Penyanyi dan  cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada bercerita mengenai komitmen dan tanggungjawab yang diberikan penghantar makanan buat para pelanggannya.

Pada masa sama, penyanyi lagu yang sinonim menerusi lagu Asmara Ini ada berkongsi situasi sebagai mengenang mereka ketika menjalankan tugas.

Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob turut berharap agar semua ‘rider ‘terus cekal.

“Last week saya terserempak dengan sorang rider, dia cakap nak makan pun tak sempat, rushing nak pastikan customer dapat order.

“Sampaikan dia cakap…Bila hantar Mcd tu pun, bau fries dan burger buat saya makin lapar, tapi kena sabar sampai ada waktu untuk makan” dan ada ketikanya riders pulak yang message dalam app cakap…Minta maaf bang, food lambat siap!”

“Basically semua rider sebenarnya berusaha bersungguh2 untuk jalankan tugas demi customer.

“Korang ada pengalaman tersendiri dengan riders? Share yang baik2 sahaja please, supaya riders yang membaca pun kekal bersemangat untuk bertugas ok?” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut menerima reaksi daripada para pengikutnya di Instagram.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

Published by
Nazar Rafiqhi