Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, 48, akhirnya mendedahkan dia sudah pun dilamar seseorang untuk menjadi teman hidup.
Nora, 48, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu memetik Awani menjelaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.
“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.
“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya.
Ads
Sebelum ini, timbul dakwaan yang kononnya penyanyi Hanya Satu itu dan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bernikah di selatan Thailand.
“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.
“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.
Ads
“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” akuinya lagi.
Nora turut menambah, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.
Ads
“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” jelas Nora yang turut memaklumkan, keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan turut sependapat sekiranya ada lelaki yang serius untuk memperisterikannya, elok sahaja dipertimbangkan.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019 lalu.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azharina Azhar ada berkongsi situasinya bersama anak, Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang mulai bertanya mengenai siapa gerangan bapanya.
Maklum juara Gegar Vaganza musim ketiga itu, anaknya ada menunjukkan gambar sambil bertanya adakah individu tersebut merupakan bapanya.
“Rasanya mana mana ibu didunia takan bersedia bila anak seusia 4tahun menunjukan gambar dan bertanya , “ ini abah rahmat mumy ?” Lalu dia tunjuk beberapa gambar lelaki lain yang tak dikenali bertanyakan jika itu ayahnya .
“Wlwpun mata berkaca dengan senyuman ibu menjawab bukan nak .. dan rahmat bertanya,” habis tu mumy ambik rahmat di mana ? Dekat sapa ?” Ya Allah hanya kau tahu hati ibu kecil ini …. ibu ini pun menjawab ,” dari dunia sampai akhirat anakku kau tetap anakku sayang,” tulisnya menerusi Facebook beberapa jam lalu.
“Takan ada yang mengubah itu ..tapi kamu ada nanay dan abah di sabah ..” maka ibu itu menghubungi sepupunya yang merupakan ayah pada rahmat… menerangkan apa yang berlaku .. ayah pun berkata pada anak ,” rahmat abah sayang rahmat .
“Bila abah ada rezeki abah datang jumpa rahmat nanti ya . “ YA Allah kau kuatkan hatiku seperti mana sebelumnya . Terima kasih abangku Etal yang slalu memahami aku .. membenarkan aku merasai kasihnya anak pada seorang ibu kecil ini.
“Jauh disudut hatiku aku sujud dengan penuh penghambaan padaMu Allah .. penuh tangis lulur kasihku pada anak anakku . Takan ada gantinya,” kongsi Azharina panjang lebar.
Malah, Azharina turut berkongsi kapsyen sama menerusi Instagram.
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.