Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Usanita Entertainment berhasrat untuk mewujudkan ekosistem yang mampan dalam industri seni dan budaya, dengan menekankan inovasi serta kolaborasi antara penggiat seni tempatan dan antarabangsa.
Pelancaran rasmi Usanita Entertainment ini dimulakan dengan episod istimewa talk show digital bertajuk Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Dato Sri Rossa. Program ini dihoskan oleh Awal Ashaari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.
Episod istimewa ini dijangka memberikan perspektif mendalam tentang perjalanan seni Rossa, yang telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat di seluruh Nusantara.
Sebaik sahaja selesai rakaman program bual bicara tersebut, acara diteruskan dengan upacara simbolik tanda tangan plak perasmian Usanita Entertainment.
Datuk Seri Rossa bersama Datuk Adzliana secara rasmi menandatangani plak sebagai tanda permulaan perjalanan baharu Usanita Entertainment dalam menerokai peluang baharu untuk penggiat seni tempatan dan antarabangsa.
Ads
Upacara tersebut menjadi simbolik kepada hala tuju baharu yang akan diterokai oleh Usanita dalam menyokong perkembangan industri kreatif.
Datuk Adzliana dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa penglibatan Rossa sebagai figura utama pelancaran ini sangat signifikan, memandangkan bintang itu bukan sahaja dihormati sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai ikon yang berperanan besar dalam memupuk hubungan antara penggiat seni dari Malaysia dan Indonesia.
“Kami berbangga dapat memulakan langkah pertama ini dengan Datuk Seri Rossa, yang membawa pengalaman dan pengaruh antarabangsa dalam arena kreatif
“Ini membuka jalan untuk kerjasama yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.
Ads
Signifikan tanda tangan oleh Datuk Seri Rossa pada pelancaran Usanita Entertainment juga kerana Usanita bertindak sebagai rakan penaja untuk Malam Gala Filem Dokumentari All Access To Rossa: 25 Shining Years yang berlangsung di Dadi Cinema, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dokumentari ini meraikan perjalanan karier cemerlang Rossa selama 25 tahun, dan dengan penglibatan Usanita sebagai penaja, ia menandakan sokongan kukuh Usanita terhadap seni dan industri kreatif, sekaligus memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan bakat seni di peringkat serantau.
Dengan kepimpinan dan visi Datuk Adzliana, Usanita Sdn Bhd yakin mampu memainkan peranan besar dalam mentransformasikan industri seni negara ke tahap yang lebih tinggi.
Ads
Selain itu, Usanita juga telah merangka pelbagai aktiviti menarik yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menyokong perkembangan dan kelestarian industri kreatif tempatan, dengan memberi fokus kepada pembangunan bakat baharu, penstrukturan semula ekosistem industri seni, dan kolaborasi strategik dengan pemain industri dari luar negara.
Usanita Sdn Bhd berhasrat untuk memperkenalkan beberapa inisiatif yang melibatkan latihan, peluang kerjaya, serta program sokongan kreatif bagi artis-artis tempatan.
Usanita Entertainment juga akan melibatkan diri secara aktif dalam penerbitan kandungan berkualiti tinggi yang merangkumi pelbagai platform digital, selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Pendekatan ini adalah sebahagian daripada usaha Usanita untuk memastikan karya seni tempatan mendapat pendedahan lebih luas di peringkat global.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti versatil, Elly Mazlein sekali lagi diundang sebagai hos bersama Nabil Ahmad menerusi program hiburan, MeleTop pada Selasa.
Di samping menemubual artis undangan seperti kebiasaan, peminat juga turut terhibur melihat gandingan dua bintang yang turut bersama-sama mengendalikan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim musim kedua.
Menerusi Instagram, Elly yang selesa disapa sebagai Kak Lina turut berkongsi fotonya bersama Nabil sambil mendedahkan pelawak itu ada berkongsi cerita mengenai dunia dan akhirat.
“Bersama Hj Nabil @nabilzira mlm td la dik. Bersama dia banyak dia share hal Dunia yang sementara & akhirat. Tq Haji Nabil.
“Ya kepom kat London lg .. Nabil dtg singgah tengok kawan-kawan,” tulisnya humor sebagai kapsyen.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, para peminat masih lagi bercerita mengenai perut Elly yang didakwa seperti ‘baby bump’ selain menyatakan wajahnya kian berseri.
“Nabil dah kantoikan time Muzikal Lawak Superstar. Dah agak dah masa Nabil risau tengok Kak Lina hyper sangat,” tulis seorang peminat.
“Tahniah! Semoga selamat hingga ke akhirnya,” ucap seorang lagi peminat.
“Dah nampak dah baby bump. Berapa bulan dah ni. Moga dipermudahkan dan selamat melahirkan,” kata seorang peminat lainnya.
“Kak Lina cantik,” puji peminat.
Terdahulu, gelagat Elly yang didakwa sering mengusap perutnya ketika mengacarakan MLS beberapa minggu lalu mencetuskan spekulasi di kalangan netizen yang mendakwa penyanyi lagu Dusta Cinta ini sedang hamil anak kedua.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah tiga tahun mengendalikan rancangan Muzik-Muzik, hos Sherry Alhadad dan Haziq Husni tidak akan lagi menjadi pengacara untuk musim yang terbaru, Muzik-Muzik 36.
Menerusi siaran langsung Muzik-Muzik 36 malam Isnin, pasangan hos ini memaklumkan untuk musim seterusnya, program tersebut bakal dikendalikan hos baru, Alif Satar dan Daiyan Trisha.
“Terima kasih kerana memberikan kepercayaan. Muzik-Muzik banyak mengajar saya untuk menjadi pengacara yang lebih matang,” jelas Sherry.
Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi video dia bersama suami dan anak-anak sedang bercuti di London sempena hari lahirnya, hari ini.
Di ruangan kapsyen, Zarina sempat berterima kasih kepada insan-insan istimewa dalam hidupnya itu.
“Huhu..hadiah harijadiku. Kena marah dengan suami ..tu yang tak best jalan dengan suami ni dia nak cepat jer..apa nak buat saya ni kuat berangan.
“Hari ini 24 dec 2018 genap 48 tahun usia saya..Terima kasih mak dan ayah bawa ina ke dunia ini..untuk mak terima kasih tidak terhingga ina sayang mak dunia akhirat.
“Maafkan ina selalu lukakan hati mak tak terbuat ina semua mak..anak mak ni kuat berangan kalau lupa tu mak maafkan lah yea @mamazuras.
“Terima kasih suami dan madu saya terima saya seadaannya selalu nasihatkan saya.
“Saya tak pernah simpan dlm hati kena marah ke apa ke saya tahu saya ni selalu buat salah kalau takde orang tegur saya ke laut nanti.
“Terima kasih atas perkongsian hidup selama 25 tahun lama jugak tu separuh abad dah kita hidup bersama.. segala suka duka kita harungi bersama.
“Terima kasih keluarga saya terutama makygg saya yang dulu jaga saya masa saya sekolah siapkan makan pakai saya ke sekolah yang suruh saya rajin2 belajar yang suruh saya tulis surat2 cintanya hihi..ina sayang makygg.
“Untuk ahli keluarga yang sangat besar ini nak mention satu2 banysk sangat ..ibu sayang semua.
“Untuk anak anak ibu azil azal naim adam nazmi,adik rahimi ,siti lala (anak2 tiriku sayang) (alban,imsn habiel..) anak aruah lyana ibu sayang korang sama sebenarnya tapi tentulah yang lebih tu anak yang ibu kandung sendiri.
“Yang lain tu sama perasaan sayang tu kadang korang nampak dlm perbuatan tapi hati ibu sayang semua kasih semua rindu semua.
“Adam selalu cemburu dengan azil cubalah belajar sayangkan azil iklas jadi perasaan cemburu tu akan hilang bila kita iklas.
“Untuk sahabat2 umie aida,mas anizan anne abdullah dll namanu sentiasa harum dlm hidupku
“Untuk p a saya amy terima kasih ada disaat saya memerlukan, untuk maid saya bedah dan yuli terima kasih membantu saya siang dan malam.
“Untuk team pulut zz terima kasih sama2 bekerjakeras untuk industri pulut kita, untuk sharoon dhlon yang selalu nak perfect ..actualy perfect is boring dear, untuk semua yang support pulut kuning saya Malaysia,Singapore,Indonesia Brunei,” tulisnya panjang lebar.
Zarina berkahwin dengan suami, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada Julai 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
Sementara adiknya, Liana Sulaiman dilaporkan meninggal dunia lebih lapan tahun lalu.
Foto/Instagram: Zarina Zainuddin & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kembali menjadi pilihan pengarah selepas lebih sedekad hiatus daripada industri seni, pelakon, Sharul Ezany akui tidak menyesal dengan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini.