Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Usahawan Datuk Seri Vida tampil memberikan reaksi susulan isu viral yang mengaitkan dirinya, kebelakangan ini.
Jelas Vida, dia mengambil maklum mengenai hal yang berlaku dan sudah melantik pihak peguam.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.
“Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang,” jelasnya.
Perkata tersebut dikongsikan penyanyi lagu I Am Me ini menerusi hantaran terkininya di Instagram.
Vida pada masa sama turut berharap dirinya diberikan ruang bagi menguruskan hal yang berlaku dengan cara yang terbaik.
“Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional,” katanya lagi.
Pengasas kosmetik ini bagaimanapun tidak memperincikan mengenai isu viral mana yang dimaksudkan.
Perkongsian berkenaan pantas menerima perhatian warganet dan sehingga kini, ia sudah pun menerima hampir 12,000 tanda suka yang disusuli dengan ratusan komen yang pelbagai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini