Sejak kebakangan ini, nama usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri hangat diperkatakan warganet selepas ramai yang kurang senang dengan hantaran-hantarannya di media sosial berkaitan single terbarunya.
Malah, ia turut mendapat respon ibunya yang juga merupakan usahawan, Rozita Ibrahim.
Jelas Rozita dia kecewa kerana anak lelakinya itu dikatakan tidak mengendahkan segala tegurannya berhubung video-video teaser berkaitan single baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Pada malam Jumaat, Aliff telah memuat naik sepotong hantaran video sambil menangis dan memohon maaf diatas segala ketelanjurannya selama beberapa hari ini.
Katanya lagi, dia juga mahu berundur dan memadam kesemua platform media sosial miliknya.
Bukan setakat itu, Aliff mendedahkan dirinya juga sebenarnya mengalami masalah mental.
Dalam pada itu, tindakan Aliff berkongsi gambar pil turut merisaukan para pengikutnya di media sosial.
Terbaru, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini dilihat telah memadam kesemua gambar-gambarnya di media dan kini hanya tinggal foto-foto produknya keluaran syarikatnya.
Malah, gambar profilnya di Instagram juga sudah tidak kelihatan lagi.
Situasi ini nyata menimbulkan kerisauan di kalangan para pengikutnya.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang dibuat oleh Aliff berhubung tindakkannya itu.
Apapun, kita harapkan semoga Aliff sentiada berada dalam keadaan yang baik, diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aliff Syukri & Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI