Tahniah diucapkan buat Datin Lisa Surihani yang kini disahkan hamil anak ketiga. Berita gembira itu dimaklumkan suami, pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim.

Menurut Yusry, semuanya bermula secara kebetulan selepas dia memuat naik gambarnya bersama Lisa semalam bersempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Yusry  belum bersedia mendedahkan berapa usia kandungan isteri tercinta.

“Gambar kami berdua semalam yang dimuat naik nampaknya mengundang spekulasi itu ini. Tak apa benda baik, jadi lambat laun akan tahu juga.

“Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.

IKLAN

“Semoga dipermudahkan. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga kami panjangkan untuk semua,” katanya.

Dia yang pernah mengganggotai kumpulan KRU ini turut menambah, ahli keluarga mereka juga sudah pun mengetahui hal berkenaan.

“Ikutkan berita isteri saya hamil sudah dikongsi sesama ahli keluarga. Cuma tidak secara terbuka sebelum ini.

IKLAN

“Dalam hati, soal ini, kami tak boleh mementingkan diri. Ada pasangan yang ditakdirkan lambat beroleh rezeki. Kami juga pernah melalui fasa berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang senang. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap untuk mendapat cahaya mata. Insya-Allah,” katanya lagi.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada pada 23 Februari 2012.

Sementara itu, Lisa memanjat rasa syukur kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamil.

“Moga dipermudahkan segala galanya. InsyaAllah,” katanya ringkas.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI