Pelakon Chacha Maembong menafikan usahawan yang hanya dikenali sebagai Datuk Z sebagai teman istimewanya ketika ini.
Sebaliknya, pemilik nama lengkap Siti Aisyah Ismail, 24, ini menjelaskan, lelaki berusia awal 30-an itu tidak lebih sekadar rakan niaga yang banyak memberikan dorongan serta tunjuk ajar mengenai dunia perniagaan.
Malah, Datuk Z juga banyak membimbing dalam menghasilkan produk pertama di bawah keluaran syarikatnya, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong.
“Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.
“Dia seorang ahli perniagaan dan bila saya ada kongsikan minat untuk berbisnes, dia cuba bantu dan kami mulai berbincang serta cari idea.
“Sementara dalam proses untuk melancarkan produk pertama ini juga, dia banyak tolong dalam segi pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran,” katanya.
Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani Cacha sepanjang majlis selain turut mengenakan persalinan dalam rona sedondon.
Ads
Mahu mengejar impian menjadi ahli perniagaan berjaya yang boleh membantu keluarga selepas ini, Cacha pada masa sama tidak menolak Datuk Z banyak membawa perubahan positif kepada dirinya.
“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu.
“Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.
“Saya mahukan kerjasama dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.
Ads
“Jadi lebih baik untuk kenalinya secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z dan ada ahli keluarga yang mengenalinya juga,” jelas Cacha.
Ditanya mengenai kisah cintanya pula, pelakon filem Garang ini tidak mahu mengulas lanjut.
“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.
“Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.
Ads
“Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan.
“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.
“Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja,” katanya optimis.
Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan majlis menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, pada Rabu.
CM Secret Perfect Look merupakan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan wajah lebih tegang menerusi kaedah ‘v-shaping’ bersama Cream Magic dan gabungan ‘papan activator’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ada berkongsi keping fotonya bersama suami, pelakom Zain Saidin menerusu Instagram dan seperti biasa, ia mengundang perhatian para peminatnya.
Masakan tidak, pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam dengan mengenakan persalinan pengantin yang menawan.
Bintang Kiah Pekasam itu dirakam sama gaun kembang putih perincian ilham pereka Altelia Amani sementara Zain pula tampan dengan sut serba hitam.
Pasangan selebriti popular Hollywood, Kim Kardashian dan Pete Davidson dikhabarkan sudah berpisah setelah selepas sembilan bulan menjalinkan cinta.
Menurut sumber terdekat pasangan tersebut, Kim dan Pete memilih untuk memutuskan hubungan beberapa minggu lalu.
“Kim dan Pete telah membuat keputusan untuk menjadi kawan sahaja sekarang.
“Walaupun tidak lagi menjalinkan hubungan, namun kedua-duanya mempunyai banyak kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain.
“Mereka melihat hubungan jarak jauh dengan kepadatan jadual kerja menyukarkan untuk mengekalkan hubungan mereka,” kata sumber tersebut.
Pete kini dikhabarkan berada di Australia, menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Wizards! sepanjang musim panas ini.
Manakala, Kim pula meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami, penyanyi dan rapper, Kanye West.
“Kim dan Kanye gembira dapat sama-sama membesarkan anak mereka secara ‘co-parenting’,” kata sumber lagi.
Kim dan Kanye mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 namun disahkan berpisah pada Februari tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai empat anak iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...