Sering kali kita mendengar dialog ‘jika berkahwin dengan anggota tentera, pasti si isteri dan anak-anak akan selalu ditinggalkan’.
Meminta tanggapan stereotaip itu dihentikan, pengacara Dayah Bakar yang juga merupakan isteri kepada pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif, tampil menyuarakan pandangannya itu selepas menonton filem pecah panggung yang menceritakan tentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Air Force: Selagi Bernyawa, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang diluahkan di laman Instagram miliknya, Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 33, berkata filem itu sangat meninggalkan kesan buat dirinya malah lebih bertambah perasaan hormat dan bangga dengan pasukan keselamatan yang sentiasa berjuang untuk negara.
“Saya percaya hanya orang terpilih yang boleh jadi seorang tentera. Ia bukan satu pekerjaan, ia adalah satu amanah dan tanggungjawab.
“Yang dikorbankan bukan sahaja masa atau tenaga, malah nyawa yang menjadi taruhan. Keluarga ditinggalkan demi bersiap siaga di barisan hadapan.
“Maka, hentikan kata-kata ‘berkahwin dengan tentera, kesian selalu kene tinggal’. Mungkin mereka tidak mengerti, ini adalah takdir serta pilihan jiwa yang kuat, perjuangan cinta dan pengorbanan.
Ads
“Para pejuang negara yang telah pergi dan sedang bertugas, ikhlas berjuang, siang dan malam untuk kita sama-sama dapat dapat merasakan keamanan dan tidur yang lena. Ini bukan percuma teman-teman,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga turut memuji filem Air Force The Movie yang disifatkannya cukup ‘rencah’ sehingga membuatkan air matanya mengalir saat menyaksikan naskhah hebat itu.
Ads
“Sepanjang saya tonton, saya sangat fokus dan saya rasa tak duduk diam untuk tahu apa scene seterusnya.
“Little that I know, saya boleh rasa sebak, mata berkaca, rasa terharu, rasa sedih, rasa bangga. Senang cerita, saya menangis la.
“Ini bukannya perasaan masa ending tau, ini perasaan banyak kali in between the film. Keseluruhannya, sangat memuaskan. Mantap!
Ads
“Filem ini meninggalkan kesan, rasa hormat yang luar biasa buat semua pejuang negara, itu kuncinya!” puji Dayah.
Air Force The Movie yang dibintangi Datuk Adi Putra, Aiman Hakim, Scha Alyahya, Nas-T, Sara Ali dan Pablo Amirul setakat ini telah berjaya mengutip sebanyak RM13 juta.
Filem arahan Zulkarnaian Azhar dan Frank See itu mula menjengah pawagam sejak 25 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan penyanyi Aina Abdul menerusi segmen ‘tribute’ kepada rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah menerusi lagu Ke Hujung Dunia menjentik jiwa ramai.
Nyanyian penuh emosi dan tersendiri yang dibawa artis berkenaan di malam Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) pada Ahad.
Aina turut berkongsi beberapa hantaran mengenainya di Instagram.
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjadi tular di media sosial mengenai sebuah konsert dangdut telah diadakan di depan sebuah masjid di Indonesia, dipercayai Masjid Agung Kabupaten di Tasikmalaya di Jawa Barat.
Pengguna media sosial di Indonesia juga telah menyelar konsert dangdut yang diadakan tersebut kerana masjid merupakan tempat muslim beribadah.
Pihak penganjur juga dikecam kerana dianggap seola-olah tidak menghormati tempat ibadah orang Islam.
Beberapa gambar menunjukkan seorang penyanyi dangdut wanita beraksi di perkarangan pada hari Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun bandar tersebut yang ke-385.
Selain penyanyi dangdut itu beberapa artis termasuk Mulan Jamela turut membuat persembahan.Bukan itu sahaja, penyanyi yang membuat persembahan juga dikatakan mengenakan pakaian yang menjolok mata.
Bukan sahaja tidak memakai tudung, malah mendedahkan bahagian kaki dengan memakai baju paras lutut.
Dalam gambar berkenaan, seorang penyanyi dangdut dilihat membuat persembahan dengan latar belakang masjid berkenaan.
Selepas menerima banyak kritikan Datuk Bandar Tasikmalaya, Ruzhanul Ulum meminta maaf kerana menjadikan pekarangan masjid sebagai tapak konsert.
“Saya meminta maaf sekiranya tempat ini dianggap kurang sesuai. Kami terpaksa menggunakan tempat ini kerana tiada lokasi yang sesuai,” jelasnya.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas mengalami gejala demam teruk sejak beberapa hari yang lalu, pelawak, Achey memaklumkan dirinya kini telah disahkan positif wabak Covid-19.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, pada awalnya dia disyaki mengidap demam denggi, namun setelah melakukan ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase (RT-PCR), ternyata keputusannya positif.
Bagaimanapun, Achey memaklumkan keadaannya kini telah pun beransur pulih dan lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.
“Assalamualaikum ramai tanya, ramai mendoakan tapi saya memang tak larat dua hari lepas. Hari ini semakin baik.
“Terima kasih dan maaf jika saya menyusahkan ramai orang. Termasuk kerja-kerja yang dah di lock tarikhnya,” tulis.
Dalam pada itu, Achey turut membuat permohonan maaf kerana terpaksa menangguhkan komitmen kerja buat sementara waktu.
Katanya lagi, dia juga berasa amat bersyukur kerana anak dan isterinya tidak dijangkiti wabak yang sama
“Suspect denggi. Buat Covid-19 test, 5 kali test RTK (NEGATIVE). Sekali PCR (POSITIF)
PCR sbb dah ada simptom demam melampau. Entah la macam-macam sekarang. Redha dan ikhtiar je.
“Bismillah. Tiara dan @anne_achey Alhamdulillah takda simptom dan negative.
“Kepada yang rasa-rasa ada jumpa dengan saya tu dah boleh check jugak yea. Maaf saya susahkan semua orang,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Achey dapat kembali sembuh seperti sedia kala.
Semalam, isteri kepada Achey, Nor Hasanah Yahaya memaklumkan kesihatan suaminya dikhabarkan berada dalam keadaan kurang baik sejak beberapa hari yang lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Achey, Hasanah atau lebih mesra disapa Anne berharap agar semua pihak dapat memahami keadaan suaminya itu.