Gara-gara meminta izin Siti Sarah untuk membeli motor Yamaha Y15ZR YSuku berwarna kuning, Shuib dikecam dan dilabel sebagai dayus.
Mempersoal kembali gelaran tersebut di laman Instagram, pelawak ini turut menyelitkan tanda pagar #persuibofhappiness.
View this post on InstagramDayus??? @sitisarahraissuddin . #persuibofhappiness
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on
Rata-rata netizen menyokong tindakannya mendahulukan isteri dalam segala hal termasuk minatnya terhadap motor.
Malah, Shuib diminta mengabaikan komen tidak membina kerana bagi netizen, hubungan suami isteri terbina dengan komunikasi dua hala.
Sementara itu, Sarah turut mempersoalkan hal sama dan ia turut memberi pandangannya menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Foto : Instagram Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Buat Keputusan, Tak Mahu Berdua ‘Satu Frame’ Dengan Tetamu Lelaki
Demi menjaga nama baik suami, Neelofa mengambil pendekatan untuk tidak lagi berada dalam satu frame dengan tetamu lelaki bukan muhrim menerusi mana-mana siaran program televisyen selepas ini.
Menurut Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, keputusan tersebut dilakukan sendiri olehnya bagi mengelakkan pandangan tidak manis berikutan statusnya sebagai isteri orang.
“Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka televisyen nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai.
“Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja berstatuskan isteri. Saya buat ini lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga untuk menjaga nama baik dan maruah suami.
“Keputusan ini saya ambil atas kemahuan sendiri, bukanlah suami meletakkan syarat tertentu kepada saya.
“Saya dengan tenang hati buat benda itu sebab saya rasa ia adalah benda yang baik,” katanya kepada MH.
Neelofa ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Menerusi program tersebut, kesemua tetamu undangan Neelofa terdiri selebriti wanita berhijab termasuk ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Meskipun begitu, Neelofa memaklumkan dia masih boleh bekerjasama dengan selebriti atau figura lelaki sekiranya ada individu lain yang turut diundang bersama dalam sesebuah program itu.
“Kalau ada tetamu lain sekali pun, mungkin bukan dua orang tetapi beberapa orang yang ada lelaki dan perempuan, itu saya okay.
“Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan yang dipertontonkan kepada orang ramai,” katanya lagi
Artikel Berkaitan;
Neelofa Tampil Menegur; “Dah Dah La Nak Trigger Orang Untuk Keji Maki Saya Sekeluarga.”
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 27, pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Faham & Redha Tapi…,”- Banyak Studio Ditutup, Alam Wakaka Minta Kerajaan Pertimbang Cadangan Benarkan Aktiviti Kelas Tarian
Pereka dan guru tari, Alam Wakaka mendedahkan industri tarian negara merupakan antara yang turut terkesan sejak penularan wabak Covid-19.
Menurut Alam, kebanyakkan pemilik studio tarian ketika ini telah pun memutuskan untuk menutup studio mereka gara-gara sudah tidak lagi beroperasi.
“Assalamualaikum Datuk Sri Ismail Sabri. Saya Alam Wakaka. Saya adalah salah seorang Pereka Tari serta Guru Tari (Hip-Hop/ Fusion) di Malaysia.
“Saya amat berterima kasih dan bertuah kerana Datuk serta kerajaan sedaya upaya menolong rakyat Malaysi ketika Covid-19. Setiap tindakan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.
“Saya ada satu soalan. Covid-19 telah memberi kesan yang mendalam dalam industri tarian di Malaysia. Terutamanya kepada pemilik-pemilik studio tarian. Banyak studio dan kelas tarian terpaksa ditutup. Kami faham dengan keadaan yang sedang berlaku dan kami redha,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Alam yang juga merupakan pemilik studio tarian, Alamak X ECX Dance Studio itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Sehubungan itu, Alam turut berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula cadangannya untuk membenarkan kelas tarian untuk terus beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Tapi bagi saya/kami yang masih mempunyai pelajar dan studio, bolehkah kami menjalankan kelas tarian seperti biasa? Kami juga ada menyediakan imbasan QR Code, senarai nama yang hadir, cek suhu serta hand sanitizers.
“Studio Ads.Ecx boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa, tetapi untuk SOP, kami hanya buka kepada maksimum 12 pelajar sahaja. Pembelajaran kelas tarian hanya buka dari jam 5pm-10pm,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Alam turut meminta orang ramai supaya memanjangkan cadangan itu sehingga ke pengetahuan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan sokongan selain turut memberikan kata-kata semangat buat Alam.
Sumber: Instagram Alam Wakaka
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Bukan Kerana Dia, Saya Dah Balik Kampung,” – Jay Iswazir Syukur Rosyam Noor Sedarkannya
Pelakon, Jay Iswazir mendedahkan dirinya pernah terdetik untuk berputus asa sewaktu mula-mula melibatkan diri di dalam industri seni tanah air selepas namanya dikatakan kurang mendapat perhatian seperti rakan-rakan pelakon seangkatannya.
Menurut Jay, pada ketika itu, dia sangat kecewa dan ada kalanya dia mempersoalkan ketentuan Illahi menganai wajahnya itu.
“Pertama kali saya masuk ke dalam industri seni tanah air, saya tak sedar wajah saya ini adalah satu kelebihan. Masa zaman saya mula-mula berkecimpung dulu, sosial media pun tiada lagi.
“Ketika itu, orang masih membaca surat khabar tapi saya kurang mendapat perhatian sebab wajah saya tidak setampan pelakon-pelakon seangkatan saya. Saya jadi kecewa,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, pelakon asal Ipoh, Perak ini memberitahu, dirinya telah mendapat perspektif baharu ketika berjumpa dengan pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Noor.
“Orang yang sedarkan saya mengenai hal ini adalah Datuk Rosyam Nor. Beliau memberikan saya harapan. Kalau bukan kerana dia, mungkin saya dah balik kampung.
“Dia memberikan saya tawaran berlakon. Kata Datuk Rosyam ‘Aku dah pilih kau, kau kena buat betul-betul.’ Bermula dari situ, baru saya mendapat keyakinan.
“Selama ini saya telah mempersoal ketentuan Tuhan. Bermula dari situ, saya rasa seronok dengan kelebihan itu,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon yang terkenal dengan wajah bengis ini juga turut percaya lakonannya juga mampu memberikan impak dan nilai-nilai murni buat masyarakat.
“Malah, pensyarah saya di universiti pun ada menasihatkan saya mengenai hal ini. Katanya, walaupun kita sering diberikan watak antagonis, kita kena sampaikan watak tersebut dengan baik agar dapat memberikan mesej dan tauladan kepada penonton.
“Bila kita buat sesuatu, biarlah orang lain turut mendapat manfaatnya. Kita hanya boleh bantu orang untuk berubah namun, segalanya berbalik kepada mereka sendiri.
“Bila saya dah tak fikir sangat soal kelebihan dan kekurangan diri saya, saya nampak kesannya sekarang. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, saya dah mula dipanggil untuk watak komedi,” jelasnya lagi.
Katanya lagi, dia kini tidak lagi memikirkan mengenai perkara-perkara negatif yang boleh menjatuhkan semangatnya.
“Akhirnya nanti, orang akan nampak juga usaha keras kita. Tak perlu pun risaukan pasal rupa itu. Semua orang ada kelebihan sendiri.
“Saya mungkin tiada wajah yang tampan tapi saya ada x-factor. Saya tukar perkara negatif itu. Perkataan yang kita tak suka dalam hidup, kita buang je dan tukar kepada perkara positif.
“Namun, saya juga percaya, sebab utama saya mampu bertahan sehingga ke hari ini adalah disebabkan oleh doa ibu saya,” akhirinya.
Terdahulu, Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail kini tampil menerusi super telemovie terbaru yang berjudul Kan Cheong.
Kan Cheong turut dibintangi pelakon seperti Nora Danish, Niezam Zaidi dan Shima Anuar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Jay Izwazir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI