Gara-gara mahu kembali aktif memeriahkan industri seni dengan lebih aktif dengan imej yang lebih segar, Dazrin Kamarudin mengakui gigih bersenam di gim demi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Menafikan perubahan fizikal tersebut mempunyai kaitan dengan sebarang penggunaan bahan terlarang, bintang berusia 31 tahun ini bagaimanapun mengakui mengambil menu sihat selain giat bersenam.
“Saya tak guna pun bahan terlarang seperti dadah. Saya hanya bersenam dan menjaga pemakanan.
“Kesedaran untuk menurunkan berat badan datang sendiri. Selepas berkahwin, berat badan saya pernah mencecah sehingga 89 kilogram.
“Malah, ia tidaklah berlaku secara drastik. Sebaliknya, proses penurunan berat badan berlaku secara berperingkat.
“Pada masa sama, ada penerbit drama juga memberi tamparan untuk saya menurunkan berat badan.
“Dengan fizikal yang berisi, ia menyukarkan saya untuk mendapatkan tawaran sebagai hero dalam drama bersiri atau telefilem,” katanya yang kini mempunyai berat 70 kilogram.
Ads
Terdahulu, Dazrin ditemui di majlis sidang media filem Mahathir: The Journey arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan di Sheraton Petaling Jaya, pada Isnin.
Filem ‘Mahathir, The Journey’ menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Menerusi naskhah tersebut, Dazrin bakal membawakan watak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Lalu, perubahan fizikalnya kini juga turut mempunyai hubung kait dengan projek barunya yang akan memulakan penggambaran bulan hadapan itu.
Ads
“Untuk watak tersebut juga sebenarnya saya kena kuruskan badan. Saya diberi amanah untuk pegang watak sebagai YB Syed Saddiq. Seperti yang kita tahu, dia seorang menteri yang aktif dan fit.
“Jadi saya tidak boleh terkebelakang, perlu ada fizikal yang hampir sama seperti YB. Pada masa sama, kita juga beri penekanan kepada imej. Itu yang saya cuba untuk potong rambut dan kuruskan badan.
“Daripada saiz baju L kepada XS” katanya yang dipanggil hadir ke sesi uji bakat pencarian pelakon terlebih dahulu sebelum senarai lengkap para pelakon diumumkan.
“Bukan mudah untuk saya bawakan watak tokoh yang terkenal dan dia sangat popular sekarang dalam kalangan anak muda. Saya akan buat sehabis baik,” impi Dazrin optimis.
Ads
‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta turut dibarisi pelakon Azhar Amir yang mendukung watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah).
Penyanyi hebat, Ning Baizura pula diberi kepercayaan untuk memainkan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.
Mahathir: The Journey akan diarahkan oleh pengasas filem yang dikenali, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong, dengan penerbit filem, pelakon dan penyanyi veteran Dr. Lawrence Poh sebagai penerbit eksekutifnya.
Sementata itu, Yusof Kelana pula dipilih sebagai pengarah kreatif dan filem ini dibentangkan oleh Reliance Media Group berdasarkan tetapan faktual, merangkumi perjalanan 16 tahun Tun M, dari masa persaraannya selepas berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Seterusnya, negarawan itu kembali memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dari tahun 2018, pada usia 93 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian popular, Sweet Dreams yang menampilkan Mira Filzah dan Ben Amir sebagai pendukung utamanya nyata meninggalkan kesan buat pencinta drama tempatan setakat ini.
Mengetengahkan kisah cinta tak terduga seorang gadis bisu berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Putri.
Lebih menghiburkan, Putri turut digambarkan sebagai wanita yang kelam-kabut hingga digelar Miss Clumsy.
Lalu awal semalam menerusi Instagram, Mira ada berkongsi pautan video sedutan episod kelima drama arahan Michael Ang itu daripada Instagram @fammythawkhairi.
“Ahahahha, “Halal Bag”! 🤟🏻 There’s always a way kan? ❤️ @benamirr. Everytime. Rasa nak pecah jantung kita waaaaaakkkk! Dengan lagu kite lagi diletaknye. Lagi cepat la sis mati sakit jantung.
“Presenting, The Halal Bag. Purpose kewujudan dia adalah menjadi the halal gap. I die!,” tulis @fammythawkhairi.
Lalu di ruangan komen, rata-rata peminat membayangkan babak tersebut sebagai suatu adegan yang ‘paling bersemut’ dan romantis.
Sweet Dreams yang bersiaran menerusi slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD turut dibarisi pelakon lain seperti Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ben Amer, Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
November lalu, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira telah mencipta rekod dalam pilihan raya sebagai selebriti pertama di Malaysia yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional telah mengalahkan lawan lain daripada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan. Seiring dengan kemenangan itu, beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Melaka.
Kelmarin beliau sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker bagi DUN Melaka. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai ahli politik wanita pertama di negeri itu yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut.
Dira yang juga sebelum ini bergiat aktif sebagai pelakon, pengacara dan pengarah dalam industri seni tempatan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM dan Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.
Wanita berusia 37 tahun ini bukanlah asing dalam dunia politik memandangkan beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar.
Dalam perkembangan lain, Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas kelmarin menyaksikan veteran politik yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!