Pakar Pelaburan Saham Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr. Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, memohon netizen berhenti melemparkan kecaman terhadap isterinya, pelajar kolej swasta iaitu Tuan Nor Ernie Rossmerie.
Ia susulan perkahwinan mereka menjadi bualan hangat netizen seterusnya menerima reaksi pelbagai terutamanya di media sosial.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan di Instagram Caprice, Nazri Khan atau lebih mesra disapa sebagai DDNK berharap isterinya dapat bertahan atas situasi yang berlaku.
“Assalamulaikum salam sayang kepada warga netizen Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih semua komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya.
“Saya tahu majlis perkahwinan saya telah menyebabkan satu kekecohan berlaku dalam alam maya, alam siber. Saya ucap terima kasih, cuma saya mohon netizen beri sedikit ruang kepada isteri saya.
“Supaya dia tidak dikecam, dia masih lagi berumur 25 tahun… seorang student. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku.
“Minta mudah-mudahan doakan perkahwinan kami Insya-Allah lebih bahagia dan tenang serta terselamat daripada tribulasi (ujian), terima kasih,” katanya.
Hantaran tersebut sehingga kini telah pun ditonton lebih 300,000 kali bersama ribuan reaksi yang ditinggalkan pada ruangan komen.
Sementara itu, menerusi Instastory Caprice lagi, Ernie turut meluahkan rasa sedih apabila dirinya digelar sebagai perampas.
“You tahu tak Caprice, diorang cakap I perampas, I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak kena persoalkan itu semua… itu jodoh kan. Dah jodoh,” kata Ernie sambil menghempaskan bantal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.