
Pelakon Mia Ahmad muat naik satu tweet khas bertanyakan sesuatu kepada semua perosak rumah tangga.
“Dear homewrecker, why? There’s so many fish in the sea,” soalnya.
Dear homewrecker, why? There’s so many fish in the sea.
— mia.ahm4d (@MiaAhmad) December 19, 2018
Susulan itu, kelihatan netizen memohon agar Mia bersabar.
Mia bagaimanapun tidak memberi butiran jelas terhadap status yang dimuat naik
Sebelum ini, perkahwinan Mia dan suaminya yang juga merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan dikatakan bergolak apabila suaminya dikatakan ada berlaku curang.
Bagaimanapun, bintang sukan itu menafikan dakwaan tersebut.
Selepes konflik berlaku, pasangan ini dilihat pergi bercuti ke Tokyo bersama anak mereka, Sayf Issa yang dilahirkan pada 28 September lalu.
Apa-apapun, MH doakan bahawa jodoh mereka masih lagi berpanjangan!
Foto/Instagram: Mia Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Selama Ini Warga OKU Sokong Filem Orang Normal, Mengapa Tidak Kali Ini…,” – Bintang Garang Luah Rasa Terkilan, Risau Misi Kumpul Dana Gagal

“Saya sedih apabila majoriti yang menonton filem berkisarkan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini dalam kalangan OKU saja.” Itu kata penerbit Sakti Films Sdn Bhd, Dakshina Muriti mengenai sambutan filem sulung terbitannya, Garang ‘Aku Luar Biasa’ yang menemui penonton seluruh pawagam sejak 5 Disember lalu.
Dakshina berkata, dia berasa terkilan apabila sambutan filem yang diinspirasi daripada kisah benar itu menerima jumlah penonton yang rendah.
“Inisiatif filem ini adalah bagi mencari dana untuk membina sebuah asrama baru untuk pelatih OKU di Bengkel Sampul Surat di Batu Pahat, Johor.
“Bagaimanapun sejak ditayangkan 5 Disember lalu, tidak ramai yang menyokong filem ini sedangkan filem ini mempunyai misi yang besar untuk membantu golongan OKU.
“Malah jalan ceritanya juga cukup menarik apabila ia mengisahkan kisah hidup seorang bekas atlit paralimpik kebangsaan, Izam dalam acara sukan lumba kerusi roda,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pelakon OKU Osman Omar yang kali pertama berlakon filem menyeru sokongan daripada semua pihak terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mempromosikan filem terbabit.
“Jika selama ini warga OKU menyokong filem orang normal, mengapa tidak kali ini masyarakat Malaysia menunjukkan sokongan kepada filem OKU yang memberi banyak mesej dan pengajaran ini.
“Filem ini bila-bila saja boleh dihentikan tayangan sekiranya tiada sambutan daripada penonton. Jika ia dihentikan maka terbantutlah misi untuk membantu golongan OKU.
“Saya juga mohon sokongan daripada pihak kerajaan untuk membantu filem ini kerana perjalanan yang kami tempuh untuk menyiapkan filem ini bukan mudah,” katanya.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta termasuk pembikinan dan pemasaran itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Pablo Amirul, Ahmad Maembong (OKU Fizikal), Osman Omar (OKU Fizikal), John Elijah (OKU Fizikal) dan Chacha Maembong.
Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah bintang senior, Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Izam Abdul Hamid (OKU Fizikal) dan Shukur Abd Hamid (OKU Fizikal).
Grang mengisahkan tentang Izam, seorang atlit paralimpik yang banyak mewakili negara dalam acara sukan lumba kerusi roda.
Satu insiden yang berlaku pada Izam telah menimbulkan sengketa antara Jasmin dan Reza sehingga memaksa Jasmin mendapatkan pertolongan dari tiga sahabat lamanya iaitu Kamal, Rashid dan Macha.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial

“Sekarang saya sedar, privasi itu memang sangat penting.” Itu kata pelakon, Intan Najuwa apabila ditanya mengenai perkongsian rutin hidupnya di media sosial, lebih-lebih lagi selepas dirinya memuat naik foto bersama bekas tunang, Razrul Anwar Rusli, tahun lalu.
Pelakon yang sedang berlakon drama terbaru, Tak Sempurna Mencintaimu di samping Redza Rosli berkata, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran buatnya untuk lebih berhati-hati terhadap apa yang dikongsi.
“Mungkin sebab sebelum ini, masih mudakan… barulah 24 tahun. Akan tetapi saya sudah ada pengalaman putus tunang kan. Jadi saya ambil daripada itu, belajar sekarang kesilapan daripada dulu.
“Sekarang saya tidak terlalu terbuka sangat untuk berkongsi hal melibatkan peribadi. Di media sosial pun saya terhadkan. Biarlah saya simpan untuk diri sendiri.
“Tiada pun permintaan untuk saya kurang berkongsi, sama ada daripada keluarga saya malah di sebelah sana pun mereka sangat okay.
“Cuma saya yang mahu kurangkan berkongsi kerana saya sedar privasi itu penting untuk saya dan kerjaya,” katanya.
Ditanya mengenai kesan yang diterimanya sebelum ini, Intan mengakui tidak mahu memikirkan atau memberi reaksi atas kecaman negatif sebelum ini.
“Kesannya besar dan salah-satunya kecamanlah. Sebab itu saya tidak respon kepada perkara-perkara yang negatif. Jadi kalau kita tidak berkongsi sangat, tak ada bendalah orang nak cakap.
“Sekarang saya lebih selesa untuk kongsi mengenai perkembangan kerjaya, tengah sibuk dengan drama apa dan sebagainya,” ujarnya kepada MH.
Intan bagaimanapun tetap akan berkongsi mengenai hal yang baik sekiranya bertemu jodoh selepas ini.
“Sudah tentu, benda yang baik kita kenalah kongsi. Tentunya nak kongsi dengan peminat dan penyokong saya. Saya tidak akan rahsiakan benda yang baik,” akhirinya.
Terdahulu, Intan pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 tetapi hubungan mereka putus pada Februari 2020.
Bagaimanapun Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul sekitar Jun tahun lalu tetapi tidak menjelaskan status terkini hubungannya dengan ahli pernigaan berkenaan.
Foto: Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syanie Selamat Berkahwin, Pilih Duda Sebagai Suami – “Jun Tahun Lalu, Dia Suarakan Isi Hati Kepada Ibu Untuk Memperisterikan Saya.”

Tahniah diucapkan buat pelakon, pelawak dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, 47, yang telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, kira kira jam 9 pagi tadi.
Lebih setahun berkenalan, majlis pasangan raja sehari itu berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Menurut Syanie, majlis itu hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.
Tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas.
Syanie pula hanya menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan
“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya. Sepatutnya kami merancang mengadakan majlis keraian pada 21 Februari ini, namun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mendorong kami menundanya dulu.
“Mungkin bulan depan majlis keraian itu akan dianjurkan,” katanya
Menurut Syanie bukan mudah untuk dia membuka lagi hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina terlerai.
“Namun keikhlasan dan kejujuran hatinya membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.
“Pengajaran lalu, mematangkan saya. Tapi setahun lalu, dia bersungguh sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.
“Sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” katanya.
Syanie yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo turut mendedahkan, suaminya juga bergelar duda tiada anak.
“Mungkin masing masing tahu kehidupan lampau bagaimana dilalui kami. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi klik,” katanya yang anggun mengenakan persalinan ilham pereka Kay Ibrahim.
Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002.
Seterusnya dia berkahwin buat kali kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.
Foto: TheLane.my
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI