Setelah sekian lama menyepi selepas pemergian arwah suami, Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari menitipkan kata-kata luahan perasaan menerusi sebuah video berjudul Dear Love.
Video yang dikongsikan di laman Youtube miliknya mendapat tontonan lebih 2 juta kurang daripada dua hari dimuat naik.
Penyanyi Wanita Terbahagia yang lebih senang dipanggil BCL ini mengimbau kembali saat-saat manis bersama suami terutama ketika menyambut Aidilfitri tahun lalu.
Jelasnya, dia sama sekali tidak menyangka itu merupakan Aidilfitri terakhir mereka bersama.
Malah perbincangan bersama bagaimana seharusnya diaturkan hidangan buat tetamu dan takbir di malam raya bersama Noah menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
BCL turut berkongsi bagaimana perayaan pada tahun ini dilaksanakan tanpa suami di sisi dan menyifatkan ia sangat berbeza. Tambahnya di sebalik dugaan besar yang tertimpa, dirinya sangat bersyukur dikurniakan insan sekeliling yang cukup prihatin bagi memastikan dia dan Noah menemui kebahagiaan baru.
Namun dia tetap meneruskan tradisi sambutan lebaran seperti sewaktu Ashraf masih hidup bagi memudahkan anaknya, Noah menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.
Malah kata BCL, ibu mertuanya sudah lebih dua bulan tinggal bersama bagi menemani mereka berdua selepas pemergian Ashraf.
Pasangan ini berkahwin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair.
Allahyarham meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Foto : Instagram BCL
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Arwah Dah Tiada… Kita Sudah Siap Beli Tiket, Tempah Baju. Teruja Nak Terima Menantu Orang Jauh,” – Didie Alias
“Ia satu tanggungjawab. Walaupun dia bekas suami tetapi kami tahu dia tidak sihat dan dia ialah ayah kepada anak- anak saya.”
Demikian kata pelakon dan usahawan, Didie Alias selepas ditanya mengenai keberadaanya di sisi Allahyarham Ridzuan Hashim yang meninggal dunia akibat serangan jantung, pada Khamis.
Difahamkan, Allahyarham sebelum itu rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya sekitar pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Syukur dapat selesaikan (urusan pengebumian jenazah) dan perjalanannya diatur sangat baik sejak nafasnya yang terakhir sampailah ke liang lahad. Anak-anak pun bersama saya dan bagi saya ini semua aturan Allah SWT.
“Secara ikhlasnya saya reda dengan pemergian arwah dan saya sudah maafkan dia lama. Saya halalkan makan minum dia dan saya tengok dia pergi pun dengan tenang alhamdulillah” katanya kepada MH.
Didie turut tenangkan anak-anak mereka di dalam menghadapi ujian kehilangan orang tersayang.
“Kita semua pasti akan melalui kematian. Bagi saya dia pergi pun tak adalah dengan cara yang teruk. Sebelum ini dia masih boleh berjalan. Tidaklah dia uzur sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. Dia sangat kuat hingga nafasnya yang terakhir.
“Cuma anak lelaki sayalah, Dhanial kerana dia yang banyak isi masa menjaga bapanya. Yang rasa ralat tu pasal anak lelaki akan nikah nanti 20 Mei ini.
“Arwah dah tiada… kita sudah siap-siap belikan tiket dan tempah baju. Iyalah teruja nak terima menantu orang jauh dari Tawau, Sabah.
“Sudah pun rancang nak terbang ke sana dan makan sama-sama. Dia pergi tanpa beri apa-apa ‘signal’ pada kami,” katanya lagi.
Didie pada masa sama terharu dan berterima kasih kerana memiliki keluarga besar yang memahami.
“Alhamdulillah saya bersyukur dapat suami yang sangat memahami yang mana dia boleh terima bekas suami saya untuk jadi sebahagian daripada keluarga. Begitu juga dengan keluarga mentua.
“Ibu saya pun boleh terima walaupun dia bekas suami. Menerima untuk menjaganya yang tidak sihat. Sebab itu saya cakap tiada dendam dengan dia. Malah bersyukur dapat menguruskan jenazah arwah,” katanya.
Jenazah Allahyarham Ridzuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor selepas solat Magrib.
Imbas kembali, Ridzuan dan Didie berkahwin pada tahun 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga 2002.
Selepas bercerai dengan Didie, Ridzuan tidak pernah berkahwin lain dan memilih untuk hidup menduda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takkan Nak Pakai Yang ‘Berkulat’ kan? Eeww.. NO WAY!” – Rozita Che Wan
Wanita dan beg tangan memang sukar untuk dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu tanpa adanya beg tangan yang jadi peneman setia setiap wanita.
Namun begitu setiap beg tangan itu tidak kira kecil atau besar ada pantang lantang tersendiri. Menurut selebriti popular yang sentiasa bergaya ‘on point’ Rozita Che Wan berkongsi tip pantang larang yang tak boleh dibuat pada beg tangan kita.
Posting ini dimuat turun adalah rentetan dari perkongsian terdahulu iaitu tip bagaimana mahu memilih beg tangan bersesuaian bagi seseorang wanita itu.
PANTANG LARANG YANG ‘HARAM’ DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA!
Menurut Che Ta juga tip yang diberikan ini ini nampak tidak begitu penting tetapi sebenarnya menjadi panduan kepada wanita di luar sana berdasarkan pengalamannya yang memang sinonim bergaya dengan beg.
Jika dilihat wanita tinggi lampai ini cukup bijak ‘mix and match’ busana dengan beg yang digayakan mengikut majlis dihadiri.
1. HARAM SIMPAN HANDBAG DALAM PLASTIK!
Beg sampah.. Beg plastik jenama Nobita ke, yang dapat dari pasaraya tu ke.. NO NO NO… NO WAY! Tau tak sebab apa? Sebab, beg plastik akan memerangkap lembapan.. Ini boleh mengakibatkan kulat! Takkan nak pakai handbag yang berkulat kan? Eeww..
2. JANGAN SESEKALI LETAK TAS TANGAN ATAS LANTAI
Ini bukan isu merendahkan martabat handbag anda.. Tapi ini isu kebersihan! Lantai tu, kita tak tau lagi apa jenis kuman atau bakteria yang ada.. Mungkin bakteria paling berbahaya sedang bergolek-golek keriangan di situ.. Takut nanti, ia melekat pada handbag sis.. Seterusnya mampu menjangkiti anda sekeluarga!
3. HANDBAG JANGAN DIBIAR KOSONG TANPA ISI
Hati kalau tak diisi dengan iman pasti rapuh.. Sama juga handbag.. Jangan sesekali simpan dalam keadaan handbag kosong.. Letakkan suratkhabar, atau bahan-bahan asal yang ada dalam handbag masa anda baru beli.. Ini bagi mengekalkan handbag pada bentuk asal dan kekal nampak seperti baru!
4. ELAKKAN HANDBAG TERKENA MATAHARI UNTUK TEMPOH LAMA
Kulit handbag kita bukan macam kulit kita.. Mereka tak perlukan Vitamin C! Kalau dibiarkan terdedah pada matahari atau cahaya secara berterusan, mampu memudarkan warna handbag.. Rugi sangat nanti.. Dah pudar, malu lah nak tunjuk kat orang.. Kan?
5. HANDBAG SAMA WARNA, FABRIK LAIN-LAIN..
Wanita kena kenal jenis handbag anda! Kena tahu.. Leather ke.. Pvc ke.. PU ke.. Kena ambil tahu.. Very important.. Sebabnya.. Setiap jenis material ni, memerlukan penjagaan yang berbeza.. Tak boleh dilayan sama semuanya.. Ada yg memerlukan extra care.. Ada yang perlu dicuci.. Ada juga yang jenis manja.. Ada juga yang jenis tak perlukan perhatian sangat.. Jadi JANGAN layan semuanya sama..
6. PEGANG HANDBAG DENGAN TANGAN KOTOR
Memang betul.. Ni handbag anda.. Nak pegang macam mana pun.. Terpulang pada anda.. Tapi my advice.. Pegang dengan tangan bersih.. Sebab, kita mesti tak mahu bakteria berkumpul pada handbag kita, betul tak?
7. JANGAN BIARKAN HANDBAG TAK BERTUTUP…
Orang perempuan, handbag beli banyak-banyak.. Lepas tu terbiar je.. Anda kena simpan dalam kain pelindung.. Biasanya dapat sekali masa beli handbag.. Pastikan bertutup (Jangan tutup dengan plastik). Ini untuk mengelakkan handbag tu dari berhabuk dan debu bermastautin di luar dan dalam handbag kita. Juga untuk elakkan dari dicakar kucing!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZITA CHE WAN
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Bermaksud Untuk Memperlekehkan Atau…,” – Cliff Umar Tampil Mohon Maaf
Juara program Gegar Vaganza musim ke7 (GV7), Cliff Umar tampil memohon kepada mana-mana pihak yang tersinggung atas kenyataan yang dikeluarkannya sebelum menyampaikan ucapan kemenangan sejurus dinobatkan sebagai juara program realiti itu, malam tadi.
Vokalis kumpulan Project Pistol itu menjelaskan, dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan Prosedur Operasi Standard (SOP), sebaliknya menyifatkan pelitup muka dipakai mengganggunya untuk memberikan ucapan pada waktu berkenaan.
“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Bukan bermaksud untuk memperlekehkan atau tidak bersetuju dengan SOP seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Tetapi saya merujuk kepada pelitup muka itu menganggu apabila saya nak bercakap, bukan kerana saya tidak bersetuju dengan SOP atau sebaliknya.
“Saya sekali lagi saya mohon maaf,” katanya yang tidak berniat untuk membuatkan mana-mana pihak terasa hati atas kenyataannya itu.
Terdahulu, perkata tersebut pantas menjadi perhatian khasnya di media sosial apabila warganet dilihat mulai memberi reaksi pelbagai.
Sementara itu, persembahan konsisten dalam pusingan akhir, saingan pentas akhir GV7 menyaksikan bintang berkenaan menewaskan enam bintang lain menerusi pusingan solo, duet dan battle.
Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, berserta Anugerah Power Miaw secara autotmatik.
Naib juara pula disandang oleh Mus dan sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan piala.
Tempat ketiga dimenangi Ayu Damit yang membawa pulang wang tunai RM30,000, sementara Noraniza Idris dan Linda Nanuwil masing-masing tempat keempat dan kelima.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000.
Oja pula ditempat keenam dan Ashira tidak pulang dengan tangan kosong, akur di kedudukan terakhir dengan wang RM5,000.
Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.
Program realiti hiburan tahunan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
GV sebelum ini telah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu serta Hadi Mirza sebagai juara musim terdahulu.
GV2020 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI