Penyampai radio popular, DJ Lin mengakui bukan satu perkara mudah untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami.
Kata Lin, dugaan penceraian nyata telah memberikan pengalaman yang seterusnya mengajar erti kesusahan yang sebenar dalam kehidupan.
Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid mendedahkan pengalamannya menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.
“Sebagai seorang ibu tunggal, kita belajar apa itu erti kesusahan sebab masa saya berpisah saya keluar dari rumah pergi cari rumah sewa beli tilam, baldi nak masuk rumah macam kita baru mula nak menyewa rumah.
“Kesusahan itu tidak dapat digambarkan, mungkin orang tak nampak kesusahan saya tapi saya okey sebab saya yang memilih untuk itu jadi saya kena terima apa jua risikonya,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menambah situasi tersebut secara langsung menjadikan dirinya wanita yang kuat dan tabah.
“Tapi yang penting hati kita tenang, susah juga kalau hati kita pun terganggu semua emosi serabut untuk apa, jadi bagi saya biar kita sendirian.
“Saya memang belajar untuk menjadi seorang wanita yang kuat sejak saya bercerai dan saya berterima kasih pada Allah kerana daripada pengalaman, kesakitan yang dilalui itu saya boleh berkongsi dengan pendengar Suria Cinta.
“Bila kita melepasi fasa penceraian, kita sebenarnya akan belajar banyak benda dan kenal di mana kekuatan diri pada diri kita yang sebelum ini kita tidak sedar,” katanya lagi.
Sekadar informasi, rumah tangga yang dibina oleh Dj Lin bersama bekas suami telah berakhir sekitar tahun 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Nureen Aresya, 20 dan Nazren Asyran, 18.
Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan Dj Lin menerusi pautan video ini;
Foto: Instagram Dj Lin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI