
Setelah habis tempoh berpantang, adik kepada penghibur, Sit Sairah Tarudin ada berkongsi wajah anaknya buat tatapan peminat.
Sairah berbuat demikian menerusi salah satu entri menerusi Instagram.
Selain ramai yang memuji dan mendoakan kesihatan cahaya mata bongsunya itu, ada juga yang menyamakan wajah anak bayi tersebut dengan anak saudaranya, Siti Aafiyah.
View this post on InstagramRamai yang cakap macam dia.. ??
A post shared by Siti Nursairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on
Terdahulu, Sairah bersalinkan anak keempatnya pada 12 Disember 2018 lalu.l dan bayi comel terbabit bernama Siti Nurkhalishah Alisha.
Alisha merupakan anak pertama dari perkahwinan keduanya bersama Mohd Sharidan.
Sebelum ini, Sairah mempunyai 3 orang anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ummi Umairah, 7 tahun, Ahmad Daiyan, 6 tahun dan Ahmad Aisy, 4 tahun.
Jadi apa pendapat korang, sama atau tidak? Yang penting dua-dya comel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hope She Is Safe. May Allah Protect You,” – Datin Seri Normala Samsudin

Bekas personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin mengharapkan rakan sejawatnya sebelum ini, Zalina Azman atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman berada dalam keadaan selamat.
Zalina, 58, dilaporkan hilang sejak November tahun lalu dan hebahan mengenai perkara itu sudah dibuat pihak berkuasa.
“Hope she is safe. May Allah protect you. Grant you strengh and we do care and doa. #tv3colleagues,” tulis Normala menerusi Insta Stories, hari ini.
Selain Normala, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menerusi Instagramnya turut menyeru orang ramai membantu mencari sahabatnya itu.
Dalam hantaran berbeza, Ras Adiba meminta Zalina agar segera pulang.
Datuk Aznil Nawawi turut berkongsi perkara sama dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat agar menghubungi pihak polis.
Terdahulu, polis sedang giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.
Zalina cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters, sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Ada Tempat Nak Berbuka,” – Dibom Israel Pada Puasa Pertama, Heliza Helmi Sedih Situasi Bergolak Di Gaza

Ketika kita menikmati hidangan berbuka puasa, rakyat di Gaza menyambut Ramadan yang pertama dengan mencari sisa-sisa yang tinggal setelah dibedil tentera Israel malam tadi.
Dalam pada itu, aktivis kemanusiaan Heliza Helmi turut berasa sedih dan pilu melihat tragedi yang menimpa bumi Gaza.
“Sepatutnya 3hb Mei Kakja dah terbang ke Gaza, nama naik termasuk untuk masuk ke dalam Gaza, namun Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik. Rindu Gaza tak tertanggung huuuu
“In sha Allah , Gaza see you soon in sha Allah
“In #Ramadan, when you gather with your family for #Iftar peacefully,
remember that there are families in #Gaza became homeless and have no place to have #Iftar after the Israeli occupation leveled their houses to the ground.
“Remember the orphaned children, the destroyed #Masjids, the detained ones, the wounded, the elderly and the mothers who lost their children too,” tulis Heliza atau emsra disapa Kakja.
View this post on InstagramA post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Foto yang dikongsikan Heliza pastinya menimbulkan rasa sedih melihat kemusnahan bandar itu dan air mata rakyat Gaza.
Lalu, netizen turut terkesan dengan nasib rakyat negara itu khususnya kanak-kanak menjelang Ramadan pada hari pertama.
Terdahulu, kekejaman tentera Israel telah diihujani bom roket ke atas penduduk bumi Gaza sehari sebelum bulan suci Ramadan.
Malah, secara tradisinya, ketika ini rakyat negara itu sedang beribadat, makan bersama keluarga atau membeli-belah barangan keperluan.
Foto : Instagram Heliza, Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syahdu… Ingati Ulang Tahun Perkahwinan, Bunga Citra Lestari Ziarah Pusara Arwah Suaminya

Tidak dinafikan, kehilangan insan tersayang buat selamanya bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari.
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan, Bunga kelihatan telah ziarah pusara arwah suaminya, Ashraf Sinclair.
Setelah hampir 10 bulan kehilangan suami tercinta dan menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, Bunga kelihatan tetap terus tabah menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.
“Happy anniversary,” tulisnya ringkas.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat mendoakan agar Bunga terus tabah mengharungi ujian hidup.
Imbas kembali, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.
Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI