Setelah habis tempoh berpantang, adik kepada penghibur, Sit Sairah Tarudin ada berkongsi wajah anaknya buat tatapan peminat.
Sairah berbuat demikian menerusi salah satu entri menerusi Instagram.
Selain ramai yang memuji dan mendoakan kesihatan cahaya mata bongsunya itu, ada juga yang menyamakan wajah anak bayi tersebut dengan anak saudaranya, Siti Aafiyah.
View this post on InstagramRamai yang cakap macam dia.. ??
A post shared by Siti Nursairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on
Terdahulu, Sairah bersalinkan anak keempatnya pada 12 Disember 2018 lalu.l dan bayi comel terbabit bernama Siti Nurkhalishah Alisha.
Alisha merupakan anak pertama dari perkahwinan keduanya bersama Mohd Sharidan.
Sebelum ini, Sairah mempunyai 3 orang anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ummi Umairah, 7 tahun, Ahmad Daiyan, 6 tahun dan Ahmad Aisy, 4 tahun.
Jadi apa pendapat korang, sama atau tidak? Yang penting dua-dya comel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Farahdhiya Meninggal Dunia. Al-Fatihah
Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi Haiza, dimaklumkan bapa kepada penyanyi dan pelakon Farahdhiya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang perincian mengenai sebab dan waktu kematian.
Menjengah ke Instagram Farahdhiya juga, tiada sebarang perkembangan terkini mengenai pemergian arwah ayahnya.
“Innalillahiwa inna ilaihirooji'un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, AlFatihah,” kongsinya.
Al-Fatihah buat arwah bapa Farahdhiya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Foto : Instagram Haiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dakwaan Syamsul Yusof Fail Perintah Injuksi; Peguam Puteri Sarah: “Setakat Ini Kami Belum Terima Sebarang…”
Susulan dakwaan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sudah melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana sebanyak dua kali, peguam syarie mewakili aktres itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir belum menerima makluman mengenai dakwaan tersebut.
Kata Akberdin yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada pagi Isnin, pihaknya belum mendapat arahan daripada anak guamnya berikutan dakwaan tersebut.
“Setakat ini tiada arahan daripada anak guam kami berkenaan perkara ini. Perkara ini juga tiba-tiba timbul dan kami juga tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara itu.
“Apabila ada arahan daripada anak guam kami, barulah kami boleh menjawab. Kalau wujudnya perkara itu, ia patut dibawa ke perhatian mahkamah dan perlu tindakan dari mahkamah, tak boleh main mengenai nikah dan cerai ini.
“Kalau ada lafaz itu, kena ikut prosedur dan bawa ke mahkamah. Saya pun baca mengenai perkara ini di media sosial. Sememangnya setakat ini tiada arahan daripada anak guam kami,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berikutan dakwaan pihak Syamsul memfailkan perintah injuksi terhadap Puteri Sarah untuk menghalangnya memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah, Akberdin berkata pihaknya juga belum menerima dokumen berkenaan perkara itu.
“Kami kena semak balik, kalau ada, kami akan dapat dokumen namun setakat ini belum menerima sebarang dokumen berkenaan perkara itu,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Puteri Sarah mendakwa pernah diceraikan dua kali oleh Syamsul.
Menurut laporan itu, ada sumber mengatakan kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah di sini dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya pada 18 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Satu Minggu, Tapi…,”- Rumah Hampir Musnah Dek Banjir Lumpur, Pelakon Indoensia Kevin Andrean Tetap Sabar
Sudah memasuki hari ketujuh banjir lumpur melanda kawasan sekitar Jawa Barat, Indonesia.
Ramai yang terkesan misalnya mangsa kawasan bencana, termasuk kediaman aktor Indonesia, Kevin Andrean.
Situasi serta perkembangan pasca bencana telah dikongsikan bintang filem The Sinking of Van Der Wijck itu pada hari pertama badai sehingga hari ini.
Bagaimanapun, Kevin terima reda kerana difahamkan bantuan secara efektif masih belum tiba.
“Kondisi terakhir di rumah sampai hari ini di hari ke 7 pasca banjir. Sudah 1 minggu berlalu tapi masih belum ada bantuan yg efektif dan signifikan.
“Sabar..sabar. Masih membutuhkan waktu yg sangat lama untuk memulih kondisi rumah yg masih hancur seperti ini.
“Anyway, terima kasih banyak teman2 yg udah datang membantu hari ini. God bless. #banjir #vilanusaindah ,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Kevin Andrean (@kev_andrean) on
Terdahulu, banjir lumpur telah melumpuhkan bekalan makanan, elektrik dan kemusnahan barangan di kawasan perumahan Villa Nusa Indah, Bojongkulur, Gunungputri dan Kabupaten Bogor.
View this post on InstagramA post shared by Kevin Andrean (@kev_andrean) on
View this post on InstagramA post shared by Kevin Andrean (@kev_andrean) on
Video / Foto : Instagram Kevin Andrean
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI